Archive for Mei 2012

Realiti- "Harga kurang sikit tak boleh ke bang?"

Salam semua

Pengalaman saya sebagai jurugambar semestinya kerap kali mendapat pertanyaan seperti: " harga boleh kurang sikit tak bang?" atau " harga kawan-kawan takde ke bang?" dan macam-macam lagi soalan yang meminta untuk mengurangkan harga pakej dan sebagainya.

Sebagai seorang jurugambar/jurujual semestinya seseorang itu mahu produk/perkhidmatan mereka laku dan mendapat keuntungan. Namun kadangkala situasi seperti di atas memaksa sehingga mereka mengalami kerugian. ditambah pula dengan kehadiran jurugambar-jurugambar baru yang bermain risiko dengan harga yang terlalu murah ( misalnya rm300 untuk shoot and burn wedding photography) yang bukan sahaja membunuh pasaran harga perkhidmatan wedding photography itu sendiri malah menjadikan bisnes jurugambar menjadi bisnes jangka pendek ( tidak dapat pusing modal untuk kos baik pulih dan lain-lain).

Persoalan rungutan harga oleh bakal pelanggan sebagai contoh pelanggan wedding fotografi seharusnya tidak berlaku. Ia berlaku kerana Bakal pengantin tidak mengambil kira Sentimental Value yang akan dihasilkan oleh gambar-gambar yang dirakam. Mereka mampu menghabiskan puluhan ribu untuk makanan, pakaian dan perhiasan namun kesemua itu hanya digunakan sehari atau dua hari. Namun amat sukar untuk mengeluarkan wang untuk khidmat jurugambar yang berharga RM2000-RM5000 yang mereka akan lihat hasilnya dan menghargai Sentimental Value sampai ke akhir hayat. adakah Nilai hari istimewa mereka itu begitu rendah?

Semestinya saya tidak merendahkan hak sebagai pelanggan namun apa yang hendak disampaikan adalah bagaimana kita menghargai Sentimental Value yang mungkin kita lalui hanya sekali seumur hidup itu berlalu dengan hasil gambar yang tidak memuaskan dari jurugambar amatur yang mengenakan harga murah.Kerana ingin berjimat kita rela dapat gambar yang lari warnanya, lari fokusnya, gambar yang blur dan sebagainya..

Sepatutnya kos jurugambar dikira dari awal lagi kerana ia merupakan salah satu investment yang tidak merugikan bakal pelanggan kerana kita tidak mungkin lagi dapat menunjukkan pakaian yang dipakai pada hari tersebut, atau perhiasan yang digunakan sekiranya tiada gambar yang dirakam lebih-lebih lagi dirakam oleh jurugambar berpengalaman yang menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi dan menarik.

Oleh itu, sebelum bertanya soalan di atas maka tanyalah diri kita dahulu " takkanlah hari terbesar dalam sejarah gidup aku nak pakai jurugambar yang kurang mementingkan kualiti dan murah?"

Sebarang pertanyaan dan komen bolehlah ditulis diruangan komen atau email kepada saya di afundee.photography@gmail.com

Sekian
Khamis, 17 Mei 2012
Posted by fandi
Tag :

highlight and shadow








Isnin, 14 Mei 2012
Posted by fandi

Tips: memilih kamera dan lensa bagi newbie

Assalamualaikum semua

Saya pernah mendapat banyak pertanyaan mengenai bagaimana dan apa jenis kamera dan lensa yang sesuai untuk orang baru atau istilah yang popular "Newbie". Dan soalan ini cukup popular di ruangan forum dan facebook.

Jawapan pada soalan ini agak subjektif. Hal ini kerana ia bergantung kepada niat individu tersebut untuk menggunakan kamera tersebut dan juga BAJET.

Namun begitu secara amnya kamera yang sesuai bagi seorang newbie adalah bermula dengan kamera basic iaitu Entry Level. antara jenama entry level yang popular adalah:

Nikon D3100, D3200, D5100 dan lain2 ~ harga dalam lingkungan RM1700 - RM2500 termasuk Kitlens
Canon 1100D, 500D, 600D dan lain2 ~ harga juga dalam lingkungan RM1700-RM2500 termasuk Kitlens
Pentax Kx,Kr dan lain2 ~ harga juga dalam lingkungan RM1700- RM2500 termasuk Kitlens

dan beberapa jenis Jenama lain seperti Olympus dan Sony.

Dan semestinya akan keluar persoalan sebegini" apa perbezaan jenama kamera-kamera tersebut?"

dan jawapannya pada saya ialah "TIADA PERBEZAAN KETARA"

dari segi konsep fotografi kesemua jenama kamera mempunyai asas kamera yang sama iaitu Shutter speed, ISO dan Aperture pada lensa. apa yang berbeza mungkin dari segi bentuk dan rekaan serta software yang digunakan. dan yang paling penting:

Tips memilih kamera:

PILIH JENAMA YANG MUDAH UNTUK MENDAPATKAN WARRANTI,ALAT GANTI DAN LENSA.

Mungkin di kawasan anda Jenama Canon lebih popular dan barang-barang Canon lebih mudah didapati berbanding jenama kamera lain dan sebaliknya. Jadi buat pilihan yang bijak untuk memudahkan anda mendapatkan stok Lensa pada masa akan datang.

Tips memilih Lensa:

Ok sekarang anda dah dapat kamera yang anda kehendaki. Biasanya kamera entry level akan dilengkapi dengan Kit Lens 18-55mm f 3.5-5.6. Sebagai Penggunaan asas Lensa tersebut sudah cukup untuk merakam aktiviti seharian kerana focal length 18mm sesuai digunakan untuk merakam landskap dan focal length 55mm sesuai untuk potret.

Namun begitu sebagai penambahbaikan dalam fotografi saya banyak menyarankan Newbie untuk menambah lensa 50mm dalam koleksi. 50mm merupakan focal length yang paling popular dalam merakam potret dan Wedding Photography. Bagi Jenama Canon dan Nikon meraka ada mengeluarkan lensa 50mm f1.8 yang berharga dalam lingkungan RM300-RM500 yang mempunyai aperture yang besar iaitu f1.8. Ia sangat sesuai untuk merakam potret yang menghasilkan Blur yang menarik serta sesuai untuk digunakan pada low light situation atau situasi cahaya rendah. contoh-contoh gambar boleh anda saksikan di sini : http://www.flickr.com/groups/canonef50mm/pool/

Lain-lain lensa adalah bergantung pula kepada minat masing-masing. Jika anda minat merakam gambar burung maka lensa asas yang terbaik adalah yang mempunyai focal length 70-300mm f4-5.6 kerana focal length maksimum 300mm membolehkan anda zoom dengan lebih jauh berbanding kit lens. Harga bagi lensa tersebut dalam lingkungan RM600- RM1500 mengikut jenama dan kualiti.

Jika anda minat merakam landskap, selain menggunakan kitlens anda juga boleh menggunakan Ultra Wide angle Lens mempunyai angle view yang lebih luas seperti 12-24mm atau 10-22mm.

Terdapat juga Brand-brand 3rd Party yang boleh anda pertimbangkan seperti TAMRON, SIGMA, TOKINA, SAMYANG dan lain-lain yang juga menghasilkan Lensa-lensa yang boleh digunakan oleh kamera Jenama Canon,Nikon,Pentax dan lain-lain yang dijual dengan harga yang lebih murah.

Jadi ape yang penting sekarang adalah membuat kira-kira dari segi bajet yang diperlukan dan pilih jenis fotografi yang kita minat sebelum membuat pembelian supaya tidak membazir dan tidak menyesal dikemudian hari. hal ini kerana hobi fotografi adalah sesuatu hobi yang mahal. Jadi buat pilihan yang bijak.

sebarang pertanyaan dan komen bolehlah dibuat diruangan komen atau boleh email kepada saya di afundee.photography@gmail.com

Diharapkan entry kali ini memberi anda idea untuk mendapatkan kamera dan lensa yang sesuai pada diri anda. Sekian

Terima Kasih


Khamis, 10 Mei 2012
Posted by fandi

LeicaGram..

Assalamualaikum semua

Agak lama saya menyepi dari menulis sebarang entry. hampir sebulan jugak. hal ini disebabkan oleh Ibu saya yang kurang sihat dan saya terpaksa menjaga beliau. Alhamdulillah Ibu saya kini telah sihat seperti sedia kala. dan saya juga sedang menyiapkan Studio Fotografi saya sendiri dan akan beroperasi tidak lama lagi di Melaka InsyaAllah.

Hari ini saya sempat merakam beberapa keping gambar di sekitar Citiwalk KL yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. semoga terhibur :)

Kebelakangan ini ramai pengguna android dan iphone menggunakan aplikasi Instagram iaitu aplikasi yang membolehkan kita berkongsi gambar dan terdapat banyak filter2 yang merubah gambar menjadi menarik. disebabkan oleh telefon android saya telah pun rosak maka saya telah gantikan dengan kamera kompak saya iaitu Leica Dlux5 dan tajuk entry ini adalah LeicaGram.. :)

Cans
 Lunch
 Kill Me Softly..
 Patterns
 Recycle
 Abstract
 Sky Scrapper
 errrr BERSIH? :P
 Joe Faizal ( Wedding and Model Photographer : www.joefaizal.com) 

Selasa, 8 Mei 2012
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography