Archive for Februari 2011

street photography - jonker walk dan bandar hilir melaka

Assalamualaikum..

pada hari ahad lepas saya dan beberapa orang rakan membuat aktiviti merakam gambar street photography di Bandar Hilir Melaka. aktiviti tersebut dijalankan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang disamping untuk memperaktikkan kaedah fotografi pada hujung minggu =)

sila lah menjamu mata dengan beberapa koleksi terpilih. terlalu banyak gambar dirakam namun hanya beberapa yang sempat saya upload. saya menggabungkan beberapa Tone dan warna bagi menaikkan mood gambar seperti Cinematic tone dan B&W.











semoga terhibur.. sekian =)
Selasa, 22 Februari 2011
Posted by fandi

bersama profesional - polini fotografik ( Hisham Ang )

Assalamualaikum semua.. pada hujung minggu lepas saya berkesempatan untuk bertemu dengan seorang fotografer profesional di Melaka yang terkenal dengan nama Polini Fotografik. nama beliau ialah Hisham Ang. boleh cari di FB " polini fotografik". mungkin ada diantara anda yang tidak pernah mendengar nama beliau. akan tetapi beliau merupakan seorang fotografer berperingkat antarabangsa yang amat Low Profile.. beliau juga merupakan seorang Photografer sepenuh masa yang menjalankan fotografi perkahwinan, sukan, jurnalis dan komersil.


beliau sudi meluang masa sehingga jam 2 pagi =)
banyak ilmu dan pengajaran yang diberikan semasa sesi perjumpaan. pengalaman dan tips2 juga diberikan semasa perjumpaan tersebut. rasa tak puas juga berborak dengan beliau. namun ia satu pengalaman yang bagus.

buat anda yang masih baru, ada nasihat untuk anda:
jika ingin belajar dengan yang profesional jangan berasa malu untuk bertanya atau meminta kebenaran untuk berjumpa. mereka-mereka ni sangat ramah dan tidak kedekut ilmu.

sesi perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan pertama kami. tapi saya telah kenal beliau melalui facebook. boleh layari blog beliau di 

selepas jam 2 pagi saya dan rakan-rakan pun pulang ke rumah. dalam perjalanan terjumpa dengan kemalangan jalan raya. kereta sampai terbakar. kepada anda semua berhati-hati semasa memandu =)

sekian 
Isnin, 21 Februari 2011
Posted by fandi

berkongsi ilmu walaupun sedikit

assalamualaikum semua

selamat hari jumaat. penghulu segala hari.
hari ini saya nak bercerita tentang berkongsi ilmu. dalam kontek ilmu dan kehidupan seharian kita.
kenapa kita perlu berkongsi?
sebenarnya dengan berkongsi ilmu kita akan dapat lebih banyak dan lebih mengingati ape yang kita pelajari dan kongsikan.

kenapa saya menulis blog ini? blog ini merupakan "Buku Nota" saya. tetapi saya menulis dan berkongsi ape yang saya pelajari dan orang lain pun boleh baca. kadang kala saya akan membaca semula apa yang saya tulis di dalam blog ini.

tetapi tidak semestinya kita hanya berkongsi melalui blog tetapi melalui keluarga dan rakan-rakan terdekat. ia tidak terhad kepada ilmu fotografi sahaja tetapi untuk semua aspek.

Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berpesan "sampaikanlah walaupun cuma 1 ayat". jadi dengan menyampaikan sesuatu yang baik kita akan beroleh kebaikan =)

jadi jangan kedekut untuk kongsi ilmu yang kita ada dan ape yang kita dah pelajari. InsyaAllah kita akan dapat lebih dari itu =)

selamat berhari jumaat

sekian
Jumaat, 18 Februari 2011
Posted by fandi

street photography outing by fototeacher

assalamualaikum semua

pada ahad yang lepas saya sempat menyertai outing street photography anjuran www.fototeacher.com . outing tersebut doketuai oleh saudara che mat yang sangat berpengalaman dalam street photography. selain menimba ilmu dapat juga berkenalan dengan beberapa rakan fotografi =)

namun x sempat nak join sampai habis disebabkan terpaksa ke ofis selepas itu. berikut adalah beberapa rakaman gambar semasa perkongsian dilakukan .. enjoy 


saudara affandi ( nama sama ) dengan rambut ufro beliau. merupakan pakar dalam lighting. boleh baca blog beliau di SINI dan juga facebook beliau di SINI2

saudara hasnuddin merupakan pengasas dan pemilik fototeacher.com. sangat berpengalaman dalam fotografi..selalu menganjurkan pelbagai kursus yang amat bermanfaat dalam fotografi..

inilah dia saudara che mat yang amat berpengalaman dalam street photography. banyak ilmu yang diperolehi dalam masa yang singkat ini..

berbaris2! kata saudara affandi =)

seni sungguh rambut dia :)


sekian :)
Selasa, 15 Februari 2011
Posted by fandi

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada para pembaca

Assalamualaikum semua pembaca

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada para pembaca afundee-photography.com sekalian. di samping kita membuat aktiviti harian perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. semoga semua amalan kita diberkati dan diredhai oleh Allah..

sambil-sambil merakam gambar kita boleh juga selawat =)

insyaAllah esok saya akan ke Putrajaya untuk merakam gambar menarik di sana.. sesiapa yang nak jumpa lepak-lepak sambil berkongsi tips boleh hubungi saya 0134553504 (fandi)..

sekian

:)
Isnin, 14 Februari 2011
Posted by fandi

newborn - baby marissa 3 - mini studio setup






Jumaat, 11 Februari 2011
Posted by fandi

Selamat hari lahir Isma Humayraa

assalamualaikum semua

apa khabar semua? harap semuanya sihat sejahtera. bagaimana dengan cuti pada tahun baru cina yang lepas? harap semuanya ok =)
saya juga pergi bercuti ke Utara bertemu dengan sahabat-sahabat lama dan balik dari Utara saya terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. hampir 16jam memandu dari Kedah ke Melaka =(

ok pada entry kali ini saya nak cerita tentang sambutan hari lahir adik Isma Humayraa atau nama manjanya Yaya pada minggu lepas. Rakaman dilakukan di Bukit Subang selangor tempat adik Yaya sekolah bersama rakan saya Suhaimi Semiclick.












bersama keluarga tercinta =)


semoga dipanjangkan Usia dan Dimurahkan rezeki ..amin

untuk anda yang ingin melihat sampel Custom Album birthday adik Yaya bolehlah ke page Suhaimi Semiclick

semoga terhibur..sekian =)
Selasa, 8 Februari 2011
Posted by fandi
Tag :

sport photography - Le Tour De Langkawi

assalamualaikum semua

hari ini berakhir la acara LTDL yang sering diadakan setiap tahun. saya berkesempatan merakam beberapa aksi LTDL pada hari ini. namun tidak sempat nak ke dataran merdeka untuk acara penamat disebabkan oleh jalanraya yang ditutup bagi memberi laluan kepada peserta LTDL. tetapi saya berjaya merakam beberapa aksi semasa pulang dari sungai buloh. kebetulan pula jalanraya ditutup pada waktu itu dan kebetulan pula saya dan rakan baru pulang dari job fotografi di bukit subang dan membawa kamera =)



kami hanya terlewat beberapa saat sahaja sebelum jalan ditutup. dan dalam sekelip mata sahaja jalan dah sesak 

kami pun menunggu ketibaan para peserta LTDL untuk lalu dikawasan tersebut. sebelum tu main-main panning sikit =)

agak lama juga tunggu di sana sampaikan ada yang berteduh dengan payung =)

setelah sekian lama menanti akhirnya nampak kelibat peserta pendahulu. masa itu peserta Malaysia mendahului peserta lain. punya la semangat menyokong =)

Malaysia Boleh!

selang beberapa saat selepas peserta Malaysia tersebut ialah sekumpulan besar peserta lain.

sahabat saya abang mie ( semiclicks photography ) turut bersama merakam gambar =)



kelibat peserta Malaysia




peserta hanya mengambil masa kurang 1 minit untuk melalui kawasan tersebut namun pihak berkuasa telah siap sedia menjamin keselamatan peserta dengan menutup jalan seawal 40 minit sebelum peserta sampai.. walaupun kepanasan namun semua orang sabar menanti dan bersorak sama menyokong pasukan kegemaran masing-masing =)


ok dah habis cerita pasal tu kini saya cerita pula kaedah yang saya gunakan semasa merakam gambar- gambar tersebut.

mode: Shutter priority ( kita mengawal shutter speed dan aperture dikawal oleh kamera )
Shutter Speed: 1/1600
ISO: 400
White balance : daylight

kenapa saya tidak menggunakan mode manual pada waktu itu? hal ini kerana mode manual memerlukan kepantasan untuk menukar setting terutama aperture disebabkan oleh perubahan cahaya yang mendadak. dengan menggunakan shutter priority saya hanya perlu fokus pada 1 setting sahaja isitu mengawal shutter speed dan aperture dikawal oleh kamera untuk mendapatkan exposure yang betul dan gambar yang ingin saya rakam berjaya dirakam..

tidak semestinya seseorang itu perlu menggunakan mode manual 100%. kita perlu tahu kehendak kita dan gambar yang ingin dirakamkan. itu sebablah walaupun pada kamera semahal 100 ribu ringgit sekalipun tetap ada mode PSAM =)


sekian

p/s: berdoa agar rakyat Malaysia di Mesir selamat..amin
p/s: cadangan next outing ?
p/ss: contest ditangguhkan ke masa yang ditetapkan kelak =)
Selasa, 1 Februari 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography