Archive for November 2011

Bermain dengan sedikit cahaya

Salam semua

kadangkala ada masanya sedikit cahaya boleh menghasilkan gambar yang sangat bagus. dan ia juga mampu memberikan impak yang menarik jika kita pandai menggunakannya dan merakam pada sudut yang betul. berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakam menggunakan sedikit sumber cahaya atau dalam sesetengah kategori memanggilnya " Low Key Photography" iaitu sedikit cahaya. saya rakam kesemua gambar menggunakan kamera kompak Leica Dlux 5. ada gambar yang saya rakam terus dalam mode Hitam Putih.  framing dan watermark sepenuhnya menggunakan photoscape.









sekian
Isnin, 28 November 2011
Posted by fandi

Tips: cara mempersembahkan gambar

salam semua

tips kali ni ringkas akan tetapi ia mungkin memberi impak yang besar kepada sesiapa yang melihat gambar kita walaupun pada dasarnya gambar kita tidak lah berapa menarik. caranya ialah dengan menggunakan frame yang mempunyai margin yang besar. sebagai contoh:



penggunaan frame yg besar secara psikologinya menyebabkan seseorang akan fokus kepada tengah-tengah gambar disebabkan oleh ruangan kosong di sekitar gambar tersebut. ia memberikan impak yang menarik walaupun pada asalnya gambar itu tidak menarik. kita mesti perasan bila kita melawat ke Galeri gambar atau pusat-pusat seni yang mempamerkan gambar-gambar mereka yang mana mereka menggunakan frame atau border yang besar untuk memberi lebih perhatian pada hasil seni mereka..

di harapkan tips kali ini memberi anda idea bagaimana untuk menambahbaikan gambar.

sekian.
Jumaat, 25 November 2011
Posted by fandi
Tag :

Jelajah - kembali ke Houston, Texas USA

Salam semua

saya kembali ke Houston untuk urusan kerja. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa ada sebarang masalah. berikut adalah ringkasan perjalanan saya.

perjalanan mengambil masa yang agak lama. pada hari Jumaat jam 10 pagi saya memulakan perjalanan dari melaka menaiki kereta bersama keluarga dan bergerak ke rumah sewa di Puchong, dan seterusnya bergerak ke KLIA pula. flight bermula jam 7.30 malam menuju ke Dubai untuk transit pertama. perjalanan ke Dubai mengambil masa 7 jam dan transit di Terminal 3 selama 4 jam sebelum menaiki flight berikutnya terus ke lapangan terbang Intercontinental Airport Houston. perjalanan dari Dubai Ke Houston pula mengambil masa hampir 17 jam. selesai selesai sahaja urusan imigresen selama sejam saya menaiki Limosin ke Hotel yang mengambil masa selama 30 minit dari Airport dan sampai ke hotel pada 11.30 hari sabtu tengahari waktu US( Tambah 10 jam untuk waktu Malaysia ) .begitulah flashback saya  =)



family saya yang menghantar saya ke KLIA. yang depan ni mak sedara saya, yang kedua Mak saya, yang ketiga mak Usu saya dan yang hujung sekali Ayah saya.


cik Tunang kesayangan pun turut ada :)

tiba di Airport Dubai. berehat di starbuck ada pula seorang mat saleh dari Australia yang turut duduk di situ. kami berborak seketika sambil menunggu waktu flight masing-masing. tapi lupa pula nak tanya nama dia :P


sedikit view yang sempat saya rakam di Terminal 3 Dubai Airport



Tuan tanah nak masuk jugak :)

suasana di kedai kopi


simetrikal di ruangan atas terminal

selamat sampai di Houston dan pemandu Limosin sedang membawa saya ke hotel.


:)

inilah gambar di Luar hotel tempat saya menginap :)

awan memang biru

gambar dekat sikit. nama hotel ni La Quinta Inn & Suite 

ruang hotel


Bilik saya 303


dan tempat pertama saya tuju sesudah sampai je ialah katil!!! =)

Perjalanan memang meletihkan. InsyaAllah kali ini saya akan update lebih banyak tips dan gambar edisi Houston. sila tunggu =)

sekian







Isnin, 21 November 2011
Posted by fandi

Informasi - Keywords yang popular di afundee-photography.com


gambar di atas merupakan keyword -keyword yang paling popular pada minggu ini di afundee-photography.com. ramai juga yang mencari tentang lens fungus rupanya serta beberapa tips seperti custom album, white balance dan lain-lain. diharapkan blog afundee-photography.com banyak memberi informasi kepada anda semua tidak kira yang masih baru atau yang sudah lama menjebakkan diri dalam dunia fotografi. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua.

teruskan menyokong saya ya :)

sekian
Selasa, 15 November 2011
Posted by fandi
Tag :

Wedding - Anne & Asri

salam semua

weekend lepas saya menjadi photographer rasmi bagi majlis perkahwinan antara pasangan Anne dan Asri di Melaka. majlis berjalan dengan lancar sekali. pasangan pengantin juga sangat sporting dan mesra serta mudah untuk disuruh Posing. berikut merupakan beberapa rakaman yang saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan pembaca. enjoy :)




























sekiranya berminat untuk saya merakamkan saat-saat bahagia anda boleh hubungi saya di nombor 0134553504 atau email di dzul3429@gmail.com.

semoga terhibur =)

sekian
Isnin, 14 November 2011
Posted by fandi
Tag :

Tips - Guna gambar rujukan sebagai Idea Wedding Photography

Salam semua

pernah tak anda mengalami keadaan yang mana anda tidak ada idea nak rakam gambar semasa wedding atau tunang atau potret?

saya pernah mengalaminya sewaktu baru mula berkecimpung dalam bidang Wedding photography.

apa yang berlaku pada waktu itu adalah saya tidak tahu apa yang harus saya rakam dan ia menyebabkan hasil gambar tersebut kurang memuaskan.

atas nasihat guru dan orang yang berpengalaman, saya mengambil langkah dengan melihat banyak gambar serta mendownload gambar-gambar di internet sebagai rujukan dan idea. gambar-gambar tersebut boleh disimpan di dalam telefon bimbit atau tablet pc ( Ipad , Galaxy tab dll ) dan gunakannya sebagai rujukan.Bagi yang kurang bajet boleh la menggunakan telefon bimbit berwarna atau pada masa sekarang ni terdapat juga Tablet Pc murah yang boleh digunakan sebagai rujukan kita.

gambar-gambar rujukan seperti ini amat-amat membantu. sedangkan pakar dalam bidang wedding photography seperti Ikram Ismail juga membawa gambar rujukan di lokasi untuk memberi idea pantas dalam masa yang singkat serta memudahkan kita mengarahkan pengantin untuk sebarang Pose.

jadi dengan itu mulakan mengumbpul gambar rujukan untuk kemudahan kita di masa akan datang.

diharapkan entry kali ini membantu anda. kali ini tiada sekeping gambar harap maklum :)

sekian
Khamis, 10 November 2011
Posted by fandi

Bokehlicious.........50mm f1.4


 Assalamualaikum semua

saya sememangnya menggemari gambar shallow depth of field iaitu gambar yang menggunakan aperture yang besar seperti lensa 50mm f 1.4. ia merupakan lensa yang mampu memberikan kesan blur yang sangat menarik dan mengasingkan subjek dengan latar belakang. kesan-kesan blur yang dihasilkan dinamakan BOKEH. dalam bahasa inggeris pun nama istilah tersebut adalah bokeh. selamat menjamu mata ye :)









Jumaat, 4 November 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography