Archive for Januari 2013

Custom Album layout Marisya & Muhammad

Salam semua

Hari ini saya nak kongsikan layout custom album yang saya buat untuk pelanggan saya baru-baru ini iaitu untuk majlis Pertunangan Dr Marisya dan pasangan Muhammad.

Secara peribadi saya suka menggunakan layout yang ringkas tanpa border atau frame dan lebih menumpukan kepada gambar moment dalam majlis tersebut.

Layout-layout ini diinspirasikan oleh sifu-sifu saya dalam fotografi iaitu Ikram Ismail (ikramismail.net) dan juga Norizam Sabran (norizamsabran.com).

Secara ringkasnya custom album (atau storybook) mestilah direka dengan mengikut cerita dari awal sehingga akhir majlis berlangsung. Dengan kata lain ia merupakan album sinopsis kepada majlis tersebut. Pemilihan gambar yang sesuai amatlah memberi kesan kepada album tersebut. 

Gambar-gambar di bawah merupakan design penuh bersaiz 10x24 inci ( saiz album selepas print 10x12 inci) mengikut susunan dari awal sehingga akhir dan diakhiri dengan cover depan dan belakang.. 

CLICK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS














 cover hadapan

cover belakang


Sabtu, 12 Januari 2013
Posted by fandi

Job terakhir 2012 (Pertunangan Dr Marisya & Muhammad) dan selamat Tahun Baru

Assalamualaikum semua.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua Follower, pembaca dan sesiapa sahaja yang mengenali saya. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan sinar baru kepada korang semua =)

Pada entry pertama tahun baru ni saya nak kongsikan gambar job terakhir 2012 yang saya rakam pada 25 haribulan 12 ( Hari Krismas) iaitu Majlis Pertunangan Dr Nur Marisya bersama pasangannya saudara Muhammad yang berlangsung di Kg Baru KL.

Majlis berlangsung dengan meriah dan harmoni dan pihak keluarga kedua-dua pihak juga sangat sporting dan banyak membantu saya dalam mendapatkan shoot2 yang menarik. Saya kongsikan beberapa shots yang  pada saya menarik.



















Tahniah buat kedua pasangan dan semoga hubungan pertunangan ini akan berakhir ke jinjang pelamin.


Berminat untuk merakamkan momen bermakna bersama saya? Hubungi saya di 0134553504 atau email afundee.photography@gmail.com untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej fotografi atau yang berkaitan.
Selasa, 1 Januari 2013
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography