Archive for Januari 2012

Wedding- My Best Friend Wedding ( Khidir dan Mira) - akad nikah

Assalamualaikum semua

entry kali ini berkaitan dengan majlis perkahwinan kawan baik saya. nama dia Khidir, seorang pemilik bengkel kereta di Masjid Tanah Melaka.

saya telah mengenali beliau sejak darjah satu sehingga lah sekarang. seorang kawan yang baik dan pemalu. kini beliau sudah mengakhiri zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati Mira. berikut merupakan gambar- gambar semasa akad nikah dijalankan pada 27hb 1 yang lepas...



 sewaktu pengantin sedang menunggu untuk akad nikah saya sempat merakam gambar ini. pengantin perempuan tersenyum disebalik orang ramai. 
gambar ini sewaktu penagntin lelaki disoal pelbagai soalan. maklumlah sebelum akad nikah :)

 wajah sebelum akad nikah.
 wajah selepas sah menjadi suami isteri

 moment yang saya akan tunggu untuk merakam adalah wajah pengantin perempuan sesudah sahaja sah menjadi isteri. sepanjang pengalaman saya merakam gambar perkahwinan hampir kesemua pengantin perempuan akan menangis selepas sah menjadi isteri. momen seperti ini sangat mahal bagi mereka. jadi sebagi fotografer kita perlu alert dengan momen ini.

 meng amin kan bacaan doa.



pemberian mas kahwin
acara menyarung cincin
 acara ciuman " Batal Air Sembahyang"
 adik ni sangat comel :)
 adik ni pun sangat comel :)
 Majlis tepung tawar
 antara dua darjat... :P
 say Cheese....
 senyuman 
ibu bapa pengantin perempuan
keluarga pengantin lelaki

itulah serba sedikit gambar akad nikah bagi pasangan Khidir dan Mira. Tunggu sambungan gambar-gambar yang lain pada entry akan datang. sekian terima kasih
Selasa, 31 Januari 2012
Posted by fandi

Bermain dengan tona






Selasa, 24 Januari 2012
Posted by fandi
Tag :

Saya suka ke pantai!!!

Salam semua

dalam menjalani kehidupan seharian pasti ada satu-satu masa kita akan menghadapi masalah atau sesuatu perkara yang membebankan jiwa. dan setiap orang pasti ada satu tempat yang mungkin dapat menenangkan jiwa seain dari beribadah.

begitu juga saya. apabila merasa tidak tenang saya suka ke pantai. selalunya saya akan bawa kamera bersama dan tunggu sampai matahari terbenam sambil merakam saat-saat matahari terbenam. ia amat memberi ketenangan kepada saya disamping saya dapat menyaksikan kebesaran ciptaan Allah. anda pula bagaimana?

Khamis, 19 Januari 2012
Posted by fandi

( Sticky)Outing- Selamat Tahun Baru APO (updated on 14th Jan 2012)

Salam Semua.

rasanya belum terlambat lagi saya mengucapkan selamat tahun baru 2012 buat rakan-rakan pembaca sekalian. dan untuk meraikan tahun baru saya akan menganjurkan outing santai APO. butir-butir outing adalah seperti berikut:


Tarikh: 15 Januari 2012
Tempat: Bagan Pulau Ketam, Selangor (lokasi Diubah)
masa : 9 pagi 
Siapa Boleh Sertai?
Semua orang tak kira DSLR, Filem, Kompak atau Kamera Henpon

antara objektif outing
1. berkenalan secara offline rakan pembaca
2. belajar asas fotografi ( nota ringkas disediakan )


http://www.facebook.com/events/308086759235839/?context=create

jadi siapa2 yang free boleh hadir. Tiada bayaran

sebarang cadangan boleh diajukan kepada saya melalui email di dzul3429@gmail.com atau SMS di nombor 0134553504 dengan tajuk " Outing APO 2012". sebarang perubahan seperti lokasi akan saya update dalam masa terdekat. bagi newbie ini merupakan peluang terbaik untuk belajar atau bertanya tentang fotografi secara langsung dan PERCUMA. 

sekian terima kasih
Sabtu, 14 Januari 2012
Posted by fandi
Tag :

Sunset dan slow shutter di kampung halaman

salam semua

kali ni saya nak share gambar-gambar sunset yang sempat saya rakam pada weekend lepas di kampung halaman saya di Melaka. saya rakam menggunakan kamera kompak Leica Dlux 5 dan ND filter ND400 beserta Tripod. Semoga terhibur. :)








bagaimana saya dapat hasilkan gambar-gambar tersebut?? nak tahu boleh datang ke outing seperti yang tertera pada entry sticky di atas. saya akan dedahkan rahsia bagaimana anda boleh dapatkan gambar-gambar seperti ini tanpa mengira kamera Dslr atau Kompak yang penting ia mempunyai Mode Manual.

sekian
Selasa, 10 Januari 2012
Posted by fandi

Wedding - Amee & fadzly ( akad nikah dan outdoor )

salam semua
ini merupakan sambungan gambar-gambar pernikahan Amee dan Fadzly. pernikahan dijalankan pada waktu malam selepas isyak. ia merupakan majlis akad nikah pertama yang saya rakam pada waktu malam. begitu jugak outdoornya. ia merupakan cabaran bagi saya untuk mendapatkan gambar yang bagus pada waktu malam kerana pada waktu malam saya mengalami masalah untuk fokus dengan tepat. ditambah pula dengan meggunakan lensa Manual. namun Alhamdulillah amanah yang diberi berhasil memuaskan hati pasangan pengantin. jom enjoy!!






















apa-apa pun, pengantin memang sporting habis!!

sekian :)
Isnin, 9 Januari 2012
Posted by fandi
Tag :

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography