Archive for November 2012

Promosi Pakej Perkahwinan Akhir Tahun 2012

Assalamualaikum Semua

Tahun 2012 akan berakhir tidak lama lagi dan akan muncullah tahun baru 2013.

Bersempena dengan itu saya ingin membuat satu promosi bagi sesiapa yang mendaftar untuk pakej fotografi perkahwinan dengan A Fun Dee Digital Enterprise. Pakej eksklusif ini hanya untuk 10  pasangan yang mendaftar bermula 1 Desember 2012 sehingga 31 Desember 2012 sahaja.

Harga asal Pakej ini ialah RM2499 dan harga promosi hanya :



RM1999 Sahaja!!



Hubungi saya di talian 013.455.3504 atau email di afundee.photography@gmail.com untuk maklumat lanjut atau tempahan.

Sekian terima kasih



Khamis, 29 November 2012
Posted by fandi
Tag :

Foto Jalanan dengan kamera compact

Salam...

Hari ni saya nak share koleksi gambar foto jalanan yang saya rakam di Melaka baru-baru ni dengan menggunakan kamera compact. Saya suka guna kamera compact untuk shoot gambar foto jalanan sebab ia ringan dan orang awam tidak rasa terancam berbanding bila saya guna kamera yang lebih besar macam DSLR.

Biasanya foto jalanan ini mengisarkan tentang kehidupan yang berlaku dan kita rakamkan momen-momen yang ada secara spontan atau kandid.

selain itu juga kita boleh merakam seni bina atau geometri yg terdapat di sepanjang jalan yg kita lalui














Jumaat, 23 November 2012
Posted by fandi

Tips Perniagaan - abaikan kritikan

Salam semua

kita tidak lari dari mendapat kritikan atau memberi kritikan. kritikan boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif pada seseorang. Apatah lagi apabila kita melakukan sesuatu yang biasanya orang lain tak lakukan. contohnya memulakan perniagaan pada sesuatu yang kita minati. pasti kita akan selalu dengar ayat-ayat panas telinga macam ni:

"tak usah la meniaga, keje kerajaan lagi bagus ada masa depan"
"buat ape ko susah-susah, nak keluar modal bagai pastu entah laku entah tidak"

dan macam-macam lagi lah...

memang betul perniagaan adalah sesuatu yang kita boleh katakan sesuatu yang tidak pasti. kita tidak tahu hari ni berapa income kita boleh dapat. kita tidak tahu hari ni ada orang akan beli produk kita atau tidak.

Namun kekuatan yang kita perlu ada untuk mengatasi masalah kritikan adalah mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dan berharap pada Allah untuk memudahkan urusan kita dalam melakukan sunnah Rasul iaitu berniaga..

pada saya kritikan itu penting tetapi pada masa yang sama kita perlu abaikan dan buat apa yang kita rasa betul bagi kita.

saya memulakan perniagaan dengan meninggalkan alam korporat yang selama ini pada saya memberikan kepuasan hidup. Namun dengan wang yang banyak tetapi masa yang terhad menyebabkan saya rasa ia bukanlah sesuatu yang baik untuk jangka masa panjang. Saya tinggalkan alam korporat dan memulakan perniagaan kedai gambar dan fotostat yang menjadi kegilaan saya selama ni ...Fotografi.

Namun banyak kritikan yang saya terima.

"" eh bodoh nyer kau, keje dah gaji 5 angka ko berenti macam tu jer"
" baik ko bagi aku keje ko tu, fotografi skg susah nak cari makan la"

dan macam-macam lagi. pada mulanya memanglah panas hati dan lemah semangat. namun atas sokongan keluarga terutama Ibu Bapa dan Isteri menjadikan saya kuat untuk terus berusaha membuka perniagaan dan Alhamdulillah perniagaan kini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan..

Saya Yakin rezeki milik dan hak Allah dan kita sebagai manusia perlulah berusaha sedaya upaya dan berharap pada Allah untuk membantu kita dalam apa jua perkara dalam hidup.

Kritikan kalau digunakan dengan baik akan menjadikan kita lebih kuat dan lebih berjaya. Masyarakat hanya mampu keluarkan pendapat tetapi mereka tak pernah nak mencuba pun. Kita yang perlu menyedarkan masyarakat dengan membuktikan apa yang kita lakukan adalah apa yang kita yakin akan berjaya dengan izin Allah.

Jadi abaikan kritikan dan terus berusaha. itu langkah pertama untuk berjaya bukan sahaja dalam perniagaan malah dalam apa jua bidang dan dalam kehidupan..

"Tutup mulut pengkritik dengan kejayaan kita dan bukan sifat mengalah kita"

Sekian


Rabu, 21 November 2012
Posted by fandi

Marha & Fauzi Wedding Melaka part1







































Sebarang enquiry boleh hubungi saya di talian 0134553540 atau email afundee.photography@gmail.com

Sabtu, 17 November 2012
Posted by fandi
Tag :

Studio Portraiture Portfolio at A Fun Dee Studio

Assalamualaikum

hari ni saya nak kongsikan gambar studio yang dirakam di studio saya baru-baru ini.


Model: Hafiz














Pelan Lighting yang saya gunakan:

Editing saya guna lightroom 3.2 sepenuhnya.


Sebarang komen atau projek fotografi boleh hubungi saya 0134553504 atau email afundee.photography@gmail.com

Sekian


Rabu, 7 November 2012
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography