Archive for Oktober 2011

Entry Khas : Alhamdulillah dan terima kasih

Assalamualaikum semua

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang sebagaimana semua orang inginkan.

Alhamdulillah saya telah selamat bertunang pada sabtu lepas dengan pilihan hati saya Nurashira Bt Harun. saya berharap agar pembaca sekalian dapat mendoakan kami agar kekal dalam hubungan baik dan dapat melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan InsyaAllah.

Terima kasih tak terhingga kepada keluarga saya terutama Mama dan Papa kerana bersusah payah menyediakan segala kemudahan dari mula sehingga la bertolak dari Melaka ke negeri Kedah dan pulang ke Melaka semua dan merestui hubungan kami.

Tidak dilupa juga kepada adik beradik dan saudara mara serta kawan-kawan rapat yang turut hadir.

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Noorizam Sabran kerana menyerikan majlis kami dengan menjadi Fotografer utama pada majlis tersebut. anda boleh lihat beberapa gambar yang beliau sudah upload di blog.

ini kali pertama saya membuat entry pasal peribadi saya. dah lari topik dah ni.. hehe.. apa-apa pun terima kasih semua.. :)

sekian
Isnin, 31 Oktober 2011
Posted by fandi

Tips: Self portrait menggunakan speedlight dan softbox

Salam semua. lama juga saya menyepi. maklum lah agak sibuk dengan tugas seharian sampaikan kamera pun tersadai je dalam drybox. harap anda semua pun sihat-sihat =)

ok pada kali ini saya nak kongsi gambar saya sendiri dan juga kaedah merakam gambar tersebut. gambar tersebut menggunakan 2 buah flash beserta softbox yang bersaiz sederhana..


 rajah di atas merupakan setup yang saya gunakan untuk merakam gambar saya sendiri dibantu dengan rakan2 saya. ia merupakan setup ringkas dan tempat merakam adalah di pejabat ( waktu bos takde..hahaha). sudut antara speedlight itu adalah lebih kurang 45 darjah.

gambar di atas merupakan gambar yang dirakam tanpa edit. hanya resize dan diletakkan watermark. cahaya flash yang dihasilkan dari kiri dan kanan menghasilkan cahaya yang lembut dan mengurangkan bayang-bayang di wajah.


dan gambar di bawah ini saya telah edit dan crop di bahagian yang tidak diperlukan. editing adalah menggunakan perisian Percuma GIMP. saya amat menggemari warna hitam putih. ia terpulang kepada anda untuk editing. akan tetapi rakaman yang bagus pada permulaan akan membantu editing bagi menghasilkan gambar yang lebih baik.

diharapkan entri kali ini memberi anda idea untuk merakam gambar menggunakan flash dan softbox. bagi saya contoh diatas tidaklah sempurna akan tetapi pada diri saya ia sudah cukup. :)

semoga bermanfaat ya.

sekian
Selasa, 25 Oktober 2011
Posted by fandi
Tag : ,

kesepian....


Isnin, 17 Oktober 2011
Posted by fandi

tips - long exposure landscapes













long exposure landscape adalah kaedah menggunakan shutter speed yang perlahan. dengan menggunakan alat tambahan seperti ND filter, kita akan dapat menggunakan shutter speed yg perlahan pada hari siang. antara barang yang diperlukan:

1) kamera DSLR + lensa ( kit lens 18-55mm atau wide angle lens)
2) ND filter
3) tripod yang kukuh
4) shutter release cable atau IR remote control

kaedah:
1) sediakan peralatan secukupnya
2) pasang ND filter pada lens
3) pasangkan kamera pada tripod yang kukuh.
4) komposisi gambar yang hendak dirakam sebaik-bainya.
5) set kan aperture kepada 16 dan ke atas.
6) setkan iso pada level yang paling rendah ( iso 100)
7) set shutter speed pada yg sesuai. dalam kes ini kita perlu mencuba banyak kali. mulakan dengan shutter yang agak pantas seperti 2saat. dan rakam menggunakan remote atau shutter release cable. lihat hasilnya dan cuba lagi pada shutter yang lebih lama dan ulang. 
8) untuk kualiti yang lebih bagus rakam dalam mode RAW + jpeg supaya anda boleh memanipulasi tanpa menjejaskan kualiti gambar.

diharapkan penerangan ringkas ini memberi sedikit idea kepada anda. selamat mencuba. dan jangan segan untuk bertanya. =)

sekian
Isnin, 10 Oktober 2011
Posted by fandi

Keluarga baru - Variables ND Filter

Assalamualaikum

entry kali ini adalah tentang keluarga baru dalam koleksi saya iaitu Variable Neutral Density Filter.


ND filter merupakan sebuah penapis cahaya yang menapis sebahagian cahaya bagi membolehkan kita mendapatkan shutter speed yang perlahan terutama pada hari siang. terdapat pelbagai cara untuk mengguna ND filter ini namun yang paling banyak digunakan adalah dalam merakam landskap. kita boleh merakam "motion blur" pada air yang mengalir dan menampakkan seolah-olah seperti kapas.

ND filter memerangkap sebahagian cahaya tetapi tidak mengubah hue atau warna asal sesuatu objek itu. jika langit berwarna biru maka selepas menggunakan ND filter langit masih berwarna biru.

gambar di atas merupakan contoh yang saya boleh menerangkan fungsi ND filter ini. kita lihat lampu pada sebelah kanan adalah "overexposed'. namun setelah menggunakan ND filter cahaya dapat dikurangkan. konsep ND filter ini sama dengan "tinted" kereta kita yang menapis cahaya berlebihan.

terdapat banyak gred ND filter dan ia dilabel menggunakan nombor iaitu ND2,ND4, ND8, ND16 dan seterusnya secara logaritma. anda boleh baca mengenai formula dan informasi ND filter di link INI.


saya masih belum sempat untuk merakam gambar menggunakan filter ini. InsyaAllah saya akan menunjukkan gambar-gambar apabila saya berkesempatan outing kelak.

sekian =)
Selasa, 4 Oktober 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography