Archive for Ogos 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum

Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pembaca yang tidak jemu melawat dan membaca blog afundee-photography.com yang serba kekurangan ini..

Bulan puasa ni agak kurang saya update kerana masa agak terhad dan kekangan kerja yang bertambah..

Namun diharapkan entry-entry yang lepas sedikit sebanyak membantu anda merakam gambar yang baik..

Apa-apapun saya memohon maaf zahir dan batin dan mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri.

Berhati-hari semasa memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi

Sekian terima kasih
Ahad, 28 Ogos 2011
Posted by fandi

perasaan...







Isnin, 22 Ogos 2011
Posted by fandi

Rules, Rules, Rules...... perlu ikut atau tidak? Isu kritik dan komen...

Assalamualaikum...

entry kali ini cuma pendapat peribadi admin tentang rules of photography...perlu ikut atau tidak??

apakah Rules of Photography? ia merupakan satu 'guideline' yang dibuat oleh jurugambar-jurugambar terdahulu setelah mengkaji tentang fotografi dan ia menjadi standard bagi menghasilkan gambar yang baik dari segi komposisi, exposure, framing dan sebagainya.

terdapat banyak undang-undang fotografi antaranya ialah:
1) Rule of Third (RO3)
2) Leading lines
3) Horizons
4) divine of proportion
5) framing
6) geometrical element
7) avoiding distraction
**
dan sebagainya.
(** istilah tidak mengikut bahasa standard)

apakah tujuan undang-undang fotografi ini di hasilkan? tujuannya untuk memberi kita idea dan kaedah yang telah dibuktikan berhasil memberikan gambar yang baik apabila kita melakukannya.

adakah kita perlu ikut Rules?

pada pendapat saya jawapannya adalah 'Ya' jika anda tidak tahu atau kurang mahir atau masih baru dalam fotografi. ianya sama seperti kita membawa kereta, kita mesti perlu tahu bagaimana nak bawa kereta, nak masuk gear, nak tekan minyak dan sebagainya barulah kereta boleh berjalan. begitu juga di dalam fotografi. kerana rules yang dibuat amat membantu dalam menghasilkan gambar-gambar yang baik. ia telah digunakan sejak bermulanya era kamera dan malah mungkin lebih lama lagi ( dalam seni lukis dan lain-lain).

istilah Break the Rules..

break the rules pula merujuk kepada keadaan yang tidak mengikut undang-undang atau guideline yang ditetapkan. kadangkala dengan break the rules gambar tersebut memberikan impak yang lebih baik berbanding ikut rules. akan tetapi ia bukanlah semudah yang disangka. ramai yang cuba break the rules tetapi tidak mahir dalam ikut rules. sebelum kita break the rules kita semestinya kena:

Rules of photography atau peribadi?

kadangkala ada gambar yang dihasilkan boleh dikatakan tidak mengikut rules dan cara breaking the rules juga tidak menghasilkan gambar yang baik tetapi bagi orang yang merakam iku ia membawa kenangan atau makna peribadi yang mendalam kepadanya. oleh sebab itu kita yang dah tahu rules atau memang suka ikut rules perlulah menjaga sensitiviti orang lain juga.. jika perlu memberi kritikan, berilah kritikan dengan cara yang baik dan tidak menghina seperti yang banyak berlaku pada masa sekarang. kadangkala moment yang dirakam lebih mahal atau lebih memberi impak berbanding rules of photography.

Kritik dan Komen

meminta kritikan dan komen menjadi kelaziman bagi seseorang yang baru dalam dunia fotografi. dan sebaliknya bagi orang yang sudah lama dalam bidang ini. kaedah belajar dengan cara kritik dan komen ini memberi 2 kesan iaitu baik dan kesan buruk. kesan baiknya adalah kita mengetahui kesilapan kita seperti tidak mengaplikasikan rules of photography dengan betul dan sebagainya. dengan kritikan itu kita dapat belajar. namun kesan buruknya pula akan terjadi pergaduhan dan selisih pendapat apabila si tukang kritik memberi kritikan yang pedas atau tidak berlapis yang mengguris hari orang yang meminta kritikan, serta apabila yang meminta kritikan itu tidak tahu apa yang dia buat dan hanya mengharapkan dapat belajar sesuatu dari kritikan tersebut tetapi pada asasnya dia tidak tahu apa-apa asas fotografi. ini yang banyak berlaku pada masa sekarang. pada pendapat saya para pengkritik perlulah berhemah dalam menyampaikan kritik dan tidak bersifat menghina. perlu diingatkan bahawa setiap orang adalah berbeza dari segi penerimaan kritikan dan ilmu. manakala orang yang meminta kritikan sekurang-kurang tahu dulu rules, sekurang-kurangnya yang asas supaya anda faham apa yang disampaikan oleh pengkritik. Bukan seperti apabila pengkritik cerita pasal RO3 lepas tu anda yang dikritik tidak tahu pasal RO3. akhirnya masing-masing akan berbeza pendapat dan bertelagah.

jadi kesimpulannya..

jadi jawapannya ada pada anda sendiri.. :)

nasihat untuk diri saya dan rakan pembaca...

sekian dari saya..

p/s; raya dah nak dekat, rancang fotografi keluarga yang menarik... =)



Khamis, 18 Ogos 2011
Posted by fandi

informasi - koleksi video youtube tips fotografi yang bagus untuk ditonton

Assalamualaikum semua

wah dah bersawang dah blog ni sebab lama tak update. kekangan masa kerja di bulan Ramadan kali ini agak membataskan saya untuk berfotografi dan juga untuk update blog. jadi kali ini saya akan berkongsi video youtube yang pada rasa saya amat bagus dan mudah difahami kerana pengajar itu menggunakan bahasa inggeris yang mudah dan ringkas serta kelakar.

anda boleh ke link ini : http://www.youtube.com/user/FontanaKnowledge untuk melihat semua senarai video tutorial fotografi dari yang paling asas sehingga tutorial penggunaan lampu studio. saya juga banyak belajar dari video-video beliau.

ini adalah antara video beliau:

tips asas


nasihat kepada beginner


dan banyak lagi. video-video beliau memang banyak membantu saya sendiri dalam memahami fotografi. diharapkan informasi ini bermanfaat untuk anda.

sekian.. selamat berpuasa =)

Khamis, 11 Ogos 2011
Posted by fandi
Tag :

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Assalamualaikum semua

saya ingin  mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.. semoga bulan Ramadan kali ini lebih baik yang sebelumnya.

walaupun letih dengan puasa tapi ia bukan alasan untuk kita tidak produktif pada bulan puasa ni. jadi rajin2 la bekerja ya =)

selamat berpuasa =)

sekian
Isnin, 1 Ogos 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography