- Back to Home »
- info Kamera , informasi »
- Info Kamera : beberapa jenis kamera yang patut anda ketahui
Posted by : fandi
Jumaat, 7 September 2012
Entry pada hari ini adalah berkenaan beberapa jenis kamera yang perlu anda ketahui. seperti yang kita ketahui terdapat banyak jenis kamera yang digunakan untuk merakam gambar.
Kamera 1: DSLR/SLR
DSLR atau dalam bahasa Malaysia ialah pantulan lensa tunggal merupakan kamera yang paling banyak digunakan pada masa kini.. ia merupakan kamera pantulan lensa tunggal yang mempunyai sebuah cermin yang memantulkan cahaya yang diperolehi daripada lensa dan melalui pentaprism ( No7) dan imej dapat dilihat melalui viewfinder (no8). semasa merakam, cermin ( no2) akan terangkat dan mendedahkan sensor ( no 4) dan merakam imej yang diperolehi daripada lensa.
Kamera 2: Rangefinder
Kamera Rangefinder pula merupakan kamera yang menggunakan kaedah fokus "tindihan" iaitu imej berada dalam fokus apabila 2 bayangan imej dalam "viewfinder" bertindih dengan tepat satu sama lain. cara fokus adalah manual. dan jenama yang masih mengekalkan kamera jenis ini adalah Leica. Jenama M9 merupakan kamera rangefinder yang aling berprestij dan banyak sekali digunakan oleh "street photographer". harga bagi body sahaja sudah mencecah RM25K dan lensa 50mm f0.95 yang dikeluarkan oleh Leica mencecah RM50K untuk sebiji lensa!!
Kamera 3: Tanpa cermin ( mirrorless), micro 4/3
Kamera jenis ini pula merupakan kamera yang tidak menggunakan cermin sebagaimana yang digunakan DSLR/SLR. jadi sensor terletak betul-betul dibelakang lensa dan kaedah elektronik shutter digunakan bagi menggantikan kaedah mechanical shutter yang digunakan oleh DSLR. kebanyakan kamera jenis ini mempunyai sensor yang lebih kecil dan antara saiz sensor yang terkenal ialah micro 4/3. Kamera jenis ini juga membolehkan kita menukar lensa sebagaimana yang dilakukan oleh DSLR.
Kamera 4: Kamera Kompak Digital
Kamera jenis ini merupakan kamera "auto" yang mempunyai kebolehan "mencetak" gambar yang dirakan serta merta. ia menggunakan kertas khas yang mempunyai bahan kimia yang bertindak balas dengan serta merta menghasilkan imej yang dirakam. namun penggunaan kamera ini adalah terhad kepada berapa banyak kertas gambar yang digunakan. kamera jenis ini tidak mahal dan ia merupakan kamera yang menarik serta hobi yang bagus bagi pengumpul gambar.
Kamera 6: Twin lens reflex Camera
kamera jenis ini pula mempunyai pantulan 2 lensa yang mana lensa pertama bertindak sebagai "viewfinder" dan lensa yang kedua bertindak sebagai perakam. kamera jenis ini masih menggunakan filem dan ia merupakan kamera yang amat popular bagi penggemar kamera lama dan kamera filem.
Kamera 7: Kamera LOMO
Kamera lomo pula merupakan kamera filem yang direka untuk memberi kesan khas seperti gambar di atas. kesan2 khas ini memberi impak dramatik pada gambar yang dirakam. kamera ini menggunakan filem dan perlu dicuci dikedai gambar.
Selain kamera yang tersenarai di atas terdapat banyak lagi jenis kamera yang lain yang anda boleh google:
Large format
Medium formal
full frame format
View camera
cinema camera
dan lain-lain.
Semoga entry ini memberi sedikit info kepada anda tentang kamera dan anda bolehlah membuat pilihan pada mana-mana jenis kamera yang anda minat.
Sekian

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.
Catat Ulasan