Archive for Oktober 2010

snap2 guna kompak leica =)

salam semua..

bagaimana hari hujung minggu anda? harap2 adalah hendaknya aktiviti yang menarik disamping keluarga tersayang.. 

anda suka bunga? saya pun suka bunga.. bunga merupakan subjek yang tak perlu nak ditambah apa-apa alatan untuk dijadikannya menarik. memang Tuhan da jadikannya menarik. apa yang perlu dijadikannya lebih manarik adalah cara kita merakam =)

gambar-gambar di bawah saya rakam menggunakan kamera kompak tanpa diedit kecuali 1 gambar yang saya hitam putihkan latar belakangnya. yang lain-lain saya cuma resize supaya mudah di muat naik ke blog saya. secara peribadi saya menggemari warna yang dihasilkan. tone yang dihasilkan adalah lembut dan sekata. 











mode yang saya gunakan adalah mode manual. tidak semua kamera kompak ada mode manual. jika anda ingin membeli kamera kompak sebagai kamera tambahan saya galakkan anda memberli yang ada mode maual kerana ia dapat menghasilkan perlbagai gambar yang tidak dapat dihasilkan dengan kamera kompak automatik.

bagaimana nak guna mode manual? tunggu keluaran ebook fotografi saya tidak lama lagi =)

ON 
Sabtu, 30 Oktober 2010
Posted by fandi

gear baru saya - leica d-lux 5 =)

Khamis, 28 Oktober 2010
Posted by fandi
Tag :

Jom layan gambar bunga =)

koleksi gambar bunga yang saya rakam semasa di usa ni. untuk merakam gambar bunga yang menarik pastikan anda merakam sewaktu cuaca agak redup atau berawan. hal ini kerana jika anda merakam pada cuaca panas di mana matahari memancar terus ke arah bunga ia akan menghasilkan cahaya yang terlalu terang dan bayang-bayang yang terhasil tidak menarik. awan menjadikan cahaya matahari lembut dan warna bunga menjadi terserlah.












selamat merakam bunga =)

sila click butang share jika anda suka =)
ON


Selasa, 26 Oktober 2010
Posted by fandi
Tag : ,

edit gambar = jom main color curve =)

zaman digital masa kini nak manipulasi gambar tidak lagi menjadi masalah dengan adanya pelbagai software. antara yang paling digemari adalah PHOTOSHOP dan lain-lain. jika inginkan editing yang advance maka photoshop merupakan pilihan yang terbaik. namun jika inginkan editing yang ringkas dan cepat maka saya lebih memilih menggunakan photoscape =)

entry kali ni saya nak cerita tentang color curve pada photoscape. dengan menggunakan color curve kita boleh buat macam-macam dengan gambar kita. ok da ready? kita mulakan =)


saya menggunakan gambar di atas sebagai contoh. gambar pertama merupakan dalam ruangan editor photoscape. 


untuk mendapatkan color curve tersebut anda click pada anak panah di Bright,Color panel dan pelbagai pilihan akan terpampang. anda pilih color curve seperti yang ditunjukkan. atau cara lain anda tekan CTRL M dan ia akan terpampang secara automatik =)


lepas itu akan terpampanglah color curve editor seperti di bahagian kiri. terdapat 3 pilihan editor iaitu color, saturation dan luminance. saya akn fokus kepada color curve


kita boleh lakukan pelbagai kesan menarik pada gambar kita. jika anda tarik curve tersebut ke atas anda akan  dapat meningkatkan brightness gambar dan sebaliknya. =)

jika anda turunkan yang bahagian bawah curve tersebut ia akan ia akan meningkatkan warna. warna akan lebih pekat tetapi brightness gambar akan kekal kerana anda tidak mengubah bahagian atas curve. anda boleh cuba sendiri dengan bermain dengan curve tersebut untuk mendapatkan gambar yang anda ingini. di photoshop juga terdapat color curve dan hasilnya adalah sama kerana kedua-dua software menggunakan algorithm yang sama.


selain color cure anda boleh juga edit saturation gambar. dengan melengkukkan curve ke bawah anda akn mengurangkan saturation gambar dan warna gambar akan berkurangan. dan sebaliknya jika anda tarik ke atas =)

untuk luminance pula ia bertindak seperti cahaya tiruan. anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya ok =)

setelah anda berpuas hati dengan curve yang anda hasilkan anda boleh save curve tersebut dan boleh digunakan lagi untk gambar-gambar yang lain tanpa perlu mengubah curve tersebut. hanya perlu load curve sahaja.

apa yang menarik tentang photoscape anda boleh lihat preview serta merta setelah anda mengubah curve tersebut. jadi anda boleh tengok hasilnya dan mendapatkan hasil gambar yang anda inginkan. selamat mencuba ok =)

jika berminat dengan entry ini sila share dengan menekan butang FB di bawah ini ok =)

ON
Ahad, 24 Oktober 2010
Posted by fandi

domain baru!!

salam semua..

ini hanya entry pendek.. saya nak bagitau yang saya sudah tukar domain ke www.afundee-photography.com dan bukan lagi afundee-photography.blogspot.com. 


tetapi buat masa ini domain lama masih berfungsi. ia akan redirect ke domain baru walaupun anda guna blogspot.com.

sekian terima kasih =)

ON
Jumaat, 22 Oktober 2010
Posted by fandi

still life

still life dalam bahasa mudah merakam objek pegun atau objek-objek yang tidak bergerak yang biasa kita lihat.

pada subjek yang sama anda boleh aplikasikan pelbagai cara untuk menjadikan ianya menarik. dari hanya sebuah gelas saya tambahkan sedikit eksesori bagi menambahkan daya penarik serta saya aplikasikan komposisi, framing, pencahayaan serta sudut-sudut yang pelbagai. dan sebagai penyeri saya aplikasikan warna hitam putih bagi menaikan "feel" pada gambar. selamat mencuba =)












selamat mencuba ye.. cari je apa-apa objek yang boleh anda jadikan sebagai latihan dalam fotografi anda. editing kesemuanya saya gunakan PHOTOSCAPE. software percuma juga boleh hasilkan tone yang menarik jika tahu rahsianya =)

ON

jika suka sila share pada yang lain ye =)
Khamis, 21 Oktober 2010
Posted by fandi
Tag :

apa yang perlu anda fikir sebelum menekan Shutter kamera?

berikut merupakan perkara yang mungkin perlu anda pertimbangkan sebelum anda menekan shutter atau merakam gambar:

1) apa yang anda ingin rakam (subjek utama, tema gambar dll)?
2) exposure ( shutter speed, aperture, iso ) sesuai ke tak?
3) framing sesuai atau tidak ?
4) horizontal line ok ke tak?
5) angle gambar ok ke tak?
6) keadaan cahaya waktu merakam sesuai tak dengan setting anda?
7) white balance sesuai ke tak dengan keadaan cahaya?
9) komposisi ( rule of third dan lain-lain) ?
10) perlu guna flash atau tidak?

dan mungkin banyak lagi yang perlu tetapi saya senaraikan 10 perkara yang perlu anda pertimbangkan yang selalu saya peraktikkan sebelum merakam sesuatu.

ia bukan lah secara formal tetapi bagi saya ia penting supaya anda mendapat gambar yang anda inginkan dan sebagaimana saya dapat gambar yang saya inginkan =)

anda perlu mengawal kamera dan bukan kamera yang mengawal gambar yang dihasilkan supaya anda dapat gambar yang anda kehendaki. walaupun sebaik mana pun kamera anda (leica S2, D3x, dan lain-lain) yang berharga puluhan ribu tetapi anda tidak tahu asas untuk mengawal kamera maka gambar anda sama seperti anda merakam dengan kamera kompak berharga rm200. jadi fikir sebelum bertindak =)

selamat mencuba =)

salam

ON

p/s: jika suka blog saya sila subscribe di ruangan subscribe supaya anda boleh dapat update terbaru dari saya terus ke email anda. dan sila tinggalkan link anda di ruangan exchange link sekali ok. =)
Rabu, 20 Oktober 2010
Posted by fandi

hoki ais -gambar kabur pun boleh menarik kalau kena caranya =)

salam

kadangkala gambar kabur juga boleh menjadi menarik jika tahu caranya =). kaedah yang saya gunakan adalah kaedah tracking/panning yang amat popular dalam sport atau action photography










gambar-gambar di atas saya rakam semasa berjalan-jalan di sebuah mall di houston.. sangat teruja kerana pertama kali menonton perlawanan hoki ais secara depan-depan =)

ON
Isnin, 18 Oktober 2010
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography