Memaparkan catatan dengan label Tips Perniagaan. Papar semua catatan
Tips Perniagaan- Buat baru tahu
Perniagaan adalah sesuatu yang kita kena buat. Ye kita buat bukan membuta tuli tetapi mestilah dengan ilmu. Kita mungkin banyak membaca tips2 perniagaan di internet dan ada juga melalui rakan2 yang sudah terjebak dalam dunia perniagaan. Tetapi adakah dengan hanya mengetahui ilmu perniagaan kita akan menjadi peniaga jika tidak dilakukan? Sudah semetinya tidak...
Tapi bila kita nak mulakan perniagaan pasti akan muncullah satu pemikiran "boleh berjaya ke tak ni?"
Perkara seperti ni sebenarnya biasa bagi benda yang kita belum lakukan. Sebagai contoh dalam peperiksaan. Berapa ramai yang akan kata "eh aku pasti lulus dalam exam ni"dengan yakinnya? saya tak rasa ada yang akan cakap macam tu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Namun setelah menjawab dengan baik dan atas usaha keras menelaah pelajaran sebelum itu pasti pelajar itu akan merasa lebih yakin dan tahu yang dia akan lulus dalam peperiksaan tersebut...Begitu juga dalam perniagaan.. tidak kira apa bidang perniagaan sekalipun ( semestinya yang Halal ye :)
Seperti entry saya yang lepas kita perlu mengabaikan kritikan. Ye banyak suara-suara sumbang akan menjuruskan kita ke arah kegagalan. Mereka berkata gagal kerana ia merujuk pada diri mereka sendiri yang tidak pernah mencuba atau pernah mencuba tetapi tidak mengikut cara yang betul..
Namun apa yang penting sekarang ini. jika anda rasa anda nak memulakan perniagaan, BUAT!! Kerana berjaya atau gagal adalah perkara kedua. ia bergantung kepada usaha anda untuk menjayakan perniagaan atau menggagalkan. yang penting buat dulu baru tahu..
Sekian

Tips Perniagaan - abaikan kritikan
Salam semua
kita tidak lari dari mendapat kritikan atau memberi kritikan. kritikan boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif pada seseorang. Apatah lagi apabila kita melakukan sesuatu yang biasanya orang lain tak lakukan. contohnya memulakan perniagaan pada sesuatu yang kita minati. pasti kita akan selalu dengar ayat-ayat panas telinga macam ni:
"tak usah la meniaga, keje kerajaan lagi bagus ada masa depan"
"buat ape ko susah-susah, nak keluar modal bagai pastu entah laku entah tidak"
dan macam-macam lagi lah...
memang betul perniagaan adalah sesuatu yang kita boleh katakan sesuatu yang tidak pasti. kita tidak tahu hari ni berapa income kita boleh dapat. kita tidak tahu hari ni ada orang akan beli produk kita atau tidak.
Namun kekuatan yang kita perlu ada untuk mengatasi masalah kritikan adalah mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dan berharap pada Allah untuk memudahkan urusan kita dalam melakukan sunnah Rasul iaitu berniaga..
pada saya kritikan itu penting tetapi pada masa yang sama kita perlu abaikan dan buat apa yang kita rasa betul bagi kita.
saya memulakan perniagaan dengan meninggalkan alam korporat yang selama ini pada saya memberikan kepuasan hidup. Namun dengan wang yang banyak tetapi masa yang terhad menyebabkan saya rasa ia bukanlah sesuatu yang baik untuk jangka masa panjang. Saya tinggalkan alam korporat dan memulakan perniagaan kedai gambar dan fotostat yang menjadi kegilaan saya selama ni ...Fotografi.
Namun banyak kritikan yang saya terima.
"" eh bodoh nyer kau, keje dah gaji 5 angka ko berenti macam tu jer"
" baik ko bagi aku keje ko tu, fotografi skg susah nak cari makan la"
dan macam-macam lagi. pada mulanya memanglah panas hati dan lemah semangat. namun atas sokongan keluarga terutama Ibu Bapa dan Isteri menjadikan saya kuat untuk terus berusaha membuka perniagaan dan Alhamdulillah perniagaan kini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan..
Saya Yakin rezeki milik dan hak Allah dan kita sebagai manusia perlulah berusaha sedaya upaya dan berharap pada Allah untuk membantu kita dalam apa jua perkara dalam hidup.
Kritikan kalau digunakan dengan baik akan menjadikan kita lebih kuat dan lebih berjaya. Masyarakat hanya mampu keluarkan pendapat tetapi mereka tak pernah nak mencuba pun. Kita yang perlu menyedarkan masyarakat dengan membuktikan apa yang kita lakukan adalah apa yang kita yakin akan berjaya dengan izin Allah.
Jadi abaikan kritikan dan terus berusaha. itu langkah pertama untuk berjaya bukan sahaja dalam perniagaan malah dalam apa jua bidang dan dalam kehidupan..
"Tutup mulut pengkritik dengan kejayaan kita dan bukan sifat mengalah kita"

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.