Archive for Jun 2015

Berfotografi dengan kamera handfon

Zaman sekarang teknologi hebat2. 5 tahun lepas tak terfikir pun kamera handfon boleh sehebat sekarang. Ada yang sehingga 20MP dan paling cikai pun 5MP. Itu pun dah cukup untuk print gambar besar dinding. Hehe

Kesinambungan dari post yang lepas. Zaman sekarang dah kurang dah orang gantung dslr kat tengkuk. Sebab smartfon skg kamera dah cukup power dah. So aku pun macam tu jugak la. Jarang aku usung kamera dslr kalau gi mana2. Paling kuat pun aku akan bawak kamera digital Leica aku dan guna wifi card utk transfer ke fon.

Haritu sebelum puasa sempat la aku bawak wife dan anak gi ke istana kat bukit tinggi tu dan genting highland(naik cable car je). So aku nak kongsi gambar yang aku rakam guna smartphone Xiaomi Redmi Note.




















Share 4 keping je. Nanti aku share lain. Hehe


Publishhhhh
Sabtu, 27 Jun 2015
Posted by fandi

Update blog guna smartfon

Dah 2-3 tahun gak aku tinggal kan blogging. Kalau dulu mmg wajib mengadap laptop kalau nak update blog. Buat contest la ape la.. Zaman skg kurang dah kot orang blogging.. Ke aku yang x amik port?? 

Hehe nanti aku post byk gambar sb baru test guna bloggeroid.. Lagi bagus dari pakai blogger apps..



Gambar kedua

Publishhhh
Jumaat, 26 Jun 2015
Posted by fandi

Zaman gantung kamera

Teringat lagi dalam 5-6 tahun lepas. Waktu tu dslr dah mula mampu dimiliki. Boleh dapat harga 2-3k. Kalau sebelum tu memang bapak mahal giler la.. Hehe

Dan disebabkan itulah ramai orang mampu beli dslr. Dan fenomena gantung dslr kat leher pun berkembang dengan pesat. Boleh dikatakan pegi je mana2 memang akan ada satu keluarga 1 dslr.

Lambakan "photographer" pun berlaku. Waktu tu macam2 pakej boleh jumpa. Harga memang murah tahap x masuk akal. Sehingga memaksa persatuan jurugambar perkahwinan membuat meeting tergempar ( aku x gi..hehe) dan menetapkan harga lantai utk perkhidmatan fotografi. Waktu tu bermulalah perang "otai" dan newbie. Aku pun pernah terjebak jugak disebabkan beberapa perkara yang menyebabkan "otai" terasa hati. Hehe.. Panjang ceritaa..

So skg fenomena gantung kamera dah berkurangan. Sbb skg zaman smartfon. Smartfon cikai rege 6-700 pun dah boleh tangkap 13Megapixel dan kualiti gambar pun setanding kamera digital biasa. Jadi orang skg dah mula x gantung kamera dah. Pakai smartfon je..next post aku nak ulas gejala smartfon di majlis perkahwinan yang kadang2 menyakitkan kepala aku... Stay tuned okay.....

So isu jurugambar baru + isu harga aku dah x amik port. Pada aku kalau kualiti bagus, kerja ikhlas insyaAllah customer sanggup je bayar mahal. Sebab customer pun xnak perjudikan majlis dorg untuk jurugambar murah yang x tentu kualitinya. So tanya diri korang okay.

Harga melambangkan kualiti dan pengalaman serta kecekapan.

Publishhhhh.....
Posted by fandi

Aku di bulan puasa....

Assalamualaikum

okay dah lajak beberapa hari x update. bermasalah nak update dengan blogger guna android sebab dorang x update application tu. x boleh nak susun gambar dengan post.. so xpe..

Aku di bulan puasa....

bulan puasa boleh dikatakan 99% jurugambar perkahwinan melayu takde job sebab amat jarang orang kawen dalam bulan puasa.. kecuali la beberapa kes yang nak kawen bulan puasa ( aku pun x tahu kenapa) hehe. jadi apa aku buat pada bulan puasa selain keje hakiki aku mengajar di MRSM Tun Ghafar Baba di Jasin??

bulan puasa biasanya aku lebih slow la.. mengurangkan aktiviti harian. banyak berehat dan bersantai bersama isteri dan anak. dan bila rajin sikit aku akan edit gambar2 lama dan upload kat page Naura Art Studio ( korang dah like belum????) dan juga instagram..

tapi beberapa hari lepas anak aku tak sihat dan disambung dengan isteri aku pulak kena cirit birit ( kes makanan bazar) dan lepas bini aku dah okay aku pulak kena sakit perut ( sambil tulis entry ni nga sakit perut la jugak)) .. so tu sebab la senyap je beberapa hari ni.. nak amik mood balik nak update blog, page dan IG.. hehe

Selain tu jugak aku banyak promote di page la untuk pakej2 2015 dan 2016.. so pada sesiapa yang masih mencari jurugambar meh booking ngan aku.. insyaAllah korang akan kenang aku sebagai jurugambar yang menceriakan suasana.. muahahaha... nak tau kenapa kenal dulu la..hihi..

kalau dulu masa bujang aku rajin gak la gi outing sorang2 tangkap gambar dan berseni la kononnya.. bila dah family ni dan bila dah lama dalam fotografi aku lebih banyak "Shoot on purpose Only" iaitu photography berbayar sahaja ( pergh poyo je) hihi.. maklum la beb kamera dan segala benda beli pakai duit.. waktu kerja berbayar lah aku akan berseni sungguh2..

insyaAllah lepas ni aku akan update semula pasal tips2 fotografi.. banyak aku nak kongsi sebenarnya.. maklumlah dah kat 3 tahun gak x aktif blogging.. fotografi tetap jalan macam biasa.. kalau kira tahun dah hampir 7 tahun aku berfotografi secara part time dan full time.. insyaAllah banyak nak kongsi..

so keep in touch ke kawan2..

Publishhhhhhhhhhhhh


Posted by fandi

Berapa ramai yang print gambar masa kini?

Zaman skg ni semua ada smartfon dan juga akaun Facebook. Setiap gambar yang dirakam setiap hari boleh dikatakan wajib akan upload kat laman sosial.

Pernah terfikir tak berapa lama gambar tersebut akan tersimpan dalam fb atau laman sosial?

Tahu x korang kita merupakan generasi yang tergolong dalam generasi yang paling banyak tangkap gambar TETAPI untuk 10-20 tahun akan datang kita mungkin TIADA lagi gambar yang kita rakam hari2 tu ( kecuali gambar kawen yang amik album) sebab kita tak print!

Tahun 2015 ni aku boleh tengok kat Melaka je kedai yang aku selalu print gambar dulu pun dah tutup.. Industri kedai gambar biasa boleh dikatakan hampir lumpuh sbb orang dah tak print gmbr macam zaman filem dulu..

Yang selalu orang print pun gambar kawen la sebab amik pakej siap album. Tu sbb aku jarang sekali amik job shoot n burn. Sebab kesian kat pengantin nanti bila tua gambar xde. Nak tunggu print sendiri memang Tak la nak buat. Sbb harddisk atau dvd bukanlah dicipta utk tahan lama mana pun. Sebab pernah jadi kat aku punya harddisk, sume gambar yg aku simpan dari mula aku berfotografi( bukan cantik pun gambar..hihi) sampai la tahun 2013 sume habis... Silap gak tak buat back up.. So rajin2 la buat back up dan print la gambar2 yang penting mcm gambar family atau anak2..

So nasihat aku korang print la sikit2 supaya kenangan tu x terpadam. Boleh gak tgk2 balik. Korang pegi lah umah nenek ke pakcik makcik kita mesti tersimpan lagi gambar2 20-30 tahun dulu. Skg kalau korang tanya gambar yg korang nak tunjuk kat orang datang xkan nak bukak henfon atau komputer nak tunjuk kat orang.. Kan kan?

So selamat beramal ye..

Publishhhhh

Ahad, 21 Jun 2015
Posted by fandi
Tag :

Like Page FB dan IG aku ye

Salam..

Selama aku menyepi dari dunia blogging aku banyak aktif di personal fb dan jugak youtube ( bajet nak jadi retis la konon) hehe...

Dan dalam setahun ni aku mulakan page baru iaitu Naura Art Studio. Page ni sebenarnya rebranding dari page lama A Fun Dee Digital Studio Melaka.

Apa2 maklumat pasal pakej fotografi aku banyak upload kat situ.. Dan jugak aku ada instagram:

Personal IG: dzulaffandi
Company IG: nauraartstudio

Jangan lupa follow ke kawan2..

Harap2 ada yang baca.. Hihihi

Publishhhhh

Jumaat, 19 Jun 2015
Posted by fandi

InsyaAllah akan mula aktif blogging semula!!

assalamualaikum


setelah sekian lama aku memikirkannya akhirnya saya membuat keputusan nak berblogging semua.. kalau aku teruskan blogging dulu sejak 2010 mungkin aku dah popular dah skg kot..tak pun dah kaya dengan nuffnang.. haha..

aku start blogging sejak 2010 dan aktif sehingga 2012.. siap beli custom domain sebab gila nak kongsi pasal fotografi.. waktu tu aku keje syarikat Oil n Gas kat KL.. dan sejak aku decide nak berenti keje pada 2012 dan sibuk berbisnes, aku dah xde masa nak blogging..

dan akhir sekali kini aku seorang guru.. dan juga jurugambar pada masa sama..

blog ni aku biarkan je sebab banyak penulisan aku tentang tips fotografi aku kongsikan dan aku mengharapkan ramai orang akan baca bila terjumpa blog ni.. alhamdulillah walaupun langsung x aktif selama hampir 3 tahun boleh dikatakan unique viewer yang datang ke blog ni hampir 100 orang setiap hari.. terima kasih pada yang sudi singgah.. mungkin post2 tips fotografi dan juga pakej fotografi membawa korang datang sini.. hehe

penulisan kali ni aku xnak formal... nak biasa2 je.. so korang akan nampak perbezaan post2 terdahulu ( yang agak skema hihi) berbanding sekarang yang insyaAllah sempoi2 ..

doakan aku istiqomah berkongsi tips dan celoteh dalam fotografi.. blog ni aku masih fokus kepada fotografi.. dan sedikit sebanyak juga tentang diri aku dan keluarga..

ha pada yang sudi nak singgah page FB aku boleh ke Naura Art Studio.. taip je insyaAllah jumpa.. aku banyak update gambar dalam tu..nak tanya pakej2 pun boleh baa..

sekian... publishhh
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography