Archive for Mac 2011

gambar kreatif - kesan zoom pada gambar

Assalamualaikum semua

hari ni saya nak berkongsi tips bagaimana nak dapatkan gambar yang ada kesan zoom tanpa menggunakan software. dengan cara mendapatkan kesan tersebut semasa merakam gambar tersebut. contoh gambar adalah:



bahan-bahan yang diperlukan:
1) DSLR beserta kitlens
2) tripod yang kukuh
3) pemilik DSLR =)

ok hanya 3 bahan yang diperlukan. cara-caranya ialah:

1) Tetapkan subjek yang hendak dirakam. contohnya kereta
2) letakkan kamera di atas tripod dan halakan ke arah subjek.
3) Guna mode Shutter priority atau mode manual dan setkan ke shutter speed yang perlahan ( contohnya 3 saat)
4) gunakan iso yang rendah dan aperture yang kecil ( kalau guna mode shutter priority aperture akan di set secara automatik).
5) semasa menekan shutter dalam masa yang sama anda pulaskan barrel lens dengan perlahan. gambar akan dapat kesan zoom.

kesan zoom pada gambar ini merupakan salah satu kaedah "slow shutter" yang amat menarik untuk di cuba.

jadi selamat mencuba ok =)

sekian



Isnin, 28 Mac 2011
Posted by fandi

Tips fotografi ke-50 -Beberapa Jenis komposisi dalam fotografi

Assalamualaikum semua.
sedar tidak sedar kita sudah ke tips fotografi yang ke-50!! tips kali ini merupakan tips yang penting buat anda yang baru menjinakkan diri dalam bidang fotografi. tips kali ini adalah tentang komposisi dalam fotografi.
berikut saya senaraikan beberapa jenis komposisi yang boleh membantu anda mendapatkan gambar yang diingini. enjoy =) 

simetri - keseimbangan antara kiri dan kanan.

selective focus and color - fokus terpilih dan warna.. kita memilih titik fokus yang berlainan atau warna yang berbeza. seperti contoh bunga di atas yang berbeza warna dengan warna sekeliling.


ruang - komposisi ruang kosong dan penuh atau positif dan negatif seperti dalam gambar di atas.


point of view or angle - biasanya kita selalu merakam secara "eye level". dengan menggunakan sudut yang lebih tinggi atau rendah maka pemandangan dalam gambar akan lebih berbeza dan memberi impak. sebagai contoh gambar di atas yang mana saya merakam melalui sudut atas.


perspektif  dan leading line - memberikan impak pemandangan yang semakin menjauh disebabkan oleh kesan garisan lurus atau bengkok. seperti jalan raya di atas.

Great Depth of field - keluasan lapangan fokus yang besar menyebabkan seluruh frame adalah sharp dan jelas. sesuai untuk landskap. 

shallow depth of field - keluasan lapangan fokus yang kecil menyebabkan subjek utama di asingkan oleh 'blur' yang disebabkan oleh aperture yang besar atau kesan 'zoom' lensa.

 horizon line - garisan horizon yang rata dan sekata memberikan impak yang menarik terutama untuk merakam landskap.

frame - menggunakan ruangan yang sedia ada sebagai frame kepada subjek utama kita.

rule of third - merupakan teknik komposisi yang wajib diketahui. boleh baca entry tentang rule of third yang saya tulis pada entry yang lepas di SINI

terdapat banyak jenis komposisi di dalam fotografi. akan tetapi kesemua yang saya kongsikan di atas bukanlah "rule" yang wajib diikuti. ia cuma suatu "guideline" untuk anda mendapatkan gambar yang baik. kadangkala ada sesetengah gambar yang tidak mengikuti sebarang undang-undang komposisi mampu menjadi gambar yang WOW. akan tetapi kesemua teknik komposisi di atas WAJIB diketahui sebelum anda "break the rule" =)

diharapkan entry kali ini memberi informasi kepada anda dalam mendapatkan gambar yang diinginkan.


Rabu, 23 Mac 2011
Posted by fandi

Sampel album Custom perkahwinan

Assalamualaikum.. entry kali ini saya nak tunjukkan sampel Album Custom Perkahwinan yang sudah siap di cetak =)
















saiz album tersebut adalah 8x12 inci.
jika anda ada softcopy gambar-gambar lama dan inginkan saya mereka serta cetakkan sekali anda bolehlah menghubungi saya di 0134553504. dengan harga rm400 untuk design dan cetak!!  =)
tidak terhad kepada gambar perkahwinan sahaja malah gambar keluarga, perkelahan, bayi dan sebagainya pun boleh =)

dan anda boleh melihat pelbagai pakej fotografi yang saya tawarkan di ruangan PAKEJ FOTOGRAFI.

bagaimana nak design custom album??? insyaAllah nanti ada masa terluang saya akan buat tutorial atau workshop bagi yang berminat .. =)

sebarang komen dan cadangan dialu-alukan..jangan segan2 ye =)
Jumaat, 18 Mac 2011
Posted by fandi

landskap- layan landskap lagi ( Putrajaya ) beserta tips

Assalamualaikum semua.. update pada kali ini adalah tentang landskap lagi iaitu landskap di putrajaya ( depan PICC )

saya rakam menggunakan kamera entry level pentax k-x beserta kit lens =)








pentingkan komposisi dalam merakam gambar. masukkan elemen-elemen yang perlu sahaja di dalam gambar dan berfikir dahulu sebelum anda menekan butang shutter. 

saya banyak menggunakan elemen-elemen pantulan dan penggunaan ruang serta geometri ( garisan, simetri dll). perkara-perkara tersebut amat membantu menghasilkan gambar yang baik. ia bukan sahaja diaplikasikan dalam merakam landskap sahaja tetapi untuk semua jenis fotografi.

ringkasan:
1) pentingkan komposisi dan framing
2)masukkan elemen-elemen yang perlu sahaja dalam gambar anda
3) aplikasikan elemen-elemen geometri seperti garisan, simetri dan sebagainya untuk mencantikkan gambar.
4) berfikir dahulu sebelum menekan butang shutter.

diharapkan entry kali ini memberi sedikit info kepada pembaca =)

sekian

Rabu, 16 Mac 2011
Posted by fandi

Bagaimana saya boleh menambah baik afundee-photography.com?

Assalamualaikum semua

apa khabar? harap rakan2 pembaca semua sihat..
pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog ini walaupun aktiviti 'update' terbaru agak perlahan. diharapkan info-info yang sedia ada mampu memberikan anda sedikit pengetahuan untuk mendapatkan gambar yang di idam-idamkan =)

saya memerlukan cadangan dan pandangan anda semua untuk menambah baik blog ini. harap sudi letakkan pendapat anda di ruangan komen untuk perkongsian =)

tujuan saya meminta pandangan supaya blog ini tidaklah menjadi blog 'syok sendiri'. harapan saya ingin menjadikan blog ini sumber perkongsian ilmu fotografi yang sesuai dan serasi bagi setiap pembaca..

diharapkan anda dapat memberikan pendapat dan pandangan.

sekian =)
Selasa, 15 Mac 2011
Posted by fandi

landskap - momen keemasan dan kebiruan di kampung halaman =)







Isnin, 14 Mac 2011
Posted by fandi
Tag :

warna warna fotografi jalanan









Khamis, 10 Mac 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography