Archive for September 2011

KONVOKESYEN USM KE 44

salam semua

pada weekend yang lepas saya ke USM pulau pinang untuk merakamkan detik bersejarah saudari Nurashira Harun dan rakan-rakan pada hari Konvokesyen beliau. berikut merupakan beberapa keping gambar beliau serta rakan-rakan dan keluarga.. layannnnn :)

lensa 50mm f1.4 =)



lensa 35mm f2.4







manipulasi menggunakan adobe lightroom 3.0

lensa 50mm f1.4
untuk potret sebegini saya banyak menggunakan lensa 35mm f2.4 keluaran Pentax dan juga lensa 50mm f1.4. potret biasanya lebih kemas dengan aperture yang kecil kerana ia memberi kesan "blur" yang menarik.. 

sekian :)
Isnin, 26 September 2011
Posted by fandi

Hari Jumaat yang cerah dan bercahaya =)

Assalamualaikum semua

selamat hari jumaat. wah hari ni memang cantik cuaca. langit serba biru. bukan macam semalam. sampai lencun saya ke ofis. saya sangat suka hari Jumaat. =)

hari ni boleh la rakam beberapa keping gambar sekitar KLCC. dah lama jugak tak bawa kamera jalan-jalan dan rakam sekitar KLCC. Tetapi saya sering membawa kamera kemana sahaja saya pergi. dan kamera yang selalu saya bawa ialah kamera kompak sebab ia ringan dan tidak memakan ruang.











jadi esok dah weekend. sekarang ni musim orang berkonvo. jadi saya akan berada di USM pada weekend ni. sapa-sapa yang berada di sana boleh hello2 ya =)

sekian.
Jumaat, 23 September 2011
Posted by fandi

Artwork - landscape in black and white






Isnin, 19 September 2011
Posted by fandi

Informasi - kenali beberapa format ratio gambar

Assalamualaikum semua

hari ini saya nak berkongsi tentang beberapa format ratio ( nisbah ) gambar yang biasa kita gunakan atau yang terdapat pada kamera.

1:1


format 1:1 adalah format segi empat sama. iaitu nisbah panjang dan lebar adalah sama. format ini merupakan salah satu format kegemaran saya. komposisi yang biasa menggunakan format ini adalah meletakkan subjek di tengah-tengah, of center, dan juga boleh mengaplikasi rule of third. terpulang kepada kreativiti anda sendiri.

16:9


16: 9 merupakan format yang dipakai oleh Video HD atau Full HD dengan lebar 9 nisbah panjang 16. bagi pengguna kamera pula format ini amat berguna untuk landskap dengan memberi kesan Panoramik yang tidak keterlaluan. malah ia juga membantu bagi sesiapa yang nak buat gambar panorama dengan mencantumkan gambar kerana panjangnya melebihi lebarnya. saya selalunya menggunakan format ini apabila merakam landskap jika keadaan landskapnya sesuai seperti gambar di atas.

3:2 



format 3:2 merupakan format yang paling biasa digunakan oleh kamera DSLR masa kini. dengan format ini kita tidak perlu crop jika ingin mencetak gambar 4R ( 4x6 inci ) kerana nisbahnya adalah sama. 

4:3


format 4:3 pula format gambar yang digunakan oleh kamera micro four third seperti Olympus EP-1 atau Panasonic GF series ( GF1, GF2, GF3 ) dan lain-lain. format ini hampir petak. saya jarang menggunakan format ini. tetapi jika anda ingin membuat Custom album, format ini nampak lebih elegan kerana nampak hampir segi empat tepat. tetapi ia bergantung kepada citarasa anda sendiri.

terdapat banyak lagi format-format yang ada tetapi ke empat-empat format di atas merupakan format yang biasa digunakan dan biasa di lihat.

sesetengah kamera ada aplikasi untuk mengubah format kepada pelbagai format tetapi ada kamera pula yang hanya menggunakan 1 format seperti DSLR yang menggunakan format 2:3, jadi untuk mendapatkan format yang lain anda hanya perlu CROP menggunakan perisian seperti photoshop atau lebih mudah photoscape dan picasa.

sekian
Selasa, 13 September 2011
Posted by fandi

Alam..

lama dah tak update blog. beraya sakan la katakan.. hehe.. macam mana dengan raya anda semua best tak? harap semua enjoy.

insyaAllah afundee-photography akan kembali aktif dengan aktiviti menarik selepas ini. tanpa sokongan anda semua blog ini tidak akan memberi apa-apa faedah pun. jom layan gambar. kali ini saya rakam di pantai port dickson berhadapan dengan hotel seri malaysia. kebanyakan gambar adalah dalam hitam putih ( kegemaran saya)











Isnin, 5 September 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography