Archive for 2011

Bokeh-licious Rokinon/samyang 85mm f1.4 dengan Pentax K10D

salam semua
jom layan gambar yang sempat saya rakam menggunakan lensa rokinon/samyang 85mm f1.4 menggunakan kamera Pentax K10D. Bokeh!!



















sekian

terima kasih
Khamis, 29 Disember 2011
Posted by fandi
Tag :

Tips- Jangan terpedaya dengan skrin LCD kamera anda.

salam

kebanyakan kamera pada masa kini mempunyai LCD yang beresolusi tinggi dan mempunyai warna yang terang dan vibrant. kadangkala apa yang kita lihat pada skrin LCD kamera tidak sama dengan yang kita lihat dengan menggunakan laptop atau PC. sebagai contoh:


gambar di atas merupakan gambar yang terus dari kamera. semasa merakam saya dapati warna dan tone semuanya bagus dan menarik. namun setelah saya transfer ke laptop warna menjadi pudar dan tone agak "flat". jadi sebab itulah setiap hasil gambar digital memerlukan sedikit " adjustment". gambar di bawah saya menggunakan picasa untuk menaikkan warna supaya lebih vibrant dan menarik. 



 jadi kesimpulannya jangan kita percaya 100% pada display LCD kamera kita. dan sedikit "adjustment" pada warna dan tona perlu bagi menambah baikan. akan tetapi ia bergantung juga kepada kehendak individu. pada saya secara peribadi saya menggemari gambar yang sedikit vibrant supaya warnanya lebih jelas dan menarik.

diharapkan entry kali ini memberi idea dan sedikit panduan dalam menambah baikan teknik fotografi digital.

sekian terima kasih

Selasa, 27 Disember 2011
Posted by fandi
Tag :

Produk ( Kasut Converse ) - Sebelum Dan Selepas

Salam Semua

Saya sempat merakam produk iaitu kasut converse kepunyaan kawan sebagai eksperimen shot produk. berikut adalah hasil rakaman yang saya buat.
 gambar di atas ini merupakan gambar sebelum iaitu ( out of camera ) dan di bawahnya adalah selepas saya memanipulasi menggunakan PHOTOSCAPE. jadi anda lihat perbezaan hasil sebelum dan selepasnya. sumber cahaya yang saya gunakan adalah cahaya lampu bilik yang agak malap. jadi untuk mendapatkan gambar yang terang saya perlu menggunakan aperture yang besar serta shutter speed yang agak perlahan. namun ia masih tidah dapat membantu memberikan hasil yang memuaskan. jadi dengan bantuan software photoscape saya mengolah latar belakang dan menaikkan warna produk dan hasilnya lebih jelas dan menarik.
 gambar-gambar di bawah pula merupakan  hasil dari komposisi dan lokasi yang berbeza.





ini merupakan gambar penuh selepas diolah. saya akan kongsikan bagaimana saya mengolah gambar tersebut hanya dengan menggunakan perisian mudah dan cepat iaitu PHOTOSCAPE.

Terima kasih

Jumaat, 16 Disember 2011
Posted by fandi

Tips- Gunakan cahaya sedia ada dalam bilik

salam semua

kadangkala kita tidak memerlukan peralatan pencahayaan yang mahal-mahal untuk mendapatkan gambar produk yang bagus dan menarik. kerada di dalam bilik atau di rumah kita semestinya terdapat banyak sumber cahaya yang boleh kita gunakan untuk menjadikan gambar kita menarik. sebagai contoh lampu meja.


gambar di atas adalah beg kamera kompak saya dan saya menggunakan lampu meja/lampu tidur dan meja kecil sebagai background. pemilihan warna background juga penting bagi menghasilkan impak menarik pada objek atau produk yang hendak kita rakamkan. 


setting yang saya gunakan adalah aperture 1.4 , shutter speed 1/60, dan iso 400. dengan setup seringkas ini kita boleh mendapatkan hasil gambar produk yang menarik tanpa perlu berbelanja besar untuk membeli peralatan pencahayaan yang mahal. mulakan bereksperimen dengan cahaya sedia ada di dalam rumah anda =)

sekian terima kasih



Rabu, 14 Disember 2011
Posted by fandi
Tag :

Informasi- Percubaan Lensa 85mm f1.4 Rokinon/Samyang ( Pentax K10D)

Salam semua.

entry kali ini berkenaan percubaan saya menggunakan Lensa Potret 85mm f1.4 jenama Rokinon yang dibuat oleh syarikat Lensa 'Third Party' di Korea di atas nama Samyang dan diedar dalam pelbagai jenama lain seperti Rokinon, Falcon, Bower, Vivitar, Bell & Howell dan sebagainya. Namun pada dasarnya ia diperbuat dari syarikat yang sama iaitu Samyang. Saya telah mendapatkan satu "copy" atas jenama Rokinon. lensa ini merupakan lensa potret MANUAL iaitu memerlukan kita fokus secara manual. lensa ini merupakan lensa potret yang mempunyai jarak fokus yang sangat bagus untuk merakam potret kerana ia menghasilkan "Bokeh" yang sangat menarik. Lensa ini dicipta untuk kamera bingkai penuh atau "Full Frame" akan tetapi apabila digunakan pada kamera APS-C maka jarak fokus akan menjadi ( 85 x1.5 = 127.5mm ) untuk kamera Nikon dan Pentax manakala untuk kamera Canon ( 85 x 1.6 = 136mm).

inilah lensa yang dimaksudkan.. mempunyai aperture yang besar iaitu f1.4 dan mempunyai Depth of Field yang sangat nipis. pada jarak 85mm ia memberikan kesan "blur" yang sangat menarik. kesemua gambar di bawah saya rakam menggunakan aperture 1.4 , iso 400 dan shutter speed diantara 1/20-1/60 bergantung pada keadaan cahaya. kesemuanya adalah "handheld" dan difokus secara manual.


kesan "blur" bulat-bulat itu dinamakan bokeh.









rakan saya dari Indonesia iaitu Yose Rizal sudi menjadi "Test model" untuk lensa ini. terima kasih ::)




secara peribadi saya lebih kepada fotografi "aperture besar" kerana saya menggemari gambar yang "Bokeh". secara ringkasnya lensa ini sesuai untuk merakam potret namun memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan fokus manual dan memerlukan kita melatih mata untuk melihat dengan lebih tajam. lensa yang mempunyai "autofocus" berharga 4 kali ganda lebih mahal daripada  lensa manual ini, jadi ia sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad atau lebih suka bereksperimen dengan manual fokus.

diharapkan entry kali ini memberikan sedikit informasi tentang lensa 85mm.
sekian terima kasih.
Selasa, 13 Disember 2011
Posted by fandi

Jelajah - I Love Photography di Austin Tx

Salam semua

pada weekend lepas sempat juga saya bersiar-siar bersama rakan sekerja di bandar Austin Texas. jarak dari Houston lebih kurang 3 jam menaiki kereta. memang banyak tempat menarik yang terdapat di sana tetapi saya hanya sempat melawat satu tempat iaitu Texas State Capitol Austin iaitu bangunan pentadbiran lama yang kini hanya menjadi tarikan pelancongan di sana.

saya di depan bangunan tersebut dengan Tshirt I Love Photography yang saya beli dari noorizamsabran.com. 


saya merakam kesemua gambar menggunakan kamera kompak Leica Dlux 5/ Panasonic LX5 dan sedikit "touch up" menggunakan PICASA dan frame dan watermark menggunakan PHOTOSCAPE.






terdapat kumpulan orkestra yang memainkan alunan muzik untuk pelawat-pelawat.


 
ini merupakan tour guide kami semasa melawat di dalam bangunan tersebut.



lelaki ini sedang melihat gambar lukisan yang menggambarkan peperangan yang pernah tercetus di kawasan ini pada masa dahulu.

gambar lampu yang menarik minat saya. 


pokok Krismas yang diletak di tengah-tengah bagunan sebagai simbolik sambutan Krismas yang hampir tiba.


pelawat sedang khusyuk mendengar taklimat.

sedikit rakaman dalaman bangunan



bentuk simetrikal tangga yang menarik perhatian saya.

rasanya tidak puas untuk saya menjelajah Austin disebabkan oleh masa yang terhad. mungkin akan datang bila berpeluang lagi ke USA saya akan menjelajah lebih banyak lokasi. minggu hadapan saya akan pulang ke Malaysia. :)

sekian Terima Kasih
Isnin, 12 Disember 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography