Archive for 2012

Untitled at Pengkalan Balak Melaka








P/s: Shot by using Leica Dlux 5. Post processing by using Ligthroom 3.6

Sabtu, 22 Disember 2012
Posted by fandi

Tips Perniagaan- Buat baru tahu

Perniagaan adalah sesuatu yang kita kena buat. Ye kita buat bukan membuta tuli tetapi mestilah dengan ilmu. Kita mungkin banyak membaca tips2 perniagaan di internet dan ada juga melalui rakan2 yang sudah terjebak dalam dunia perniagaan. Tetapi adakah dengan hanya mengetahui ilmu perniagaan kita akan menjadi peniaga jika tidak dilakukan? Sudah semetinya tidak...

Tapi bila kita nak mulakan perniagaan pasti akan muncullah satu pemikiran "boleh berjaya ke tak ni?"

Perkara seperti ni sebenarnya biasa bagi benda yang kita belum lakukan. Sebagai contoh dalam peperiksaan. Berapa ramai yang akan kata "eh aku pasti lulus dalam exam ni"dengan yakinnya? saya tak rasa ada yang akan cakap macam tu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Namun setelah menjawab dengan baik dan atas usaha keras menelaah pelajaran sebelum itu pasti pelajar itu akan merasa lebih yakin dan tahu yang dia akan lulus dalam peperiksaan tersebut...Begitu juga dalam perniagaan.. tidak kira apa bidang perniagaan sekalipun ( semestinya yang Halal ye :)

Seperti entry saya yang lepas kita perlu mengabaikan kritikan. Ye banyak suara-suara sumbang akan menjuruskan kita ke arah kegagalan. Mereka berkata gagal kerana ia merujuk pada diri mereka sendiri yang tidak pernah mencuba atau pernah mencuba tetapi tidak mengikut cara yang betul..

Namun apa yang penting sekarang ini. jika anda rasa anda nak memulakan perniagaan, BUAT!! Kerana berjaya atau gagal adalah perkara kedua. ia bergantung kepada usaha anda untuk menjayakan perniagaan atau menggagalkan. yang penting buat dulu baru tahu..

Sekian





Ahad, 9 Disember 2012
Posted by fandi

Contest I Love My Parent sudah ada Pemenangnya!!

Salam semua

maaf atas kelewatan untuk mengumumkan pemenang bagi contest I Love My Parent.. Pemenangnya adalah....

Pemenangnya adalah..................Sila tgk di page A Fun Dee Digital Studio Melaka...:)))

Kpd pemenang sila tinggalkan nama,alamat dan no telefon beserta gambar yang hendak diprint di plate ke syiera_fozi69@yahoo.com...tahniah sekali lg kpd pemenang dan kpd yg tidak berjaya tunggu contest seterusnya dri syiera bucuk n semestinya hadiah lain yang lebih menarik menanti anda..:DDDD


Terima kasih :)
Khamis, 6 Disember 2012
Posted by fandi

|sticky post| Blogger Contest I LOVE MY PARENT A Fun Dee Photography

Assalamualaikum

Contest A Fun Dee Photography bermula lagi
Seperti contest2 yang lepas saya menggunakan format gambar dan cerita.

Contest kali ini adalah mengenai " I Love My Parent". Apa yang anda perlu lakukan ialah buat satu entry dengan mengupload 1 gambar korang bersama ibu bapa atau salah seorang daripada mereka dan cipta satu slogan " Saya sayang ibu bapa saya kerana ( Tidak lebih 25 patah perkataan)

Syarat penyertaan :
2) Buat entry seperti yang tersebut di atas
3) Link kan blog contest ini pada entry tersebut.
4)Copy banner contest dan linkkan pada sidebar anda
5) Postkan link dan email pada ruangan comment entry ini.
6) Contest berlangsung selama sebulan bermula hari ini 3 November 2012 - 3 December 2012.
7) Penyertaan selepas tarikh akhir tidak akan dilayan.




1 pemenang bertuah dengan Gambar yang paling best dan sporting & 1 pemenag untuk slogan yang menarik dan kreatif akan menjadi pemenang. Pemenang akan menerima satu set Printed Plate seperti gambar di bawah yang bernilai RM60 yang mana admin akan menghubungi pemenang melalui email dan pemenang perlu menghantar gambar yang dimenangi dan gambar tersebut akan dicetak pada pinggan dan akan dipos kepada pemenang: 

Mari kita lihat berapa ramai yang mempunyai gambar bersama parents mereka...Sepatutnya setiap org seharusnya mempunyai sekurang-kurgnya 1 gambar bersama parents...Mereka tiada galang ganti...Sayangi dan hargailah mereka selagi ada...Join contest saya dan hadiahkan mereka printed plate yang dimenangi sbg kenangan...Mereka pasti teruja dan gembira...:)

Selamat mencuba :)




Isnin, 3 Disember 2012
Posted by fandi
Tag :

Promosi Pakej Perkahwinan Akhir Tahun 2012

Assalamualaikum Semua

Tahun 2012 akan berakhir tidak lama lagi dan akan muncullah tahun baru 2013.

Bersempena dengan itu saya ingin membuat satu promosi bagi sesiapa yang mendaftar untuk pakej fotografi perkahwinan dengan A Fun Dee Digital Enterprise. Pakej eksklusif ini hanya untuk 10  pasangan yang mendaftar bermula 1 Desember 2012 sehingga 31 Desember 2012 sahaja.

Harga asal Pakej ini ialah RM2499 dan harga promosi hanya :



RM1999 Sahaja!!



Hubungi saya di talian 013.455.3504 atau email di afundee.photography@gmail.com untuk maklumat lanjut atau tempahan.

Sekian terima kasih



Khamis, 29 November 2012
Posted by fandi
Tag :

Foto Jalanan dengan kamera compact

Salam...

Hari ni saya nak share koleksi gambar foto jalanan yang saya rakam di Melaka baru-baru ni dengan menggunakan kamera compact. Saya suka guna kamera compact untuk shoot gambar foto jalanan sebab ia ringan dan orang awam tidak rasa terancam berbanding bila saya guna kamera yang lebih besar macam DSLR.

Biasanya foto jalanan ini mengisarkan tentang kehidupan yang berlaku dan kita rakamkan momen-momen yang ada secara spontan atau kandid.

selain itu juga kita boleh merakam seni bina atau geometri yg terdapat di sepanjang jalan yg kita lalui














Jumaat, 23 November 2012
Posted by fandi

Tips Perniagaan - abaikan kritikan

Salam semua

kita tidak lari dari mendapat kritikan atau memberi kritikan. kritikan boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif pada seseorang. Apatah lagi apabila kita melakukan sesuatu yang biasanya orang lain tak lakukan. contohnya memulakan perniagaan pada sesuatu yang kita minati. pasti kita akan selalu dengar ayat-ayat panas telinga macam ni:

"tak usah la meniaga, keje kerajaan lagi bagus ada masa depan"
"buat ape ko susah-susah, nak keluar modal bagai pastu entah laku entah tidak"

dan macam-macam lagi lah...

memang betul perniagaan adalah sesuatu yang kita boleh katakan sesuatu yang tidak pasti. kita tidak tahu hari ni berapa income kita boleh dapat. kita tidak tahu hari ni ada orang akan beli produk kita atau tidak.

Namun kekuatan yang kita perlu ada untuk mengatasi masalah kritikan adalah mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dan berharap pada Allah untuk memudahkan urusan kita dalam melakukan sunnah Rasul iaitu berniaga..

pada saya kritikan itu penting tetapi pada masa yang sama kita perlu abaikan dan buat apa yang kita rasa betul bagi kita.

saya memulakan perniagaan dengan meninggalkan alam korporat yang selama ini pada saya memberikan kepuasan hidup. Namun dengan wang yang banyak tetapi masa yang terhad menyebabkan saya rasa ia bukanlah sesuatu yang baik untuk jangka masa panjang. Saya tinggalkan alam korporat dan memulakan perniagaan kedai gambar dan fotostat yang menjadi kegilaan saya selama ni ...Fotografi.

Namun banyak kritikan yang saya terima.

"" eh bodoh nyer kau, keje dah gaji 5 angka ko berenti macam tu jer"
" baik ko bagi aku keje ko tu, fotografi skg susah nak cari makan la"

dan macam-macam lagi. pada mulanya memanglah panas hati dan lemah semangat. namun atas sokongan keluarga terutama Ibu Bapa dan Isteri menjadikan saya kuat untuk terus berusaha membuka perniagaan dan Alhamdulillah perniagaan kini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan..

Saya Yakin rezeki milik dan hak Allah dan kita sebagai manusia perlulah berusaha sedaya upaya dan berharap pada Allah untuk membantu kita dalam apa jua perkara dalam hidup.

Kritikan kalau digunakan dengan baik akan menjadikan kita lebih kuat dan lebih berjaya. Masyarakat hanya mampu keluarkan pendapat tetapi mereka tak pernah nak mencuba pun. Kita yang perlu menyedarkan masyarakat dengan membuktikan apa yang kita lakukan adalah apa yang kita yakin akan berjaya dengan izin Allah.

Jadi abaikan kritikan dan terus berusaha. itu langkah pertama untuk berjaya bukan sahaja dalam perniagaan malah dalam apa jua bidang dan dalam kehidupan..

"Tutup mulut pengkritik dengan kejayaan kita dan bukan sifat mengalah kita"

Sekian


Rabu, 21 November 2012
Posted by fandi

Marha & Fauzi Wedding Melaka part1







































Sebarang enquiry boleh hubungi saya di talian 0134553540 atau email afundee.photography@gmail.com

Sabtu, 17 November 2012
Posted by fandi
Tag :

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography