Posted by : fandi Selasa, 13 Julai 2010

salam semua..

entry pada kali ini akan mendedahkan bagaimana cara yang betul merakam gambar potret berkumpulan ( group portrait) menggunakan dslr.

dalam kita merakam gambar berkumpulan, apa yang penting adalah kesemua wajah dan fizikal dalam gambar kumpulan tersebut adalah sharp dan jelas. bagaimana untuk kita mendapatkan gambar group potret yang jelas dan sharp adalah dengan menggunakan Aperture yang kecil ( no f besar). mungkin bagi yang baru membaca blog ini tidak faham dengan penggunaan aperture maka boleh la membaca bagaian asas penting dengan klik bahagian ASAS PENTING.

aperture mempengaruhi Depth of field iaitu luas ketajaman fokus gambar. semakin besar bukaan aperture ( no f kecil cth f2.8) semakin cetek DoF iaitu semakin kabur latarbelakang subjek.. biasanya apeture yang kecil lebih sesuai untuk merakam potret perseorangan atau satu objek sahaja. namun untuk merakam potret kumpulan memerlukan kita menggunakan aperture yang kecil( no f besar cth f8) supaya kawasan ketajaman fokus lebih luas atau "Great DoF" atau dengan bahasa mudahnya seluruh gambar akan sharp tidak kira background ataupun foreground..

untuk merakam mula-mula setkan kamera anda pada mode aperture priority ataupun mode manual. tetapi untuk entry ini saya lebih fokus kepada mode aperture priority.hal ini kerana anda tidak perlu untuk setkan shutter speed kerana shutter speed akan diset oleh kamera anda sesudah anda memilih aperture yang sesuai.

aperture yang sesuai untuk merakam potret adalah dari f8 ke atas.

jika cahaya adalah kurang terutama di kawasan indoor, anda sangat memerlukan flash bagi membantu menerangkan wajah subjek. selain itu juga flash membantu memberhentikan subjek yang bergerak.. namun berhati-hati jika ada yang terpejam mata semasa gambar dirakam. apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merakam sekurang-kurangnya 3 keping bagi satu sesi supaya anda dapat pastikan tiada yang terpejam mata atau belum bersedia =)



gambar-gambar di atas merupakan contoh group potret menggunakan dslr..3 gambar pertama merupakan gambar rakan-rakan sekerja saya sewaktu berada di Abu Dhabi manakala gambar ke 4 merupakan rakan sekelas sewaktu di Universiti Sains Malaysia =)

saya harap entry kali ini lebih memberi pemahaman kepada anda bagaimana untuk merakam group potret. setting yang saya berikan tidak terbatas untuk group potret sahaja malah sesuai digunakan untuk kandid, landskap dan sebagainya =)

selamat mencuba ok =)

jika anda suka blog ini boleh la subscribe atau follow ye =)

ON!!

6 Responses so far.

  1. Rain says:

    reali nice n3 .. berinfo sgt.

    pada saya yg minat fotografi tapi xda ilmu pasal teknik nak shoot gmba, saya lebih berminat kepada suatu gamba yang jelas, maksudnye menampakkan rupe objek. tidak mengambil kesuluruhan objek. contoh objek tersebut adalah kawan2 3 orang. saya lebih kepada 'zoom' pada separuh bdn , kaki tidak akan di capture.

    mohon tunjuk ajar. maaf kalu saya guna istilah yang awak tak faham

  2. fandi says:

    bagus komen rainbow. entry ini bertujuan lebih kepada apa yang boleh kita buat dengan Aperture. ia lebih kepada teknikal dan bagaimana untuk memahami penggunaan asas kamera. itu sebab di akhir entry saya ada menyebut ia tidak terbatas kepada group potret sahaja =)

    apa yang rainbow sampaikan lebih kepada teknik komposisi dalam potret. ia dinamakan "half-body". saya akan pos entry mengenai komposisi potret pada masa akan dtg.. terima kasih kerana memberi pandangan =)

  3. Asri Alam says:

    nice.. tq berkongsi info ni :)

  4. SBA MRG says:

    Info yang amat berguna..good job..
    pada saya kalau kita nak shoot group foto macam guru2 sekolah..lebih selamat kita gunakan RAW setting kerana ia akan memperhalusikan lagi sesebuah gambar..sama2 kita belajar, belajar dan terus belajar dimasa akan datang di dalam fotografi ni..makin lama kita belajar makin banyak perkara yang kita tak tahu..betul tak..

  5. fandi says:

    terima kasih wirawahmrg. ye betul tu.. penggunaan RAW format sangat membantu dalam meningkatkan kualiti gambar. mmg byk yang perlu dipelajari dalam sesuatu perkara.. =)

  6. sampai skng mmg xpuas hati kalau shoot group foto. masalahnyer gmbr slalu xclear n sharp.


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography