Memaparkan catatan dengan label realiti. Papar semua catatan

Tips Perniagaan - abaikan kritikan

Salam semua

kita tidak lari dari mendapat kritikan atau memberi kritikan. kritikan boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif pada seseorang. Apatah lagi apabila kita melakukan sesuatu yang biasanya orang lain tak lakukan. contohnya memulakan perniagaan pada sesuatu yang kita minati. pasti kita akan selalu dengar ayat-ayat panas telinga macam ni:

"tak usah la meniaga, keje kerajaan lagi bagus ada masa depan"
"buat ape ko susah-susah, nak keluar modal bagai pastu entah laku entah tidak"

dan macam-macam lagi lah...

memang betul perniagaan adalah sesuatu yang kita boleh katakan sesuatu yang tidak pasti. kita tidak tahu hari ni berapa income kita boleh dapat. kita tidak tahu hari ni ada orang akan beli produk kita atau tidak.

Namun kekuatan yang kita perlu ada untuk mengatasi masalah kritikan adalah mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dan berharap pada Allah untuk memudahkan urusan kita dalam melakukan sunnah Rasul iaitu berniaga..

pada saya kritikan itu penting tetapi pada masa yang sama kita perlu abaikan dan buat apa yang kita rasa betul bagi kita.

saya memulakan perniagaan dengan meninggalkan alam korporat yang selama ini pada saya memberikan kepuasan hidup. Namun dengan wang yang banyak tetapi masa yang terhad menyebabkan saya rasa ia bukanlah sesuatu yang baik untuk jangka masa panjang. Saya tinggalkan alam korporat dan memulakan perniagaan kedai gambar dan fotostat yang menjadi kegilaan saya selama ni ...Fotografi.

Namun banyak kritikan yang saya terima.

"" eh bodoh nyer kau, keje dah gaji 5 angka ko berenti macam tu jer"
" baik ko bagi aku keje ko tu, fotografi skg susah nak cari makan la"

dan macam-macam lagi. pada mulanya memanglah panas hati dan lemah semangat. namun atas sokongan keluarga terutama Ibu Bapa dan Isteri menjadikan saya kuat untuk terus berusaha membuka perniagaan dan Alhamdulillah perniagaan kini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan..

Saya Yakin rezeki milik dan hak Allah dan kita sebagai manusia perlulah berusaha sedaya upaya dan berharap pada Allah untuk membantu kita dalam apa jua perkara dalam hidup.

Kritikan kalau digunakan dengan baik akan menjadikan kita lebih kuat dan lebih berjaya. Masyarakat hanya mampu keluarkan pendapat tetapi mereka tak pernah nak mencuba pun. Kita yang perlu menyedarkan masyarakat dengan membuktikan apa yang kita lakukan adalah apa yang kita yakin akan berjaya dengan izin Allah.

Jadi abaikan kritikan dan terus berusaha. itu langkah pertama untuk berjaya bukan sahaja dalam perniagaan malah dalam apa jua bidang dan dalam kehidupan..

"Tutup mulut pengkritik dengan kejayaan kita dan bukan sifat mengalah kita"

Sekian


Rabu, 21 November 2012
Posted by fandi

Street Photography : Jonker walk Street photography and street portraits

Salam semua.

Fotografi jalanan merupakan salah sebuah cabang fotografi yang merakam momen kehidupan manusia di jalanan secara kandid atau secara langsung. Ia dapat menceritakan atau mendokumentasikan kehidupan manusia dan sifat manusia secara spontan.

Selain itu juga di dalam street photography terdapat juga cabang yang dinamakan street portraiture yang merakam potret orang awam di jalanan dengan kebenaran mereka. Cabang ini memerlukan keberanian dan juga etika yang bagus untuk mendekati orang awam dan meminta kebenaran untuk merakam gambar mereka.

Pada hujung minggu lepas saya melakukan outing secara bersendirian di Jonker Walk Melaka dan berjaya merakam beberapa gambar street dan juga gambar potret jalanan. teknik pendekatan yang saya gunakan:

1) berada bersama dengan mereka
2) rakam secara dekat
3) jika mereka perasan mereka dirakam, senyum dan melambai tangan.
4) Jika dimarahi hanya minta maaf dan berlalu

4 teknik ini membuahkan hasil dan saya berjaya merakam gambar street dan potret di sana dengan mudah. berikut merupakan beberapa keping gambar yang saya berjaya rakam:

nostalgia

wa banyak wang 

jual beli

penjual kamera klasik

tona

membaca dan berfikir

pasar jalanan

ekspressi

tutup

lihat sana sini

penjual onde-onde

vespa lama

macam boss!!

kira gaji

tertanya-tanya

peminat bola sepak

tergesa-gesa

cripple man

penjual bunga yang tak berapa nak ramah :)

Minum dlu =)

Pakcik ni tak mau senyum. tapi dia benarkan gambarnya dirakam :)


pakcik kuning ni nampak garang pada mulanya tapi apabila saya senyum dan mengangkat tangan dia pun senyum tapi sayangnya tak dapat nak rakam masa dia senyum =)


Ia merupakan pengalaman yang menarik dan ape yang penting kita mesti berani untuk dekat dan memohon maaf jika mereka tidak menggemarinya. kita perlu "Blend" dengan situasi dan merasai pengalaman yang mereka rasa bersama mereka dan barulah mudah untuk kita merakam momen secara dekat.

kesemua gambar di atas saya rakam menggunakan kamera DSLR Pentax k10D bersama dengan lensa 17-50 f2.8 dan dimanipulasi dengan menggunakan perisian GIMP.

jika anda berminat dengan blog saya sila kongsikan dengan rakan-rakan anda dan follow saya di twitter @Afundee87 atau boleh like FB page saya di sebelah kiri.

Sekian

Khamis, 13 September 2012
Posted by fandi

Street Photography Di Sungai Petani

Salam Semua.

Saya ingin berkongsi gambar yang sempat saya rakam semasa berada di Sungai Petani. gambar-gambar ini dirakam semasa Bulan Ramadan yang lepas. Seperti anda saya juga masih belajar dalam memahirkan diri dalam seni fotografi jalanan. amat sukar untuk mendapatkan keyakinan mendekati subjek dan merakam secara dekat orang ramai yang berada di lokasi. jom layan :)






 suasana di bazar


 Hai nama saya Tasha
 Hai Nama saya Naufal. Umur saya empat tahun dan saya belum boleh bercakap. doakan saya ye :)

 Catwalk?
 Busy
 hulk hogan Malaysia??
 Malaysian
 Peminat Bola sepak
 not in the mood
 langkah
 blinking
 tidur
 fuji
 Nasi lemak kopi O
 jom beli nasi lemak :)

pandang sini sana
Kedai 1 Malaysia
Ahad, 9 September 2012
Posted by fandi

Hampir 3 bulan menyepi akhirnya kembali :)

Assalamualaikum semua.

Kiranya belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan Muslim sekalian. semoga di Bulan Ramadan yang mulia ini kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik dan lebih baik berbanding Ramadan yang lalu..

Alhamdulillah.. setelah hampir 3 Bulan saya menyepi dari menulis sebarang entry dan kini saya telah kembali semula.. ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca yang masih setia dengan blog saya walaupun sudah lama tak update.

Tujuan saya menyepi diri selama hampir 3 bulan adalah untuk berehat panjang dari dunia blog dan fotografi dan menumpukan kepada kehidupan peribadi saya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan kini saya kembali dengan lebih banyak informasi dalam fotografi.

Antara yang telah berlaku dalam hidup saya :)



Menamatkan zaman bujang :)

Alhamdulillah saya telah selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati saya sendiri. saya mengharapkan saudara saudari pembaca dapat mendoakan kami bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat insya Allah

dan saya juga telah membuat keputusan untuk menjalankan fotografi secara sepenuh masa Insya Allah. projek seterusnya saya dalam proses membuka Kedai Gambar di Melaka. Insya Allah saya akan update tentang kedai dan perkhidmatan yang bakal saya sediakan.

itulah antara sebab kenapa saya mendiamkan diri selama 3 bulan ini.. Insya Allah selepas ini akan lebih banyak update terkini dan info-info menarik akan saya kongsikan dalam blog ini. 

Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong saya.

Sekian coretan saya.



Ahad, 12 Ogos 2012
Posted by fandi
Tag :

Realiti- "Harga kurang sikit tak boleh ke bang?"

Salam semua

Pengalaman saya sebagai jurugambar semestinya kerap kali mendapat pertanyaan seperti: " harga boleh kurang sikit tak bang?" atau " harga kawan-kawan takde ke bang?" dan macam-macam lagi soalan yang meminta untuk mengurangkan harga pakej dan sebagainya.

Sebagai seorang jurugambar/jurujual semestinya seseorang itu mahu produk/perkhidmatan mereka laku dan mendapat keuntungan. Namun kadangkala situasi seperti di atas memaksa sehingga mereka mengalami kerugian. ditambah pula dengan kehadiran jurugambar-jurugambar baru yang bermain risiko dengan harga yang terlalu murah ( misalnya rm300 untuk shoot and burn wedding photography) yang bukan sahaja membunuh pasaran harga perkhidmatan wedding photography itu sendiri malah menjadikan bisnes jurugambar menjadi bisnes jangka pendek ( tidak dapat pusing modal untuk kos baik pulih dan lain-lain).

Persoalan rungutan harga oleh bakal pelanggan sebagai contoh pelanggan wedding fotografi seharusnya tidak berlaku. Ia berlaku kerana Bakal pengantin tidak mengambil kira Sentimental Value yang akan dihasilkan oleh gambar-gambar yang dirakam. Mereka mampu menghabiskan puluhan ribu untuk makanan, pakaian dan perhiasan namun kesemua itu hanya digunakan sehari atau dua hari. Namun amat sukar untuk mengeluarkan wang untuk khidmat jurugambar yang berharga RM2000-RM5000 yang mereka akan lihat hasilnya dan menghargai Sentimental Value sampai ke akhir hayat. adakah Nilai hari istimewa mereka itu begitu rendah?

Semestinya saya tidak merendahkan hak sebagai pelanggan namun apa yang hendak disampaikan adalah bagaimana kita menghargai Sentimental Value yang mungkin kita lalui hanya sekali seumur hidup itu berlalu dengan hasil gambar yang tidak memuaskan dari jurugambar amatur yang mengenakan harga murah.Kerana ingin berjimat kita rela dapat gambar yang lari warnanya, lari fokusnya, gambar yang blur dan sebagainya..

Sepatutnya kos jurugambar dikira dari awal lagi kerana ia merupakan salah satu investment yang tidak merugikan bakal pelanggan kerana kita tidak mungkin lagi dapat menunjukkan pakaian yang dipakai pada hari tersebut, atau perhiasan yang digunakan sekiranya tiada gambar yang dirakam lebih-lebih lagi dirakam oleh jurugambar berpengalaman yang menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi dan menarik.

Oleh itu, sebelum bertanya soalan di atas maka tanyalah diri kita dahulu " takkanlah hari terbesar dalam sejarah gidup aku nak pakai jurugambar yang kurang mementingkan kualiti dan murah?"

Sebarang pertanyaan dan komen bolehlah ditulis diruangan komen atau email kepada saya di afundee.photography@gmail.com

Sekian
Khamis, 17 Mei 2012
Posted by fandi
Tag :

A Fun Dee Digital Enterprise telah didaftarkan

Assalamualaikum semua pembaca

Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas kekurangan update terbaru dan juga tips-tips fotografi. hal ini kerana saya sekarang sedang membina satu syarikat di atas nama A Fun Dee Digital Enterprise. Alhamdulillah syarikat saya telah didaftarkan di SSM dan kedai gambar akan di buka di Melaka dalam 2 minggu lagi.

Tumpuan utama syarikat saya adalah menyediakan perkhidmatan gambar passport, print dan fotokopi serta perkhidmatan Jurugambar untuk pelbagai majlis.

Alhamdulillah setakat ini semua persediaan berjalan lancar. InsyaAllah saya akan update lagi untuk maklumat mengenai perkhidmatan dan lokasi terutama untuk pembaca di Masjid Tanah Melaka.



Di harapkan saudara-saudari pembaca dapat mendoakan kejayaan Syarikat saya di masa akan datang. sekian terima kasih
Jumaat, 13 April 2012
Posted by fandi

Saya suka ke pantai!!!

Salam semua

dalam menjalani kehidupan seharian pasti ada satu-satu masa kita akan menghadapi masalah atau sesuatu perkara yang membebankan jiwa. dan setiap orang pasti ada satu tempat yang mungkin dapat menenangkan jiwa seain dari beribadah.

begitu juga saya. apabila merasa tidak tenang saya suka ke pantai. selalunya saya akan bawa kamera bersama dan tunggu sampai matahari terbenam sambil merakam saat-saat matahari terbenam. ia amat memberi ketenangan kepada saya disamping saya dapat menyaksikan kebesaran ciptaan Allah. anda pula bagaimana?

Khamis, 19 Januari 2012
Posted by fandi

berkongsi ilmu walaupun sedikit

assalamualaikum semua

selamat hari jumaat. penghulu segala hari.
hari ini saya nak bercerita tentang berkongsi ilmu. dalam kontek ilmu dan kehidupan seharian kita.
kenapa kita perlu berkongsi?
sebenarnya dengan berkongsi ilmu kita akan dapat lebih banyak dan lebih mengingati ape yang kita pelajari dan kongsikan.

kenapa saya menulis blog ini? blog ini merupakan "Buku Nota" saya. tetapi saya menulis dan berkongsi ape yang saya pelajari dan orang lain pun boleh baca. kadang kala saya akan membaca semula apa yang saya tulis di dalam blog ini.

tetapi tidak semestinya kita hanya berkongsi melalui blog tetapi melalui keluarga dan rakan-rakan terdekat. ia tidak terhad kepada ilmu fotografi sahaja tetapi untuk semua aspek.

Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berpesan "sampaikanlah walaupun cuma 1 ayat". jadi dengan menyampaikan sesuatu yang baik kita akan beroleh kebaikan =)

jadi jangan kedekut untuk kongsi ilmu yang kita ada dan ape yang kita dah pelajari. InsyaAllah kita akan dapat lebih dari itu =)

selamat berhari jumaat

sekian
Jumaat, 18 Februari 2011
Posted by fandi

cuba "explore"

salam

dalam hidup kita kini banyak perkara yang perlu kita ketahui dan pelajari. kadang kala kita perlu ada seseorang yang mengajar kita dalam membuat sesuatu. belajar dengan guru. sesiapa sahaja boleh menjadi guru dalam hidup kita. samada formal atau tidak formal. belajar dengan guru merupakan tuntutan dalam Agama kita. jika tidak maka syaitan lah guru kita.

akan tetapi sesudah kita belajar sesuatu pernahkah kita terfikir untuk "explore" mengikut cara kita sendiri sesudah kita pelajari sesuatu?

contohnya dalam kontek fotografi. kita sudah belajar asas fotografi seperti aperture,shutter speed, iso dan komposisi sebagai contoh. dengan ilmu asas itu adakah kita hanya ingin tahu sampai ke tahap itu tanpa "explore" dengan cara sendiri?

apa yang berlaku yang kita dapat lihat adalah kita terlalu berharap dengan komen/kritikan orang lain tentang gambar/ hasil kerja kita daripada orang lain sehingga ke satu tahap ia menjadi acuan kepada hasil kerja kita dan bukan lagi hasil kreativiti atau keinginan kita sendiri..

kritikan orang lain terhadap hasil kerja kita kadangkala penting dalam membantu meningkatkan diri. akan tetapi jangan sampai ia menjadi sesuatu keperluan sehingga kita hilang hak untuk menghasilkan hasil kreativiti sendiri.

jadi kita perlu bereksperimen dan "explore" dengan ilmu yang kita ada. dengan cara itu baru lah kita akan mengetahui apa yang kita kehendaki dalam hasil kerja/gambar kita.

dalam kontek fotografi terdapat banyak undang-undang seperti Rule of Third, dan sebagainya. rule itu sebenarnya membantu kita mendapatkan gambar yang baik dan "standard". akan tetapi tidak salah jika kita tidak mengikutinya dan "explore" dengan cara sendiri yang kita suka. mungkin anda suka gambar yang senget sikit atau gelap sikit atau sebagainya terpulang kepada apa yang anda rasa. dengan cara itu barulah seni dihasilkan dengan cara sendiri dan asli.. apabila ada orang kritik tentang itu maka kita perlu katakan bahawa kita nak hasil yang macam itu. mereka pasti akan berdiam diri. =)

akan tetapi sebelum kita nak "explore" , ilmu asas AMAT penting untuk diketahui. jadi mantapkan dulu ilmu asas dan barulah bereksperimen =)

Sekian
Rabu, 12 Januari 2011
Posted by fandi

entry khas - jamuan perpisahan rakan-rakan di houston

salam semua.. entry kali ni khas untuk rakan-rakan saya semasa berada di houston. akhirnya kursus selama 4 bulan tamat akhirnya. 4 bulan yang paling susah dalam hidup saya.hehe.. namun alhamdulillah semua lulus dalam kursus tersebut yang mana kalau tak lulus maka berakhir lah kerjaya dalam company. banyak kenangan yang telah saya alami bersama-sama mereka-mereka. terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana banyak membantu saya semasa kursus tersebut =)

instructor saya yang bernama mary k. pace. seorang yang sangat berpengalaman dan sangat mengambil berat. terima kasih atas tunjuk ajar =) 

instructor saya bernama Krishna Ramani yang berasal dari india. sangat hebat dan juga tegas dalam pembelajaran tetapi menjadi rakan yang baik selepas waktu kerja. terima kasih atas tunjuk ajar =)

pegawai admin iaitu elainne Gillam yang menguruskan keperluan dan tempat tinggal semasa kami semua berada di houston. seorang yang amat peramah dan kuat gelak =)

Bos saya federico sokolowski yang berasal dari Argentina. seorang bos yang sangat peramah. dan selaku bos beliau juga sangat mengambil berat hal keselamatan dan tegas dalam menjalankan tugas 


ok sekarang rakan sekerja iaitu Martin yang berasal dari Norway. 

Sheryl Liaw yang berasal dari Sarawak Malaysia yang akan ditugaskan ke Brazil. semoga berjaya

Yonna yang berasal dari Jakarta Indonesia dan sedang berbadan dua. semoga selamat pulang dan selamat melahirkan anak nanti 

John Sathoff yang duduk di sebelah saya dan merupakan pelajar yang paling pintar dalam kursus tersebut.


Haryo yang berasal dari Indonesia. seorang yang pintar juga dan antara yang paling hebat dalam kalangan kami yang datang dari asia tenggara.


ana cristina yang berasal dari Mexico. banyak membantu saya semasa di kelas. sangat ramah dan baik. ditugaskan di atas kapal. semoga selamat nanti bertugas di kapal.

Pedro yang berasal dari Brazil dan akan ditugaskan di Rio Brazil. sangat "out going" tetapi kawan yang baik. semoga jumpa lagi pada masa akan datang. maaf gambar kabur pulak =(

Arthur yang berasal dari Canada. juga akan ditugaskan di Kapal bersama Ana. semoga selamat dan menjalankan tugas dengan baik. kawan yang baik dan sedikit kebudak-budakan walaupun umur da 29.

 Barret yang berasal dari Danver Colorado seorang yang ramah dan kawan yang baik

veronica Hawley. ditugaskan di Houston. sudah berkahwin dan merupakan seorang yang bijak juga. banyak membantu saya semasa kursus pertama di Abu Dhabi. selamat bertugas.

Katy Jansen seorang yang agak pendiam. ditugaskan di Houston juga. tetapi suka tolong hantar saya balik apabila balik lewat dari tempat kerja. terima kasih Katy!! =)

nama dia Nada. berasal dari Libya dan akan ditugaskan di Libya jugak. selamat bertugas.

Rana yang juga berasal dari Libya. sangat petah berbahasa inggeris. dan pintar. 



Cara Montgomery yang berasal dari Dallas Texas. dan ditugaskan di Houston. antara yang paling hebat dalam kelas. seorang yang sistematik. maaf gambar agak kabur =(

Joshua yang berasal dari Houston dan ditugaskan di Houston. sangat pendiam tetapi cepat belajar dan juga banyak membantu saya memahami apa yang dipelajari. terima kasih

Sessil Wilson yang berasal dari Austin Texas dan ditugaskan di Houston. bijak dan peramah. selamat bertugas

Nathaniel yang berasal dari Danver Colorado dan akan ditugaskan di Houston. Pelajar paling pintar dalan fasa 1. tahniah =)

Thomas Mason. antara yang saya paling rapat dalam kalangan orang-orang US. sangat peramah dan mempunyai minat yang sama dalam muzik. jadi bila dengar muzik sama-sama masing-masing akan naik gila. hehehe. akan ditugaskan di Houston dan berasal dari California.

Annas yang berasal dari Indonesia. peramah dan kawan yang baik. moga berjumpa lagi.

Mahathir yang berasal dari Sarawak dan akan ditugaskan bersama saya di Kuala Lumpur. selalu berbincang bersama-sama menyelesaikan masalah pelajaran yang dihadapi. kawan yang baik dan peramah. selamat berjaya.


Iqlima Ahmad Rostam. merupakan rakan sekelas di USM dan kali ini rakan sepejabat di Kuala Lumpur. selamat bertugas. terima kasih atas kerjasama yang diberikan =)

Wani Abdullah. Mek kelate yang juga merupakan rakan sekelas di USM dan akan ditugaskan di Algeria. semoga selamat berada di tempat orang di sana. terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

dan akhirnya saya sendiri. akan ditugaskan di Kuala Lumpur. rambut dan janggut pun sudah panjang =)

bergambar kenangan untuk Wani dan Sheryl dari Malaysia yang akan bertugas di Algeria dan Brazil. jumpa lagi kawan. moga selamat di sana dan kerja sungguh-sungguh =)

terima kasih kawan-kawan. moga jumpa lagi pada masa akan datang.

untuk pembaca. rakaman semua dirakam menggunakan cahaya semulajadi dari tingkap dan menggunakan aperture 2.4 . 


salam



Sabtu, 18 Disember 2010
Posted by fandi
Tag :

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography