Archive for November 2010

tutorial -tone wayang - cinematic tone

salam semua.. selamat berhari minggu =)
jadi entry kali ini saya nak kongsi bagaimana nak dapatkan tone wayang atau nama inggerisnya CINEMATIC TONE menggunakan photoscape. 

untuk pengetahuan, photoscape memang dah ada cinematic tone secara default. tetapi apa yang saya nak kongsikan adalah untuk menampakkan tone tersebut supaya lebih lembut dan seimbang. ok da sedia? 

ON

gambar 1 merupakan gambar contoh yang saya gunakan untuk tutorial kali ni =)

 anda click pada icon Bright,Color dan akan terpampanglah pilihan-pilihan seperti gambar di atas.

 kemudian anda laraskan saturation ke -100

 ok pada tahap ini kita menggunakan filter cinematic tone yang sedia ada tetapi pada kadar yang rendah (low)
click anak panah ke bawah filter dan pilih film effect  dan pilih cinema-low

 selepas itu anda click pada anak panah ke bawah Brigth, Color dan pilih color balance. atau cara lain adalah dengan menaip CTRL B. laraskan color balance tersebut seperti dalam gambar di atas atau bergantung kepada kesan yang anda inginkan =)

 kemudian click pada anak panah ke bawah Brigth,color sekali lagi dan pilih color curve. laraskan curve seperti dalam gambar untuk menggelapkan sedikit warna dan nak bagi kesan "DEEP" pada gambar. kemudian laraskan juga LUMINANCE dengan bentuk curve yang sama.

 gambar cinematic tone tidak lengkap tanpa frame melintang yang besar. caranya click pada object dan pilih draw rectangle dan pilih color fill berwarna hitam dan lukiskan frame mengikut citarasa anda. selepas itu click pada Photo + object dan option seperti gambar di atas akan muncul. pilih combine your photo with objects.
dan akhir sekali jangan lupa sertakan watermark anda sendiri =)

selamat mencuba ok. di bawah ni saya tunjukkan gambar-gambar lain yang menggunakan setting yang sama seperti di atas.







selamat mencuba =)

salam

ON

p/s: contest lagi 2 hari.. cepat2 join =)

Ahad, 28 November 2010
Posted by fandi

jangan buang gambar lama-manipulasi gambar potret lama

salam semua... harap semua sihat macam biasa.. selamat hari jumaat pada anda di Malaysia.. di sini masih hari Khamis malam. =)

ok entry kali ini adalah tentang gambar-gambar lama yang disimpan. sewaktu saya melihat gambar-gambar lama yang masih tersimpan di external hard disc saya, saya terjumpa gambar potret kanak-kanak yang saya rakam sebelum ini iaitu adik kepada rakan karib saya. adik tersebut bernama shuhada. waktu itu saya masih lagi baru dalam fotografi. jadi rakaman yang dihasilkan kurang memuaskan. namun apa yang kita boleh lakukan dengan gambar lama? jawapannya..

manipulasi!!!

di zaman serba canggih kini kita boleh mencantikkan gambar yang kurang memuaskan dengan menggunakan pelbagai perisian samada percuma ataupun berbayar. apa yang anda boleh lakukan dengan gambar-gambar lama adalah dengan memahirkan diri dari segi manipulasi. tidak rugi dengan mencuba pelbagai cara manipulasi. masa kini terdapat sumber yang mudah untuk belajar manipulasi secara percuma. sumber yang paling mudah adalah melalui Youtube dan lain-lain.

perisian yang saya gunakan untuk gambar-gambar dibawah adalah GIMP (click untuk download)
perisian tersebut adalah percuma dan menggunakan konsep yang hampir sama dengan photoshop. terdapat banyak tutorial tentang penggunaan perisian tersebut di youtube dan website-website.






secara peribadi saya suka merakam potret secara "close up" jadi saya banyak fokus pada bahagian muka adik shuhada.tambahan pula adik shuhada mempunyai mata yang cantik =)

maaf kerana saya tidak dapat menunjukkan tutorial editing kerana masa tidak mengizinkan saya untuk membuat tutorial. tetapi anda boleh cari di youtube dan juga website-website lain yang banyak membuat entry tentang manipulasi.

jadi jangan buang gambar lama. ia amat membantu dalam melatih anda memanipulasi gambar =)

semoga hari-hari anda ceria dan enjoy dengan entry kali ini =)

salam

ON
Jumaat, 26 November 2010
Posted by fandi
Tag :

siri hitam putih - siri 1 =)

salam semua.. apa khabar? harap2 semuanya sihat.. sudah beberapa hari juga tidak post di blog.. maklum lah dengan kesibukan di sini. jadi hari ni saya nak bercerita tentang gambar hitam putih bersiri.. tetapi tidaklah mengikut sesebuah jalan cerita.. semuanya secara rawak.. gambar-gambar berikut merupakan beberapa gambar yang terpilih yang dirakam menggunakan kompak. harap terhibur =)








Khamis, 25 November 2010
Posted by fandi

low light Photography- Bulan penuh

salam semua.. selamat bekerja di hari Isnin yang indah =)
tapi disebabkan di US masih malam jadi dapat la saya melihat bulan penuh pada hari ini.. gambar di bawah dirakam pada jam 7.15 malam waktu Houston. Subhanallah mmg indah ciptaan Allah ni.




gambar pertama saya menggunakan auto white balance. dan gambar kedua saya menggunakan white balance florescent warm ( mungkin berbeza bagi setiap kamera ).
lensa yang saya gunakan adalah lensa telephoto dengan tripod. waktu malam untuk merakam gambar bulan memerlukan shutter yang pantas.. setting yang saya gunakan adalah shutter 1/200 , iso 200 dan aperture f8. namun setiap lensa berbeza jadi anda perlu mencuba untuk mendapatkan exposure yang bagus.. gelap sedikit tidak mengapa kerana anda boleh meningkatkan kecerahan dengan menggunakan software. ape yang penting adalah ketajaman gambar ( sharp).

jadi antara kedua-duanya yang mana pilihan anda?

=)
Isnin, 22 November 2010
Posted by fandi

jelajah-hermann park houston landscape =)

salam semua.. selamat berhujung minggu.. bagaimana hujung minggu anda? harap semuanya berjalan lancar.. hari ini saya menjalajah sekitar houston. kali ni di sekitar Hermann Park houston.. landskap di sana sangat menarik disebabkan perubahan warna daun semasa musim sejuk..

warna-warna yang dihasilkan amat menarik hati saya.. kali ini saya merakam menggunakan kamera kompak dengan mode P. apa yang ingin ditekankan selain dari melihat gambar-gambar di bawah adalah dari segi komposisi merakam landskap. sebolehnya pastikan garisan horizontal adalah sekata. pasti gambar landskap yang dihasilkan adalah menarik =) Subhanallah
















selamat berhujung minggu =)
salam 
Ahad, 21 November 2010
Posted by fandi

gambar hari ni =)









Khamis, 18 November 2010
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography