Archive for Februari 2012

Hitam Putih Kuala Lumpur

Salam semua

Entry kali ini adalah tentang gambar-gambar yang saya rakam di sekitar KL dengan menggunakan kamera kompak Leica Dlux 5 dan manipulasi Hitam Putih saya gunakan GIMP.







Rabu, 29 Februari 2012
Posted by fandi

Wedding - akad nikah Qayyum dan Shuhada....Perlis

Assalamualaikum semua

agak lewat juga saya update sejak kebelakangan ni disebabkan oleh kesihatan yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah kesihatan semakin baik dan dapatlah juga saya update tentang majlis perkahwinan pasangan Qayyum dan Shuhada yang saya rakam di Perlis baru-baru ini. gambar-gambar dirakam menggunakan lensa 17-50mm f2.8 dan juga 85mm f1.4 dan 2 biji flash sebagai cahaya tambahan.

Saya sangat senang untuk merakam gambar pasangan ini kerana mereka sangat sporting dan peramah.

Kebanyakan gambar sudah diedit untuk menambah mood seperti menggunakan tone yang lembut dan juga menggunakan gambar hitam putih.

antara cabaran yang saya hadapi semasa merakam gambar indoor ini adalah untuk mendapatkan warna yang betul. hal ini kerana sumber cahaya daripada pelbagai jenis lampu menggangu ketepatan "White balance" pada kamera. jadi penggunaan white balance yang betul amat penting bagi mendapatkan warna yang betul.





























 diharapkan anda terhibur dengan update terkini ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil saya sebagai jurugambar perkahwinan atau sebarang majlis boleh hubungi / SMS ke nombor 0134553504 untuk maklumat lanjut.

Sekian





Khamis, 23 Februari 2012
Posted by fandi

Wedding - Qayyum & Shuhadah..... pre-launch

salam semua

wah hampir 2 minggu blog ni terbengkalai. rasanya kena buat contes balik ni baru meriah dan rajin nak update. hehe

saya agak sibuk dengan tugasan seharian.. insyaAllah tunggu update terbaru wedding photography yang saya rakam pada minggu lepas di Kangar Perlis. pasangan Qayyum dan Shuhada yang memang sporting dan best :)


sila tunggu :)
Selasa, 14 Februari 2012
Posted by fandi
Tag :

Wedding - Khidir & Mira Outdoor dengan 85mm

Salam semua

Pada kali ini saya nak kongsikan gambar-gambar outdoor bagi majlis perkahwinan antara Khidir dengan Mira. untuk outdoor saya menggunakan 100% Lensa 85mm f1.4 Manual dan kebanyakan gambar saya gunakan aperture antara 2.0 - 2.8 bagi mendapatkan " Depth of field" yang bagus dan pada masa yang sama subjek dalam keadaan " Sharp".

Sesi outdoor dijalankan di hutan rekreasi Sungai Udang Melaka. bagi saya ia merupakan lokasi yang sangat bagus untuk outdoor kerana mempunya banyak elemen-elemen seni yang menarik yang boleh menambah baik gambar.

Cabaran yang saya hadapi pada hari tersebut adalah hujan renyai. namun Alhamdulillah tugas dapat dijalankan dengan sempurna dan pasangan memang sangat sporting. walaupun sudah keletihan selepas melayan tetamu mereka tetap memberikan kerjasama yang cukup baik semasa rakaman. berikut merupakan beberapa gambar terpilih yang bagi saya menarik untuk dikongsi. sebarang komen dan pandangan amat-amat dialu-alukan.





















semoga berkekalan sampai akhir hayat :)

Sekian
Jumaat, 3 Februari 2012
Posted by fandi
Tag :

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography