Archive for April 2012

follow saya di instagram afundee

Assalamualaikum..


apa itu instagram? ia merupakan platform bagi pengguna iphone dan android untuk berkongsi gambar yang dirakam menggunakan kamera handphone. aplikasi tersebut juga mempunyai banyak filter yang membolehkan kita memanipulasi gambar yang dirakam diubah dengan pelbagai warna dan tone. ada tone retro dan klasik dan sebagainya.


bagi pengguna instagram anda bolehla follow saya di instagram dengan nama afundee.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Jumaat, 20 April 2012
Posted by fandi
Tag :

Project Pinhole part 2

Salam semua

kamera pinhole saya akhirnya telah siap. dengan menggunakan plat nipis dan jarum yang berdiameter 0.3mm dan jarak fokus 45mm maka saya telah menghasilkan sebuah kamera pinhole yang mempunyai Fstop ~f150 iaitu saiz aperture yang lebih kurang f150..


untuk permulaan ini saya menggunakan filem kodak colorplus yang mempunyai ASA200 atau ISO200. pengiraan shutter speed pula memerlukan banyak try and error. namun dengan adanya maklumat seperti saiz aperture maka kebarangkalian untuk mendapatkan exposure yang tepat amat tinggi. 

kaedah yang saya rancang adalah dengan menggunakan bulb mode dan juga shutter kertas seperti gambar kedua. disebabkan oleh pinhole memerlukan shutter speed yg sangat perlahan ( bergantung pada waktu rakaman) maka kertas hitam digunakan sebagai shutter dan kiraan shutter speed adalah dalam saat. kita boleh guna jam tangan sebagai saat.

bagaimana untuk mengira shutter speed anda bolehlah melayari laman web berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/Exposure_value

InsyaAllah apabila selesai sahaja saya merakam gambar menggunakan filem saya akan upload hasilnya di blog ini. filem tersebut mempunyai 36 exposure atau kita boleh merakam sebanyak 36 keping gambar. belum tentu lagi kesemua 36 keping gambar akan memberikan hasil yang diingini.. itulah risiko yang perlu dihadapi apabila menggunakan kamera filem berbanding kamera digital.

sekian
Isnin, 16 April 2012
Posted by fandi

Project Pinhole part 1

Assalamualaikum

sekarang saya sedang membuat satu projek iaitu membuat satu kamera filem pinhole. anda boleh baca entry yang lepas di SINI tentang kamera pinhole.

Terdapat banyak cara untuk membuat kamera lubang jarum ini dan salah satunya ialah menggunakan body kamera filem analog yang sudah tidak digunakan lagi:


saya telah mendapatkan kamera filem analog berjenama Nikon FM10. apa yang menarik dengan body kamera ini adalah kerana ia mempunyai mode BULB iaitu mode yang membuka shutter mengikut berapa lama yang kita perlukan. disebabkan oleh kamera pinhole menggunakan exposure yg sangat lama ( sehingga 5 minit mengikut saiz lubang ) maka penggunaan mode bulb amat membantu.

selain itu juga tujuan lain menggunakan body kamera ini adalah untuk memudahkan filem untuk digulungkan setiap kali gambar dirakam. kita boleh membuat kamera pinhole menggunakan perbagai benda seperti tin atau kotak mancis tetapi saya gunakan body kamera lama untuk tujuan memudahkan filem disimpan dan digulung tanpa merosakkan filem.

langkah seterusnya saya akan membuat satu plat yang nipis dan akan membuat satu lubang pada plat tersebut sebelum dilekatkan di bahagian kamera tersebut. project pinhole akan bersambung pada entry akan datang

sekian :)
Sabtu, 14 April 2012
Posted by fandi

A Fun Dee Digital Enterprise telah didaftarkan

Assalamualaikum semua pembaca

Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas kekurangan update terbaru dan juga tips-tips fotografi. hal ini kerana saya sekarang sedang membina satu syarikat di atas nama A Fun Dee Digital Enterprise. Alhamdulillah syarikat saya telah didaftarkan di SSM dan kedai gambar akan di buka di Melaka dalam 2 minggu lagi.

Tumpuan utama syarikat saya adalah menyediakan perkhidmatan gambar passport, print dan fotokopi serta perkhidmatan Jurugambar untuk pelbagai majlis.

Alhamdulillah setakat ini semua persediaan berjalan lancar. InsyaAllah saya akan update lagi untuk maklumat mengenai perkhidmatan dan lokasi terutama untuk pembaca di Masjid Tanah Melaka.



Di harapkan saudara-saudari pembaca dapat mendoakan kejayaan Syarikat saya di masa akan datang. sekian terima kasih
Jumaat, 13 April 2012
Posted by fandi

Informasi- apakah pinhole kamera?

Assalamualaikum

entry kali ni say anak kongsikan sedikit informasi mengenai Pinhole camera. apakah Pinhole camera?

kamera pinhole merupakan kamera yang hanya menggunakan lubang sebesar lubang jarum sebagai lensa dan filem di dalam sebuah kotak. ia merupakan salah satu kamera yang paling ringkas dan boleh dibuat di rumah kerana hanya memerlukan kotak yang diwarnakan hitam dan lubang sebesar jarun serta filem negative.


gambarajah di atas ( kredit wikipedia ) menunjukkan bagaimana sesebuah kamera pinhole berfungsi. lubang yang halus bertindak sebagai lensa yang membiaskan cahaya sebagaimana yang dilakukan oleh lensa biasa. dan filem yang berada di belakang akan terdedah kepada cahaya iaitu objek pokok tersebut dan membentuk imej gambar. 

selalunya pinhole kamera memerlukan exposure yang lama malah sehingga 5 minit.

cara pengiraan fstop adalah:

fstop: diameter lubang/ focal length

focal length: jarak filem dengan lubang


berikut merupakan contoh-contoh gambar pinhole yang saya ambil dari internet.





saya sekarang dalam project membuat pinhole kamera. insyaAllah akan saya tunjukkan hasil gambarnya nanti apabila berkesempatan. pinhole kamera merupakan kaedah fotografi alternatif yang sangat menarik untuk dicuba. 

sekian :)

Isnin, 2 April 2012
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography