Archive for Mei 2011

tips - rapatkan/ penuhkan framing




gambar pertama saya rakam agak jauh dengan subjek.. ape yang saya dapati terdapat beberapa objek yang di atas sebelah kanan yang mengganggu framing.. jadi mendekatkan fokus atau merapatkan kamera ke arah subjek sehingga apa-apa yang mengganggu framing dapat diasingkan.. namun gambar kedua juga ada kekurangannya.. apakah kekurangan gambar kedua? =)
Selasa, 31 Mei 2011
Posted by fandi
Tag :

Pemenang Contest the best sunset in your life afundee-photography.com!!!

Bismillahirrahmanirrahim
bersempena dengan hari jumaat yang berkat ini..

awok dengan ini mengumomkan ( ala2 usop wilcha )
hehe

pemenang bagi kedua-dua kategori iaitu kategori gambar terbaik dan cerita yang terbaik adalah seperti berikut:

GAMBAR TERBAIK
jatuh kepada.....



dan pemenang bagi 
CERITA SUNSET MENARIK
jatuh kepada:

kak nida


Ulasan

Gambar: gambar yang dirakam oleh saudari yuyun memang menarik hati para juri ( bukan saya sahaja yang jadi juri). kekuatan gambar tersebut adalah pada subjek utama itu sendiri iaitu matahari yang sedang terbenam. saudari yuyun berjaya menyampaikan tema dengan baik.. ditambah pula dengan komposisi yang baik dan framing yang seimbang. elemen tambahan yang ada pada gambar yang menguatkan lagi suasana sunset yang baik adalah kumpulan-kumpulan burung yang menghiasi daratan yang meningkatkan mood pada gambar.. selain itu juga warna gambar juga menarik. tetapi ia boleh dipertingkatkan lagi jika menggunakan WHITE BALANCE yang betul..tahniah diucapkan

Cerita: anda boleh baca sendiri di link yang disediakan. semoga ia menyentuh perasaan anda.. tahniah buat kak nida =)

Ulasan gambar-gambar peserta lain secara keseluruhan: tema the best SUNSET in your life telah jelas menspesifikasikan tema sunset. namun ramai yang kurang berjaya untuk mengetengahkan subjek utama disebabkan gambar dikuasai oleh elemen tambahan ( silhouette , dan lain -lain ) yang menenggelamkan subjek utama. ia adalah sesuatu yang berbeza.. namun tidak salah jika digabungkan bersama akan tetapi ia tidak menenggelamkan subjek utama dan barulah gambar itu menjadi menarik dengan elemen -elemen tambahan..

bagi yang tidak berjaya jangan berkecil hati. insyaAllah contest yang akan datang lebih menarik.. jom sokong rakan-rakan peserta yang lain dengan melawat ke blog-blog mereka di :



Jumaat, 27 Mei 2011
Posted by fandi
Tag :

Contest: Pemenang sudah ditetapkan =)

salam semua..

setelah saya ambil masa hampir 2 minggu untuk review semua gambar-gambar peserta kini pemenang sudah ditetapkan.. bukan saya sahaja yang menetapkan pemenang tetapi beberapa orang juri lain yang saya lantik.. =)

pemenang akan diumumkan pada JUMAAT INI..

saya harapkan kepada yang tidak berjaya jangan berkecil hati ya =)

penilaian yang saya buat adalah berdasarkan :


1) ketepatan tema sunset
2) teknikal fotografi ( komposisi, dan lain-lain)
3) berjaya atau tidak dalam menonjolkan subjek utama.
4) cerita yang memberi maksud mendalam..

sila tungguuuuuuuuuuuuuuuu.... =)
Khamis, 26 Mei 2011
Posted by fandi
Tag :

informasi - yang mana subjek utama?

di antara ke dua - dua gambar di bawah ( diambil dari entry lama) yang mana satu SUNSET dan yang mana satu Silhouette ?



jawapannyer terletak kepada bagaimana anda mengasingkan subjek utama anda... yang mana subjek utama dan bagaimana anda mengasingkan subjek utama supaya subjek utama lebih terserlah.. entry kali ini berkait rapat dengan CONTEST THE BEST SUNSET IN YOUR LIFE...

ramai yang kurang faham dengan apa subjek utama yang ingin ditegaskan... dan bagaimana anda hendak tahu apakah subjek utama dalam gambar-gambar anda?

caranya anda boleh lihat sendiri gambar-gambar anda dan apa yang paling menarik perhatian mata anda untuk melihat dalam gambar anda itu.. 

subjek mesti diasingkan dengan baik untuk menegaskan siapa atau apa subjek utama anda dan apa yang hendak disampaikan.. gambar yang ringkas mampu mengasingkan subjek utama dengan latar belakang atau subjek yang lain.. selain itu juga kelainan dalam gambar itu juga mampu memberi impak.. 

sebagai contoh gambar pertama, warna matahari yang berwarna oren terang dan lebih terang berbanding latar belakang  lebih memberi impak berbanding latar belakang yang agak gelap..jadi mata kita akan memandang terus kepada matahari tersebut berbanding yang lain terlebih dahulu...jadi gambar tersebut berjaya menegaskan bahawa matahari adalah subjek utama pada gambar pertama...

begitu juga pada gambar kedua.. Silhouette yang terhasil pada gambar tersebut memberi kontra dan perbezaan ketara dalam gambar.. jadi kita akan lebih memandang silhouette tersebut berbanding latar belakang yang agak kabur... jadi gambar kedua berjaya menegaskan subjek utama adalah silhoutte berbanding SUNSET...jadi sudah faham perbezaan subjek utama anda?

tips yang mudah adalah cuba merakam seringkas boleh dengan mengasingkan apa yang tidak perlu dalam gambar kita.. dengan itu kita akan dapat sampaikan apa yang ingin disampaikan..

 gambar pertama merupakan the best sunset yang saya perolehi.. saya rakam di PENGKALAN BALAK MELAKA sewaktu bercuti.. ia merupakan SUNSET PENUH pertama yang saya rakam.. hampir berbulan-bulan memburu sunset seperti ini kerana di malaysia cuada adalah panas dan lembab jadi untuk mendapatkan langit yang bersih tanpa berawan adalah amat sukar.. saya sukakan sunset kerana setiap kali memandang sunset saya akan terpegun dengan warna dan cahayanya..  terpegun dengan bukti dari Al Quran.. terpegun dengan janji Allah yang Maha Benar.. dan terfikir adakah nanti bukan Sunset yang akan dilihat tetapi matahari terbit dari BARAT?? Wallahualam... 


tugas anda sekarang adalah melihat kembali gambar anda yang dipertandingkan dan cuba fahami dan nilai sendiri samada gambar anda adalah sunset atau silhouette atau sebagainya...

pemenang akan ditentukan dalam masa terdekat.. masih menilai satu- satu gambar yang dipertandingkan.. ada yang melanggar syarat dan ada juga yang salah konsep.. namun tidak mengapa kerana kita semua belajar dengan kesilapan.. tidak perlulah berkecil hati bagi yang tidak berjaya kelak.. insyaAllah masa akan datang akan ada lagi CONTEST yang akan saya anjurkan =)

diharapkan agar entry kali ini dapat menjelaskan anda dalam menentukan subjek utama dalam fotografi..


jika da sebarang komen boleh diajukan kepada saya di ruangan komen.. saya amat menggalakkan anda bertanya di ruangan komen kerana mungkin persoalan anda juga merupakan persoalan orang lain dan jawapannya nanti mungkin membantu orang lain juga.. itulah tujuan blog afundee-photography.com diwujudkan.. =)

sekian terima kasih 

Selasa, 24 Mei 2011
Posted by fandi

bersama profesional - tagging dengan Ikram Ismail yang tidak dirancang =)

Assalamualaikum semua...

Pengalaman bersama fotografer profesional Ikram Ismail merupakan pengalaman yang sangat berharga buat diri saya. saya dapat menyertai beliau secara tidak sengaja dalam majlis perkahwinan rakan saya pada minggu lepas. kebetulan kami pernah bertemu sebelum ini jadi tidak menjadi masalah bagi saya untuk bersama beliau untuk merakam gambar perkahwinan...

pengalaman menyaksikan secara langsung bagaimana seorang jurugambar profesional beraksi memang amat berguna buat diri saya sendiri.. Ikram Ismail sangat tidak kedekut ilmu malah membenarkan saya untuk sama-sama merakam gambar pengantin..

berikut merupakan beberapa sampel pengantin perempuan yang sempat saya rakam.. pengantin lelaki pula tidak membenarkan gambarnya dirakam atas tujuan tertentu =)













saya pun nak juga bergambar dengan Ikram =)


pengalaman yang best dan saya dapat belajar perkara baru dalam wedding photography... insyaAllah saya akn kongsikan pada masa akan datang.. sekian..

p/s: jom sertai outing santai APO.. detail pada sticky entry di atas =)
Isnin, 23 Mei 2011
Posted by fandi

Journalism - Indonesia part 4 - hari terakhir dan perjalanan pulang

waktu petangnya saya dan abang saudara saya berjalan- jalan di pantai. kawasan pantai tersebut memang indah dan menyegarkan.. beting-beting pasir yang luas dan keemasan.. 






dah puas berjalan saya pun pulang semula ke rumah dan merakam beberapa keping gambar pada petang terakhir di sana. sebab pada keesokkan harinya saya akan berangkat pulang ke Malaysia. 



 waktu pagi selepas subuh saya dan ibu bapa serta beberapa orang saudara mara bergerak menaiki motorsikal dan sampai di tempat pelabuhan "RORO" atau feri.





 selepas menaiki roro saya dan yang lain menaiki motorsikal ke pelabuhan feri di Pulau Bengkalis. perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari pelaburan roro tadi.




perjalanan ke pelabuhan Pulau Bengkalis memang memenatkan. namun ia merupakan pengalaman yang menarik dan merupakan perjubaan photojournalism pertama saya.. ia memang pengalaman yang menyeronokkan.. diharapkan pembaca terhibur dalam siri entry Journalisme indonesia ni. serba sedikit tahu di mana asal usul saya sendiri.. mungkin anda juga boleh membuat sebagaimana saya lakukan seperti merekodkan tentang keluarga masing-masing sebagai kenangan walaupun di mana sahaja mereka berada..

sekian tamat siri Indonesia.. sambungan selepas ini lebih banyak tips2 fotografi.. terima kasih kerana sudi singgah di blog afundee-photography.com.

sekian  










Khamis, 19 Mei 2011
Posted by fandi

Journalism - Indonesia part 3 - perjalanan

part 3 adalah sambungan di waktu tengahari pulak..
destinasi yang seterusnya adalah melawat saudara mara di Pekan Dumai.. di sana terletaknya ramai saudara mara saya yang berbelas tahun saya tak jumpa.. terlalu ramai sampaikan nama pun ada yang saya tak ingat sampai sekarang =)

perjalanan kami ke pekan dumai menaiki 4x4 yang disewa dengan harga 500 ribu rupiah (sila convert sendiri ye ) ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. jalan raya mulanya adalah jalan tar. akan tetapi selepas hampir sejam........

 keadaan jalan berubah kepada jalan tanah merah yang berliku-liku. hampir sejam setengah kami mengharungi jalan tanah merah yang berliku-liku. patut lah ibu saya sewa kereta 4x4  =p

 hampir 2 jam setengah kemudian baru lah kami sampai ke rumah saudara saya. sempat lah merakam beberapa keping gambar sambil merehat-rehatkan pinggang yang lenguh akibat perjalanan yang melompat lompat....=)

inilah nenek saya. Alhamdulillah masih sihat.. nenek ikut sekali dalam perjalanan kami..

kemudian kami pergi ke rumah nenek saudara kami di JALAN PAUS.. nama jalan kat sana pelik-pelik sikit =)

dah sudah melawat kami bergerak ke kedai makan berhampiran. nama kedai tu RUMAH MAKAN TARASO.. kedai ini menyediakan makanan PADANG yang memang sedap dan murah..

lauk di atas baru 30% dari lauk yang dihidangkan.. penuh lauk-lauk yang dihidangkan.. makan tak sampai rm60 duit Malaysia.. =)

selepas itu saya dijamukan dengan minuman pencuci mulut yang diperbuat daripada buah Avocado ( buah pencuci muka ) .. saya ingatkan buah ni untuk cuci muka sahaja tapi rupanya cuci perut pun boleh =)


sesudah makan kami pun bergerak lagi ke rumah saudara yang lain. saya tak dapat nak ingat semua nama-nama mereka. hanya gambar yang dapat saya siarkan sebagai rekod..

sempat kandid pemandu kami.. =)

dah yang ni merupakan bapa saudara saya yang paling rapat. dia merupakan adik kepada Ibu saya.. 

sesudah selesai melawat saudara mara kami pun berangkat pulang ke Tenggayun iaitu rumah Atok dan Nenek saya. sebenarnya terlalu banyak gambar yang ingin disiarkan dan cerita yang ingin disampaikan.. tapi sehari pun saya rasa tak cukup nak ceritakan semua.. 

penduduk disana kebanyakannya menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. disana tidak kiralah apa jenama motor sekalipun. contohnya yamaha, honda atau suzuki, panggilan bagi motorsikal adalah tetap HONDA.. =)

dalam perjalanan kami pulang ke Tenggayun tayar kereta pecah tiba-tiba. namun Alhamdulillah semuanya selamat dan pemandu dapat memberhentikan kenderaan dengan selamat... masa untuk tukar tayar =)

sambil saya menunggu pemandu menukarkan tayar sempat lah jugak rakam panning =)


sesudah selesai akhirnya kami pun bergerak dan selamat sampai di Tangayun jalan Parkut.. masa tu dah jam 5 petang.. memang meletihkan... tetapi Alhamdulillah saya dapat jumpa sebahagian besar saudara mara saya yang sudah 14 tahun tidak bersua muka.. pengalaman yang sangat best.. rasa nak pegi lagi =)


tunggu bahagian ke 4 dan pengabisan ye.... =)

p/s: masih belum sempat untuk melawat blog2 peserta BEST SUNSET IN YOUR LIFE contest.. insyaAllah dalam masa terdekat saya akan melawat dan menilai untuk pemenang-pemenang contest.. harap semua dapat bersabar ya =)

p/ss: Mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di mana-mana pun =)
Isnin, 16 Mei 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography