Archive for 2013

Jenama Jenama Kamera di Dunia

Assalamualaikum

Entry hari ini merupakan info am sahaja. buat pengetahuan korang la kan, terdapat berpuluh jenis jenama kamera di dunia ini. Mungkin kita selalu dengar kamera jenama Nikon, Canon Fuji dan Sony sahaja. gambar di bawah ni menunjukkan senarai jenama kamera yang masih aktif membuat kamera dan digunakan di serata dunia. Malah ada diantaranya berharga ratusan ribu ringgit. Misalnya jenama seperti Leica, Hasselblad dan Mamiya.

Namun setiap satunya mempunya persamaan iaitu merakam gambar yang menarik. Dengan asas dan ilmu fotografi yang betul kita mampu menghasilkan gambar yang bagus tidak kira apa jenis kamera yang kita gunakan. Kamera cuma alat untuk kita gunakan untuk merakam gambar dan bagaimana sesuatu gambar itu menjadi bagus bergantung pada ilmu dan pengetahuan kita. sekian info dari saya



Isnin, 15 April 2013
Posted by fandi

Ebook Percuma!!! Pengenalan Asas Fotografi

Assalamualaikum semua

Hair ini saya ingin berkongsi sebuah ebook yang saya tulis sendiri dan ebook ini adalah percuma. 
Saya bercadang untuk mengadakan siri ebook percuma dan ia akan saya buat secara berperingkat.

Sebagai pengenalan saya ingin berkongsi ebook
"Pengenalan Asas Fotografi"

yang menerangkan tentang Shutter Speed, ISO dan Aperture dalam Bahasa Malaysia dan diterangkan secara santai sahaja. anda boleh baca secara online atau boleh download ebook tersebut dalam bentuk PDF di link berikut:




diharapkan ebook ini dapat membantu korang yang masih baru nak berjinak dalam fotografi.

Sekian terima kasih

Tags: Ebook fotografi, tips asas fotografi, fotografi
Sabtu, 13 April 2013
Posted by fandi

Photo essay: Hitam putih di Tanjung Dawai Kedah

















Lokasi: Tanjung Dawai Kedah
Kamera: Leica D-lux 5
Post Processing: Adobe Lightroom 3.6 & Photoscape
Selasa, 9 April 2013
Posted by fandi

Page Gallery Diperkenalkan

Assalamualaikum

Hari ni saya nak bagitau yang saya telah membuat satu page yang mana saya kumpulkan gambar2 dalam satu page. Gallery gambar ini saya buat supaya mudah untuk korang nak tengok contoh2 gambar yang saya rakam terutama gambar wedding. wat masa ni masih satu page je dan akan di tambah dari masa ke masa. Korang boleh tengok koleksi gambar wedding yang saya dah rakan dan akan ditambah dari masa ke masa. boleh klik pada link di bawak:


Click pada gambar
Isnin, 8 April 2013
Posted by fandi

My newborn baby Abdul Wafi part 1

Assalamualaikum

Agak terlambat sebenarnya entry ni namun masih belum terlambat bagi saya nak memperkenalkan ahli baru dalam keluarga saya dan penyeri serta cahaya hati saya iaitu anak pertama saya Abdul Wafi. Alhamdullillah dia selamat dilahirkan pada 4 March 2013 di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah pada jam 3.32 ptg. 

Sedar tidak sedar saya sudah mempunyai keluarga yang lengkap. seorang isteri dan seorang anak. Pengalaman yang dirasai memang tidak dapat digambarkan. Saya sangat gembira dan kehidupan saya menjadi lengkap. InsyaAllah saya berazam akan mendidik anak saya menjadi orang yang baik dan soleh.

Gambar-gambar di rakam menggunakan prob yang amat ringkas dan hanya menggunakan cahaya sedia ada dan menggunakan kamera digital compact yang dirakam dalam format RAW. Kesemua gambar telah di olah menggunakan perisian Adobe Lightroom 3.6 dan juga Photoshop CS2 dan croping serta resize dan watermark saya gunakan perisian photoscape.

Percubaan merakam gambar newborn ini merupakan percubaan kedua saya selepas saya merakam gambar anak kakak sulung saya. Tidak dinafikan merakam gambar newborn merupakan cabang fotografi yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Ini kerana bayi tidak mampu mendengar arahan jurugambar sebagaimana orang dewasa. Dan kadang kala bayi akan kerap menangis atau membuang air pada prob. Tambahan pula bayi yang baru lahir sangat lembut dan jika kita tiada kemahiran untuk memegang  atau mendukung bayi yang berumur beberapa hari adalah sukar untuk menceburi bidang ini kerana ia akan membahayakan keselamatan bayi..

Saya menggunakan kamera kompak berbanding DSLR kerana ia lebih ringan dan senyap. kadangkala sesetengah bayi amat sensitif dengan bunyi dan kerap terkejut. Jadi penggunaan kamera kompak lebih mudah dan lebih pantas serta senyap.

Saya kongsikan beberapa keping gambar yang saya perolehi dan akan saya kongsikan lagi pada part 2 nanti.

Sebarang pertanyaan untuk merakam newborn baby anda boleh email pada saya afundee.photography@gmail.com atau hubungi saya di 0134553504.














Fandi
Principal Photographer
A Fun Dee Digital Enterprise
0134553504
afundee.photography@gmail.com

Ahad, 7 April 2013
Posted by fandi

Pakej Lengkap fotografi 2013 Melaka.

(UPDATE MAC 2015: BLOG INI TIDAK LAGI AKTIF, UNTUK PAKEJ-PAKEJ TERBARU SILA LIKE FB PAGE SAYA DI: NAURA ART STUDIO)

Assalamualaikum semua. Setelah saya meneliti beberapa pertanyaan melalui email dan telefon saya telah merumuskan pakej fotografi saya secara menyeluruh. berikut merupakan pakej fotografi lengkap untuk sepanjang 2013. Pakej saya merangkumi pelbagai peringkat masyarakat dan pendapatan. Jadi anda boleh pilih pakej yang mana lebih sesuai dengan bajet dan juga kehendak anda. Dan insya Allah saya dan rakan2 akan menjalankan tugasan yang diberi dengan baik..


PAKEJ SATU MAJLIS
Shoot and burn sahaja
(harga album dikira berasingan di bahagian TAMBAHAN mengikut permintaan)
1) nikah sahaja : RM300 ( Tambah RM100 untuk malam berinai)
2) Malam berinai sahaja : RM250
3) bersanding sahaja : RM450
4) bertandang sahaja :RM450
5) Outdoor sahaja : RM250 ( 1 Jam Sesi)

TAMBAHAN
1) 120 pcs sticky album + mock up : RM250
2) custom album storybook eksklusif dengan crystal cover 10x12 inci : RM550
3) jurugambar tambahan : RM600
4) frame 12x18 inci : RM100
5) frame 16x 20 inci : RM200
6) Pendrive: RM50

PAKEJ 2 MAJLIS (Nikah Sanding)
pakej shoot and burn: RM700 (Harga sudah diskaun)
1) cover nikah,malam berinai dan sanding shj.
2) Unlimited edited photo (dvd)
3) tidak termasuk outdoor (tambah RM150 untuk outdoor)
4) 1 orang jurugambar.

Pakej Album 4R sticky: RM1000 (Harga sudah diskaun)
1) cover nikah,malam berinai dan sanding shj.
2) 120 keping 4R beserta album mock up yang eksklusif.
3) 1 frame 12x18inci
4) unlimited edited photo (pendrive)
5) 1 orang jurugambar
6) tidak termasuk outdoor (tambah RM150 untuk outdoor)

Pakej custom Album Sahaja: RM1300 (Harga sudah diskaun)
1) cover nikah,malam berinai dan bersanding shj.
2) 1 album custom story book eksklusif dengan crystal cover bersaiz 10x12inci(20 pages)
3) unlimited edited photo (pendrive)
4) 2 frame 12x18 inci
5) 1 orang jurugambar
6) tidak termasuk outdoor ( tambah RM150 untuk outdoor)

Pakej Custom Album eksklusif:RM1750 (Harga sudah diskaun)
1) cover nikah,malam berinai dan bersanding shj.
2) 1 album custom story book eksklusif dengan crystal cover bersaiz 10x12inci(20 pages)
3) 120 keping 4R beserta album mockup.
4) unlimited edited photo (pendrive)
5) 1 frame 12x18 inci
6) 1 frame 16x20 inci
7) 1 orang jurugambar
8) tidak termasuk outdoor ( tambah RM150 untuk outdoor)

PAKEJ 3 MAJLIS (nikah sanding bertandang)

Pakej shoot and burn: RM1100 (Harga sudah diskaun)
1) cover nikah,malam berinai dan sanding dan bertandang
2) unlimited edited photo (dvd)
3) tidak termasuk outdoor (tambah RM150 untuk outdoor bagi setiap belah pihak)
4) 1 orang jurugambar.

Pakej Album 4R sticky: RM1650 (Harga sudah diskaun)
1) cover nikah,malam berinai dan sanding dan bertandang.
2) 240 keping 4R beserta album mock up yang eksklusif.
3) 2 frame 12x18inci
4) unlimited edited photo (pendrive)
5) 1 orang jurugambar
6) tidak termasuk outdoor (tambah RM150 untuk outdoor bagi setiap belah pihak)

Pakej custom Album Sahaja: RM2250 (Harga sudah diskaun)
1) cover nikah,malam berinai dan bersanding dan bertandang.
2) 2 album custom story book eksklusif dengan crystal cover bersaiz 10x12inci(20 pages)
3) unlimited edited photo (pendrive)
4) 4 frame 12x18 inci
5) 1 orang jurugambar
6) tidak termasuk outdoor ( tambah RM150 untuk outdoor bagi setiap belah pihak)

Pakej Custom Album eksklusif:RM2400 (Harga sudah diskaun)
1) cover nikah,malam berinai dan bersanding dan bertandang
2) 1 album custom story book eksklusif dengan crystal cover bersaiz 10x12inci(20 pages)
3) 240 keping 4R beserta album mockup.
4) unlimited edited photo (pendrive)
5) 2 frame 12x18 inci
6) 1 frame 16x20 inci
7) 1 orang jurugambar
8) tidak termasuk outdoor ( tambah RM150 untuk outdoor bagi setiap belah pihak)

Pakej Custom Album double eksklusif:RM2950 (Harga sudah diskaun)
1) cover nikah,malam berinai, bersanding dan bertandang
2) 2 album custom story book eksklusif dengan crystal cover bersaiz 10x12inci(20 pages)
3) 240 keping 4R beserta album mockup.
4) unlimited edited photo (pendrive)
5) 2 frame 12x18 inci
6) 2 frame 16x20 inci
7) 1 orang jurugambar
8) tidak termasuk outdoor ( tambah RM150 untuk outdoor bagi setiap belah pihak)

PAKEJ SUPER JIMAT
1) Harga dicaj mengikut Roll: RM220/Roll
-1 Roll: 36 keping 4R
- Minimum order 3 Roll
- 1 Roll untuk 1 Majlis sahaja (cth nikah 1 Roll , sanding 1 Roll)
- Tambahan roll berikutnya hanya RM200
- Gambar diambil mengikut jumlah Roll yang dipersetujui sahaja. Pelanggan boleh
menambah roll ketika majlis berlangsung.
- Percuma mini pocket album dan frame 8R.

p/s: harga untuk Melaka sahaja.. lain-lain tempat caj perjalanan,makan dan penginapan(jika
perlu) dikenakan beserta resit.


Khamis, 28 Februari 2013
Posted by fandi

Wedding Ika dan Man Melaka (Resepsi)

Salam semua

mereka merupakan pasangan yang sangat sporting dan memberikan kerjasama yg sangat bagus semasa majlis berlangsung. memang amat mudah untuk bekerjasama dengan mereka. A Fun Dee Digital Enterprise mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga kekal dunia akhirat dan mendapat anak yang ramai. Jom layan gambar-gambar mereka.



















Hubungi saya di talian 0134553504 untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan fotografi


Fandi
Principal Photographer
A Fun Dee Digital Enterprise

Khamis, 14 Februari 2013
Posted by fandi
Tag :

gambar lama 1



gambar asal


gambar yang telah diedit

Jumaat, 8 Februari 2013
Posted by fandi

Chroma Key editing menggunakan Paint.net

Assalamualaikum semua

pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada pembaca yang setia melayari blog saya yang agak kurang aktif buat masa ni..

Pada hari ni saya nak kongsikan info manipulasi yang amat membantu jurugambar untuk mengubah background sesuatu gambar menggunakan kaedah Green screen...

apakah green screen?

green screen merupakan latar belakang hijau yang digunakan dalam studio fotografi atau filem kesan khas bagi mengubah sesuatu latar belakang lain atau menambah kesan khas pada gambar..



ape yang perlu adalah sebuah latar belakang hijau dan subjek yang hendak kita rakam... namun terdapat kelemahan bagi kaedah ini. antaranya ialah jika subjek yang hendak kita rakam memakai warna hijau maka latar belakang hijau tidak boleh digunakan dan boeh diganti dengan latar belakang biru..

video di bawah ini merupakan tutorial yang saya dapat di Youtube yang menunjukkan cara untuk menggunakan Paint.net dalam editing Chroma Key.. 




Sekian Terima Kasih :)



Khamis, 7 Februari 2013
Posted by fandi

Custom Album layout Marisya & Muhammad

Salam semua

Hari ini saya nak kongsikan layout custom album yang saya buat untuk pelanggan saya baru-baru ini iaitu untuk majlis Pertunangan Dr Marisya dan pasangan Muhammad.

Secara peribadi saya suka menggunakan layout yang ringkas tanpa border atau frame dan lebih menumpukan kepada gambar moment dalam majlis tersebut.

Layout-layout ini diinspirasikan oleh sifu-sifu saya dalam fotografi iaitu Ikram Ismail (ikramismail.net) dan juga Norizam Sabran (norizamsabran.com).

Secara ringkasnya custom album (atau storybook) mestilah direka dengan mengikut cerita dari awal sehingga akhir majlis berlangsung. Dengan kata lain ia merupakan album sinopsis kepada majlis tersebut. Pemilihan gambar yang sesuai amatlah memberi kesan kepada album tersebut. 

Gambar-gambar di bawah merupakan design penuh bersaiz 10x24 inci ( saiz album selepas print 10x12 inci) mengikut susunan dari awal sehingga akhir dan diakhiri dengan cover depan dan belakang.. 

CLICK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS














 cover hadapan

cover belakang


Sabtu, 12 Januari 2013
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography