Archive for Ogos 2010

sun set di abu dhabi


salam semua.. salam merdeka.. saya cuma dapat melihat rakyat malaysia menyambut merdeka dari jauh je..

kali ni saya nak hidangkan gambar sunset yg saya rakam di abu dhabi..









Selasa, 31 Ogos 2010
Posted by fandi
Tag :

saya berada di Abu Dhabi

salam sekalian

saya kini berada di abu dhabi atas urusan kerja.. namun sedaya upaya saya akan update tips2 fotografi untuk anda di sana..=)


salam perantauan dari saya kepada anda sekalian..

ON!!
Ahad, 29 Ogos 2010
Posted by fandi
Tag :

alat yang anda ada adalah yang terbaik buat anda..

salam semua..

pernah tak anda mendengar tentang kamera yang mahal menghasilkan gambar yang bagus??
dan adakah anda mempercayainya??

saya pernah mendengar tetapi tidak mempercayai kamera yang mahal boleh menghasilkan gambar yang bagus. hal ini kerana jika ilmu kita masih sama, walau semahal mana sekalipun kamera tersebut hasilnya tetap tidak bagus..

masa kini ramai orang melabur beribu-ribu malah puluhan ribu untuk membeli kamera yang mahal dan canggih.. sanggup bergadai barang kemas dan berlapar untuk mendapatkan kamera yang diidamkan.. namun adakah pelaburan itu berbaloi dan kita berpuas hati dengan hasil gambar kita?

bagi saya apa yang lebih penting adalah ilmu.. tidak kira lah walaupun bukan dalam bidang fotografi sekalipun ilmu adalah tunjang kepada kemajuan dan kejayaan seseorang individu..

sebagai contoh anda memakai kamera kompak atau dslr yang murah dan kemudian anda tidak berpuas hati dengan hasil gambar tersebut. dan kemudian anda membeli kamera yang lebih mahal harganya dengan harapan gambar anda akan lebih baik. akan tetapi adakah gambar akan jadi lebih baik?? semestinya tidak kerana ilmu anda masih tidak meningkat dari segi fotografi..

maka seeloknya melaburlah ke arah mecari ilmu berbanding melabur ke arah kamera yang lebih canggih atau mahal kerana dengan ilmu yang tinggi, kamera yang biasa juga boleh menghasilkan seni yang WOW.. dengan kata lain alat yang anda ada sekarang ini adalah yang terbaik buat anda jika ilmu anda tinggi..

it`s not about the camera but the PERSON behind the camera..

selamat berfotografi =)

ON
Rabu, 25 Ogos 2010
Posted by fandi

pop up flash Vs External flash dan menggunakan external flash

salam..

saya pernah memberitahu pada anda semua pada entry yang lepas yang saya akan menerangkan tentang flash. ok pada entry kali ini saya akan menerangkan kelemahan pop up flash ( flash asal kamera) dan kebaikan external flash serta penggunaannya..

pop up flash merupakan flash yang terdapat pada DSLR kita.. ia akan " meloncat" keluar apabila kita ingin menggunakannya dan pada setting auto ia akan keluar secara automatik jika kekurangan cahaya.. kelebihan yang  ada pada pop up flash hanyalah kerana ia telah tersedia di kamera dan boleh digunakan bila-bila masa. namun bagi yang mementingkan kualiti cahaya dan gambar yang dihasilkan, pop up flash merupakan pilihan terakhir. hal ini kerana pop up flash memancarkan cahaya secara terus dan menghasilkan gambar yang tidak sekatadan menghasilkan bayang-bayang yang tidak dikehendaki... selain itu juga kuasa flash tersebut adalah terhad kepada jarak 3 meter sahaja  bagi sesetengah kamera lebih dari 3 meter) dan kedudukan flash tersebut adalah tetap dan hanya boleh memancar secara terus..

External flash


external flash adalah flash tambahan seperti yang saya tunjukkan ada gambar di atas.. model yang saya gunakan sekarang adalah YN460 berharga Rm220 ( sekarang rm180). ia adalah flash murah yang berfungsi secara Manual. anda digalakkan untuk membeli flash mengikut brand kamera yang anda gunakan berbanding flash yang berlainan jenama kerana ia lebih tahan lama.

saya akan menunjukkan perbezaan DIRECT dan BOUNCE flash..

DIRECT



bayangkan flash tersebut menghala terus kepada anda atau subjek seperti gambar di atas. apa yang akan berlaku pada subjek adalah seperti berikut:


apa yang anda boleh perhatikan gambar tersebut adalah overexposed ( terlebih cahaya) pada bahagian muka patung tersebut. selain itu juga terdapat bayang-bayang yang jelas di belakang patung tersebut. bagi seseorang fotografer yang mementingkan kualiti, keadaan seperti ini amatlah dielakkan kerana ia mencacatkan gambar dan nampak tidak menarik serta tidak sekata..

BOUNCE FLASH

bounce flash pula bermaksud " MELANTUNKAN CAHAYA" ke arah lapisan berwarna putih ( biasanya SYILING RUMAH) bagi menghasilkan sumber cahaya kedua yang lebih lembut.



mungkin anda pernah melihat fotografer meletakkan kedudukan flash mereka seperti gambar di atas.. bagi anda yang tidak tahu mungkin akan menyatakan mereka tidak tahu menggunakan flash kerana cahaya keluar ke arah atas flash tersebut. tujuan bounce flash adalah menghasilkan cahaya kedua melalui lapisan putih seperti syiling rumah ataupun dinding rumah yang berwarna putih.. jadi cahaya tersebut akan melantun ke arah subjek dan ia menghasilkan cahaya lebih lembut dan bayang-bayang dapat dikurangkan..



bandingkan dengan gambar yang pertama tadi kita dapat saksikan perbezaan ketara apabila saya menghala kan flash ke arah syiling rumah.. bayang-bayang yang terhasil pada gambar pertama dapat dihilangkan, dan cahaya lebih sekata pada bahagian muka patung tersebut..

akan tetapi penggunaan bounce flash memerlukan kuasa flash yang lebih tinggi berbanding direct flash. hal ini kerana ketika cahaya dihalakan ke syiling, sebahagian cahaya diserap atau diserakkan dan hanya sebahagian sahaja yang sampai ke subjek..dalam bahasa mudah jika 100% cahaya dikeluarkan maka selepas bounce hanya 30-40% sahaja yang akan menerangi subjek. jadi anda perlu menambahkan kuasa flash anda untuk tujuan bounce flash..


sekian saja penerangan saya tentang asas penggunaan EXTERNAL FLASH..semoga ia bermanfaat kepada anda.. =)

salam

ON!


Khamis, 19 Ogos 2010
Posted by fandi
Tag : ,

eksperimen makro lagi

salam semua..

entry kali ini masih mengenai makro.. minggu lepas saya mencuba lagi merakam makro dengan menggunakan kanta tangan yang disambungkan dengan kit lens 18-55mm saya dan inilah hasilnya:






















walaupun bulan puasa saya masih lagi merakam gambar..
bak kata pepatah " practice make perfect" =)

jadi jangan simpan kamera anda pada bukan puasa ye.. klu boleh banyakkan merakam gambar nature.. ini secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kepada keagungan Maha Pencipta di bulan yang mulia ini..

salam

ON!
Isnin, 16 Ogos 2010
Posted by fandi
Tag :

Selamat berpuasa

salam semua pembaca..rasanya masih belu terlambat saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan. moga bulan puasa kali ni memberi keberkatan kepada kita semua.. =)

jadi bulan2 puasa begini saya agak kurang mengambil gambar.. jadi selalunya saya akan membuat banyak editing..

apa2 pun selamat berpuasa semua.. tunggu entry ayang akan dtg ye.. ringkas sahaja untuk kali ni..

salam

ON!
Khamis, 12 Ogos 2010
Posted by fandi

mari ber "macro"


salam.. sudah lama tidak menulis entry baru.. maklum lah agak sibuk kebelakangan ni dengan upacara konvokesyen di USM pulau pinang.. =)

entry kali ini nak mengajak anda semua ke satu lagi teknik fotografi yang semakin popular selain dari potret dan lanskap iaitu MACRO.

apakah macro?

macro dalam bahasa mudahnya sesuatu yang kecil. akan tetapi saiznya masih boleh dilihat dengan mata kasar.
jika terlalu kecil sehingga menggunakan microscope maka ia dinamakan MICRO..

fotografi macro pula bermaksud merakam gambar macro tersebut.. bagi kamera kompak biasa anda mesti perasan simbol bunga. dengan mengaktifkan simbol tersebut anda boleh menangkap gambar objek atau serangga dengan dekat..

namun bagi mendapatkan macro yang ekstrim kita perlu menggunakan lensa khas iaitu lensa macro. terdapat banyak jenis lensa macro yang dijual dipasaran bergantung jenis kamera DSLR yang anda gunakan..

namun gambar-gambar yang saya tunjukkan di bawah hanya menggunakan kaedah sendiri iaitu menggunakan kanta tangan yang berkuasa 10x pembesaran sebanyak 2 biji dan digabungkan dengan kit lens 18-55mm saya.


























Selasa, 10 Ogos 2010
Posted by fandi
Tag : ,

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography