Archive for Julai 2010

INDOOR

salam semua...

kali ini saya nak mengajak anda berbincang mengenai tips fotografi indoor. dalam kehidupan seharian kita banyak menghabiskan masa di dalam rumah atau di pejabat atau dalam bahasa mudahnya INDOOR. kadangkala moment2 yang penting berlaku semasa kita berada di dalam kawasan indoor. jadi terdapat beberapa teknik yang kita boleh lakukan untuk merakam gambar semasa indoor.

perkara utama yang perlu kita fahami semasa merakam indoor adalah kualiti cahaya. cahaya indoor biasanya kurang berbanding cahaya outdoor walaupun pada waktu siang apatah lagi waktu malam. jadi dengan itu biasanya sumber cahaya indoor terdiri dari lampu-lampu florescence, tungsten dan cahaya dari tingkap jika waktu siang..

selepas memahami kualiti cahaya kita perlu faham WHITE BALANCE yang perlu di set pada kamera. anda boleh baca entry tentang white balance di SINI

selepas  itu barulah kita beralih kepada tips indoor:

GUNA FLASH:

gunakan flash kerana ia membantu meberikan cahaya tambahan supaya kita dapat merakam dengan cahaya yang cukup. akan tetapi penggunaan flash perlu menggunakan kaedah-kaedah yang betul untuk merakam gambar yang menarik dan mendapatkan exposure yang betul. saya akan membincangkan penggunaan flash pada entry akan datang.

GUNA ISO TINGGI:

iso merupakan sensitiviti SENSOR terhadap cahaya. semakin tinggi nilai iso semakin sensitif maka semakin laju shutter.. apabila semakin laju shutter speed maka kebarangkalian untuk merakam gambar yang kabur berkurangan.. akan tetapi kekurangan meninggikan ISO akan menyebabkan gambar berbintik-bintik atau NOISE.. jadi perlulah bijak dalam menggunakan iso yang tinggi...

GUNA TRIPOD DAN TIMER:

tripod merupakan alat yang MESTI ADA pada seseorang fotografer.. hal ini kerana tripo sangat membantu dalam menghasilkan gambar yang SHARP pada kelajuan shutter yang perlahan. dengan adanya tripod kita dapat meletakkan kamera secara stabil. dalam hal ini TIMER kamera perlu digunakan. ini kerana semasa menekan kamera biasanya kamera akan bergegar sedikit akibat dari tekanan jari kita.. jadi dengan menggunakan timer kita tidak perlu menekan button untuk merakam gambar dan gambar yang dihasilkan adalah SHARP!!

ok itu serba sedikit tips bagaimana merakam gambar di kawasan indoor.

selamat mencuba ok =)

ON
Khamis, 29 Julai 2010
Posted by fandi
Tag :

simpan kamera anda di tempat kering

kamera yang mahal seperti kamera digitar dan DSLR sebenarnya sangat sensitif kepada kelembapan terutama LENS.. hal ini kerana MUSUH utama lensa kamera anda adalah KULAT atau fungus...

kulat fungus amat mudah tumbuh di permukaan kaca lensa apabila dalam keadaan lembab.. jika lens ada ditumbuhi fungus maka ada dua pilihan sahaja iaitu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membuang fungus atau bagi kes yang teruk anda terpaksa membuang lens anda kerana tidak boleh digunakan lagi.. ia juga akan mengurangkan kualiti gambar yang dihasilkan...

cara untuk menyimpan kamera anda adalah dengan menggunakan DRY BOX:


diambil dari www.shashinki.com

kenapa anda perlukan drybox? kerana drybox ini mengawal lembapan yang sesuai untuk kamera anda.. kelembapan yang sesuai adalah dalam lingkungan 40-50% kelembapan.. 

di Malaysia kadar kelembapan adalah dalam lingkungan 70%-90%.. maknanya ia sangat tinggi dan sangat tidak sesuai untuk membiarkan kamera anda di dalam almari atau di dalam beg tanpa penyerap lembapan..

selain itu anda juga boleh membuat Drybox sendiri dengan menggunakan TUPPERWARE besar dan menggunakan silica gel atau penyerap lembapan kalsium karbonat..anda boleh membaca bagaimana membuat  drybox sendiri di http://www.christophersam.com/2008/10/diy-dry-box.html.

ok mungkin anda x penah melihat bagaimana rupanya fungus yang tumbuh pada lensa? ini lah rupanya jika anda tidak menjaga kamera dengan baik:




ini antara gambar yang saya dapat di internet.. 

salah satu lensa saya juga sedang ditumbuhi tetapi masih boleh digunakan.. =)


mungkin informasi ini sangat berguna pada anda.. semoga ia bermanfaat =) jaga kamera anda yang beribu ribu ringgit tu ye... =)

ON





Isnin, 26 Julai 2010
Posted by fandi
Tag :

rakam dengan sudut yang pelbagai

salam semua.. kita beralih kepada entry baru kita pada kali ini iaitu rakam gambar dengan sudut yang pelbagai..

selalunya kita selalu merakam gambar apa-apa subjek( cth merakam potret) dengan meletakkan subjek di tengah-tengah. sebenarnya kita boleh menambahkan daya penarik sesuatu gambar dengan merakam menggunakan sudut yang pelbagai.. selain meletakkan subjek di tengah-tengah kita cuba merakam dari sudut atas, bawah dan tepi.. terpulang pada anda untuk merakam asalkan ia menarik pada mata anda =)


subjek berada di tengah-tengah seperti kebiasaan



saya rakam dengan sudut dari bawah sedikit menghasilkan sudut pandangan yang berbeza dan menarik. ditambah pula latar belakang yang "bokeh" =)

anda boleh mencuba sendiri.. saya tidak memberikan contoh yang banyak untuk ditunjuk supaya anda mampu mengeksperimen sendiri.. mudah sahaja iaitu sudut bawah, atas dan tepi.. selamat mencuba ok.. da cuba boleh la upload dan link kepada saya di ruangan  komen =) 

lagi satu: kamera pape pun boleh =)

selamat mencuba =)

ON
Rabu, 21 Julai 2010
Posted by fandi
Tag :

sertai forum fotografi

salam semua..

apa khabar? harap semua sihat.. weekend yang lepas pastinya banyak aktiviti yang menarik yang anda telah lakukan.. begitu juga saya.. =)

ok saya nak kongsikan tips yang seterusnya iaitu Sertai Forum Fotografi..

kenapa perlu kita sertai forum fotografi?

jawapannya mudah saje.. INFORMASI!!

dengan menyertai forum kita sebenarnyer lebih dekat kepada fotografer-fotografer yang lebih profesional.. mereka sering berkongsi pelbagai tips dan pengalaman mereka masing2 dalam forum malah melalu laman web masing2..

saya juga bermula dengan menyertai forum sebelum saya belajar lebih jauh..  selain mengetahui tips2 kita juga dapat mengetahui perkembangan terbaru dan trend2 fotografi yang terkini..

antara forum yang saya sertai adalah:

www.fotomedia.com.my
www.duniafotografi.com.my
www.photoskool.com.my
www.photomalaysia.com.my


selamat berforum ok =)

ON
Isnin, 19 Julai 2010
Posted by fandi
Tag :

Potret: bagaimana untuk merakam gambar potret berkumpulan menggunakan dslr

salam semua..

entry pada kali ini akan mendedahkan bagaimana cara yang betul merakam gambar potret berkumpulan ( group portrait) menggunakan dslr.

dalam kita merakam gambar berkumpulan, apa yang penting adalah kesemua wajah dan fizikal dalam gambar kumpulan tersebut adalah sharp dan jelas. bagaimana untuk kita mendapatkan gambar group potret yang jelas dan sharp adalah dengan menggunakan Aperture yang kecil ( no f besar). mungkin bagi yang baru membaca blog ini tidak faham dengan penggunaan aperture maka boleh la membaca bagaian asas penting dengan klik bahagian ASAS PENTING.

aperture mempengaruhi Depth of field iaitu luas ketajaman fokus gambar. semakin besar bukaan aperture ( no f kecil cth f2.8) semakin cetek DoF iaitu semakin kabur latarbelakang subjek.. biasanya apeture yang kecil lebih sesuai untuk merakam potret perseorangan atau satu objek sahaja. namun untuk merakam potret kumpulan memerlukan kita menggunakan aperture yang kecil( no f besar cth f8) supaya kawasan ketajaman fokus lebih luas atau "Great DoF" atau dengan bahasa mudahnya seluruh gambar akan sharp tidak kira background ataupun foreground..

untuk merakam mula-mula setkan kamera anda pada mode aperture priority ataupun mode manual. tetapi untuk entry ini saya lebih fokus kepada mode aperture priority.hal ini kerana anda tidak perlu untuk setkan shutter speed kerana shutter speed akan diset oleh kamera anda sesudah anda memilih aperture yang sesuai.

aperture yang sesuai untuk merakam potret adalah dari f8 ke atas.

jika cahaya adalah kurang terutama di kawasan indoor, anda sangat memerlukan flash bagi membantu menerangkan wajah subjek. selain itu juga flash membantu memberhentikan subjek yang bergerak.. namun berhati-hati jika ada yang terpejam mata semasa gambar dirakam. apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merakam sekurang-kurangnya 3 keping bagi satu sesi supaya anda dapat pastikan tiada yang terpejam mata atau belum bersedia =)



gambar-gambar di atas merupakan contoh group potret menggunakan dslr..3 gambar pertama merupakan gambar rakan-rakan sekerja saya sewaktu berada di Abu Dhabi manakala gambar ke 4 merupakan rakan sekelas sewaktu di Universiti Sains Malaysia =)

saya harap entry kali ini lebih memberi pemahaman kepada anda bagaimana untuk merakam group potret. setting yang saya berikan tidak terbatas untuk group potret sahaja malah sesuai digunakan untuk kandid, landskap dan sebagainya =)

selamat mencuba ok =)

jika anda suka blog ini boleh la subscribe atau follow ye =)

ON!!
Selasa, 13 Julai 2010
Posted by fandi
Tag : ,

action photography: lumba moto kecik

waktu petang hujung minggu saya jalan2 la sekitar umah kat area ampang ni.. pastu tiba-tiba jumpa satu perlumbaan moto kecik ni.. kebanyakan yang sertai adalah kanak-kanak yang muda lagi.. sume comel-comel =)
tapi dorang berani jugak bawak moto laju-laju kan.. tp tak salah nak bawak moto laju-laju kalau semua keselamatan diambil kira dan yang penting halal disisi undang-undang =)

gambar-gambar ini merupakan dalam kategori action photography kerana saya mengaplikasi teknik panning yang penah saya bincangkan pada entry yang lepas. bagi yang belum membaca tentang tips panning boleh baca di SINI















kebanyakan gambar di atas saya gunakan teknik panning. lens yang saya gunakan dalam gambar-gambar di atas adalah kit lens 18-55mm dan 70-300mm telephoto..=)

sekian saje sajian hujung minggu.. entry akan datang saya akan update mengenai bagaimana untuk merakam group potret dengan kaedah yang betul.. sampai berjumpa lagi =)

jika anda suka blog ini sila subscribe atau follow ye =)


Ahad, 11 Julai 2010
Posted by fandi

bersama ikram ismail

siapa ikram ismail?

beliau merupakan seorang fotografer terkemuka malaysia.. merupakan wedding fotografer yang pernah menjadi fotografer kepada perkahwinan siti norhaliza dan datuk K dan juga beberapa artis popular tanahair.

saya berpeluang untuk bersantai dengan beliau semasa berada di Kuala Lumpur melalui sifu saya noorizamsabran.com. peluang yang jarang diberikan kepada sebarangan orang ( bertuahnya =)

sewaktu bersama beliau saya banyak diceritakan tentang sejarah pembabitan beliau dalam bidang fotografi dari bermula dengan SLR sehingga lah ke alam digital DSLR..

beliau seorang yang peramah dan kelakar.. tetapi semasa bekerja beliau seorang yang serius dan sangat mementingkan kualiti..

sempat la jugak lepak di kedai minum2 petang bersama beliau dan abg ijam.. =)



beberapa minggu lepas beliau juga pernah ditemu ramah di TV9 mengenai fotografi perkahwinan.. anda boleh la melawat website beliau di http://ikramismail.net/.


Sabtu, 10 Julai 2010
Posted by fandi

pet photography: saya suka kucing!!

salam.. tajuk entry kali ni pasal kucing.. anda suka kucing? saya sangat suka  kucing.. di rumah saya ada banyak kucing.. so saya pun tangkap la gambar kucing.. tp orang tua-tua cakap klu tangkap gambar kucing nanti kucing pendek umur. tp bagi saya ajal maut rahsia Allah bukan sebab tangkap gambar.. kalau terjadi pun kebetulan..eh da lari tajuk plak =)
















gambar-gambar di atas merupakn sebahagian kucing2 saya.. bila berpeluang blk kg saya akan jadikan kucing-kucing saya sebagai model..

ini merupakan salah satu jenis fotografi atau dengan nama lain pet photography.. tidak semestinya kucing.. apa2 jenis binatang peliharaan boleh dijadikan subjek dalam pet photography..itik, anjing dan lain-lain.. lepas da tangkap gambar binatang peliharaan anda, lepas tu cetak besar-besar pastu frame cantik2.. mesti menarik apabila menghiasi dinding rumah.. nak buat perkhidmatan pet photography pun boleh.. boleh jana pendapatan sikit =)

jadi mulakan dengan binatang peliharaan anda sebagai subjek pet photography anda.. aplikasikan teknik-teknik komposisi yang betul supaya gambar yang dihasilkan lebih menarik..

jika anda inginkan perkhidmatan saya untuk merakam gambar binatang peliharaan anda sila hubungi saya ok =)

ON!




Khamis, 8 Julai 2010
Posted by fandi

bawa kamera kemana saja

salam semua.

apa khabar hari ni? hope semua ceria selalu..
tips pada hari ni mudah sahaja.. sentiasa bawa kamera kemana saje anda pergi tidak kira kamera dslr atau kompak.. ikut yg mana anda rasa selesa..kamera henpon pun boleh =)

kenapa perlu bawa kamera? tujuannya mudah sahaja.. kadang kala dalam kehidupan seharian kita mungkin dalam satu ketika ada suatu 'moment' yang menarik yang mungkin anda ingin rakamkan.. kadangkala moment tersebut mungkin tidak berulang lagi.. jadi jika anda bawa kamera kemungkinan untuk anda merakam moment tersebut amat la tinggi..sifat fotografer yang perlu anda semat dalam diri adalah takut untuk tidak mendapatkan gambar yang diinginkan =)

selain itu juga anda boleh sentiasa praktis menangkap pelbagai gambar.. gunakan segala teknik yang anda telah pelajari seperti rule of third, element of art dan sebagainya dengan menangkap gambar di sekeliling anda..

ringkas sahaja entry kali ni.. harap sedikit sebanyak ia membantu anda semua.. bagi pelawat blog yang baru sahaja singgah ke blog saya, saya ucapkan selamat datang dan boleh la membaca entry yang lepas-lepas sebagai bahan bacaan anda.. =)

selamat mencuba =)

ON
Rabu, 7 Julai 2010
Posted by fandi
Tag :

light trail - alur cahaya

salam semua.. maaf kerana da agak kurang entry.. bukan sebab pe saya sekarang agak sibuk menguruskan kerja.. maklumlah baru je mula kerja.. =)

jadi bagaimana prestasi fotografi anda? harap2 blog ini sedikit sebanyak membantu saudara-saudari dalam menghasilkan gambar yang menarik..

topik kali ini berkenaan light trail atau dlam bahasa melayunya alur cahaya la lebih kurang..
light trail merupakan kaedah merakam cahaya yang bergerak dalam bentuk memanjang. ini disebabkan oleh bukaan shutter yang perlahan. ini disebabkan oleh apabila shutter terbuka, sensor akan merakam cahaya yang masuk.. disebabkan oleh bukaan shutter yang lama menyebabkan cahaya yang bergerak( cahaya kenderaan) dirakam berterusan dan menghasilkan trail ( alur) cahaya..

contoh gambar yang saya rakam:


gambar di atas saya rakam menggunakan setting shutter 30 saat, iso 100 dan aperture f13. 

untuk mendapatkan light trail sgt penting adanya TRIPOD. tanpa tripod sangat susah untuk mendapatkan gambar yang sharp pada shutter speed yang sangat perlahan..

caranya adalah dengan set pada kamera anda shutter speed yang sesuai. gunakan timer semasa memulakan shutter supaya kamera tidak bergegar sekiranya anada menekan shutter menggunakan jari..

jadi selamat mencuba ok =)
Isnin, 5 Julai 2010
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography