Archive for September 2010

jelajah lagi- grand mosque Abu dhabi

hujung minggu lepas saya berpeluang melawat ke sebuah masjid yang merupakan ke 3 terbesar di dunia. masjid tersebut terletak di bandar Abu Dhabi. saya sangat mengagumi seni bina yang mereka telah bina. masjid tersebut mampu menampung seramai 10000 jemaah dalam satu masa.. memang besar.. penat juga nak berjalan seluruh masjid.. sila la jamu mata melihat gambar-gambar yang saya rakam.. Subhanallah..
































Selasa, 28 September 2010
Posted by fandi
Tag :

Nantikan kemunculan Ebook fotografi saya =)

salam semua

saya sekarang sedang mengusahakan sebuah ebook fotografi yang merangkumi aspek-aspek penting dalam memahami fotografi seperti asas2 fotografi, kaedah2 merakam, teknikal tentang fotografi dan informasi tentang fotografi seperti fotografi perkahwinan, landskap, potret dan sebagainya..

jadi sila tunggu kemunculan ebook tersebut.. =)

ON
Ahad, 26 September 2010
Posted by fandi
Tag :

low light

salam.. entry kali ni tentang low light photography.. apa yg dimaksudkan dengan low light? low light maknanya kurang cahaya.. biasanya apabila waktu malam yang mana hanya disinari dengan cahaya lampu.. namun kita boleh menghasilkan gambar yang menarik walaupun pada masa cahaya kurang..

apa yang kita berlukan adalah sebuah sebuah tripod sebagai peneman kamera.. tripod sangat2 diperlukan kerana apabila cahaya kurang, kita memerlukan shutter speed yang sangat perlahan untuk mendapatkan gambar yang bagus dan tidak gelap.. sebagai contoh shutter speed 30 saat..jadi tidak mungkin kita boleh memegang dengan tangan tanpa bergetar selama masa tersebut..pasti gambar menjadi kabur.. jadi dapatkan tripod!! =)


 


  

pastikan anda guna iso paling rendah, aperture kecil dan shutter speed yang perlahan.. untuk gambar2 di atas saya menggunakan iso100, aperture 16-22 dan shutter 6-30 saat..

selamat mencuba ok =)

ON

Selasa, 21 September 2010
Posted by fandi

sunset lagi!!

salam semua.. anda suka sunset? saya sangat menggemari sunset... ia sangat menenangkan bila kita melihat matahari terbenam.. sungguh indah ciptaanNya kan.. dan semestinya sewaktu sunset sangat cantik jika kita dapat merakam gambar sunset tersebut.. dengan ditambah sedikit resepi maka gambar kita boleh jadi sangat menarik.. antara gambar yang kita boleh hasilkan semasa sunset adalah silhouette, landskap dan sebagainya..


  

  



apa yang saya rakam di atas merupakan moment yang sangat menarik.. 2 gambar terakhir adalah saya kandid. ia sangat menarik bagi saya kerana sangat romantik.. =)
anda boleh melihat entry2 yang lepas untuk mengetahui kaedah merakam gambar seperti di atas..selamat mencuba..

ON

Isnin, 20 September 2010
Posted by fandi

rencah dalam gambar= garisan, perspektif, simetri dan lain2..

rencah dalam gambar adalah sesuatu yang boleh kita jadikan menarik bila kita rakam dengan betul..kita boleh meletakkan elemen2 garisan, simetri, lengkungan, perspektif dan sebagainya di dalam gambar kita.. apa yang perlu kita lakukan adalah dengan FRAME kan dengan sebaiknya..


 

 

saya rakam semasa berada di Dubai.. kita biasa melihat senireka2 yang mempunyai rekabentuk menarik dan seni.. jadi gunakan ia sebagai rencah dalam gambar anda..mungkin sedikit sebanyak gambar-gambar di atas memberi sedikit idea bagaimana anda dapat merakam gambar-gambar berunsur garisan dan lain2 dengan baik.. pastikan garisan horizontal adalah tidak sengat. anda boleh baca entry sebelum ini tentang garisan horizontal..
selamat mencuba.. =)



Khamis, 16 September 2010
Posted by fandi

Beraya di abu dhabi dan dubai =)

salam semua reader.. apa khabar? harap semuanya sihat..
bagaimana sambutan hari raya anda? harap2 semuanya meriah.. dalam kita bergembira di hari raya jangan lah kita lupa pada yang tidak senasib dengan kita.. =)

sambutan hari raya saya pada tahun ini merupakan yang pertama kali tanpa keluarga tercinta kerana saya ada tugasan di luar negara iaitu di Abu Dhabi UAE =(

walaupun begitu ia juga merupakan pengalaman baru dalam hidup saya untuk menyambut perayaan di sini.. Alhamdulillah dapat juga bertemu orang malaysia di sini semasa beraya di kedutaan.. dan lebih bernasib baik lagi saya dan rakan2 di ajak untuk ke dubai oleh sahabat yang baru kami kenali iaitu pasangan dari malaysia encik Zul dan Puan Siti =)

sesuatu yang menarik untuk dikongsi.. mungkin anda berpeluang ke Abu Dhabi dan Dubai pada masa akan datang =)

warga kedutaan malaysia dan rakyat malaysia yang bekerja di abu dhabi
merasa juga masakan malaysia di sana walaupun rasanya agak kurang =)

saya dan rakan-rakan sejawatan bergambar di kedutaan

saya di depan kedutaan malaysia

malaysia tetap di hati =)



gambar Burj Khalifa yang saya tangkap dari kereta

gambar hotel 7 bintang Burj Al Arab Dubai



menara tertinggi di dunia =)

senyum =)

ia merupakan pengalaman baru dalam hidup saya.. gambar-gambar tersebut merupakan gambar pada hari raya pertama.. sayangnya saya tidak membawa baju raya sewaktu berangkat ke UAE. pertama kali juga pakai Tshirt pada hari raya pertama =)..

ada banyak gambar yang saya nak kongsikan.. mungkin bukan di blog.. anda boleh add saya di facebook untuk melihat lebih banyak gambar di fendi_taurus87@yahoo.com =)

jumpa lagi..

selamat hari raya maaf zahir batin

ON




Isnin, 13 September 2010
Posted by fandi
Tag :

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography