Archive for Januari 2011

nak puas hati cuba print gambar besar-besar =)







Jumaat, 28 Januari 2011
Posted by fandi
Tag :

newborn - baby marissa 2 - tips pencahayaan ringkas

pada entry yang lepas saya ada cakap yang saya akan kongsikan bagaimana saya merakam gambar baby marissa.. disebabkan saya merakam dalam ruangan rumah maka cahaya yang ada pada waktu itu adalah cahaya lampu florescent dan agak tidak sekata serta malap.

jadi saya menggunakan 1 cahaya tambahan iaitu 1 speedlight dan 1 wireless trigger.



hasil gambar tanpa penggunaan flash. gambar agak gelap dan cahaya tidak sekata. dan memerlukan shutter speed yang amat perlahan untuk mendapatkan exposure yang baik.

gambar dengan menggunakan flash. gambar lebih cerah dan sekata dan warna lebih menyerlah.


gambar di atas menunjukkan bagaimana pencahayaan dilakukan. saya menggunakan 1 flash yang diaktifkan oleh 1 wireless trigger. dengan menghalakan flash ke atas iaitu ke arah siling putih maka cahaya yang dipantulkan oleh siling tersebut lebih luas dan lebih lembut. jika rumah tersebut tidak mempunyai siling putih maka anda boleh menggunakan cardboard putih sebagai ganti. kaedah ini juga amat sesuai digunakan untuk merakam mana-mana potret indoor dan produk.



selamat mencuba =)
Khamis, 27 Januari 2011
Posted by fandi

newborn - baby marissa

assalamualaikum semua

2 minggu lepas saya merakam gambar newborn baby. nama baby tersebut ialah marissa. dah 2 minggu baru nak upload =)
semasa dirakam bayi ini baru berusia 9 hari. agak takut juga nak pegang bayi yang baru lahir ni maklumlah keadaan bayi yang masih lagi sensitif kepada persekitaran. 
bayi dalam lingkungan umur begini amat sesuai untuk merakam 'detail' yang ada pada bayi tersebut seperti rambut, tangan, kulit, mata, bibir dan sebagainya..

kesemua gambar dirakam menggunakan kamera kompak beserta 1 speedlight =)



kulit yang masi mengelupas















dibawah ini beberapa sampel editing custom album untuk baby marissa.. 



pada entry akan datang saya akan kongsikan bagaimana nak rakam gambar bayi dengan menggunakan setting lighting yang mudah untuk mendapatkan cahaya yang sekata..buat masa ni enjoy dulu gambar ya. jumpa lagi =)

p/s: jika berminat untuk saya merakam gambar bayi anda atau untuk majlis-majlis lain boleh la lihat sebut harga dan pakej-pakej fotografi di SINI

p/ss: layari http://semiclicks.blogspot.com/ untuk melihat hasil wedding photography dan majlis-majlis lain yang beliau rakam. jangan lupa singgah ke flickr beliau untuk lebih banyak gambar di http://www.flickr.com/semiclicks
Selasa, 25 Januari 2011
Posted by fandi

outing thaipusam 2011- 1


Assalamualaikum semua

lama juga tidak update blog.. namun saya ucapkan terima kasih kepada semua pelawat yang sudi melawat walaupun blog ini agak kurang info =)

ok pada minggu lepas saya dan beberapa orang rakan pergi ke Batu Caves untuk merakam perayaan Thaipusam. ia merupakan kali pertama bagi diri saya. agak menakjubkan bagi pertama kali datang ke sana. dan juga menakutkan.

lebih 300 keping gambar saya rakam. namun hanya yang terpilih yang saya upload dalam blog ini. saya menggunakan Tone Cinematic dari photoscape bagi menambah mood pada gambar. enjoy ok =)














Isnin, 24 Januari 2011
Posted by fandi
Tag :

outing broga 2 - natural light portraiture

salam semua

rancangan asal semasa di broga dalah untuk merakam sunrise. namun disebabkan oleh cuaca mendung pada waktu itu maka sunrise yang ditunggu-tungguu tidak kelihatan..

namun untuk pengetahuan anda semua, cahaya semasa hari mendung adalah sangat sesuai untuk merakam potret!

hal ini kerana cahaya matahari yang terang telah ditapis oleh awan dan ia menghasilkan cahaya yang lembut. awan seolah-olah telah bertindak sebagai diffuser yang besar. cahaya yang lembut menghasilkan warna yang natural dan lembut.

model cilik kali ini adalah adik dina. anak kepada abang iwan dari melaka ( baca entry lepas )


cahaya sisi menghasilkan kesan yang menarik dalam potret. anda boleh cuba sendiri =)

abg iwan pun turut menjadi model

sahabat saya iwan juga turut menjadi model. masih menggunakan kaedah side lighting dari cahaya matahari



apabila kita membelakangkan cahaya maka penggunaan flash adalah penting untuk mendapatkan gambar yang cerah pada wajah. jika tidak gambar latar belakang akan terang dan wajah akan gelap. jadi semasa hari siang juga flash amat berguna =)

sahabat saya hafizul dengan kamera filemnya. gambar ini dirakam menggunakan kamera kompak dengan setting black and white terus dari kamera.

sahabat saya badli yang berekspressi =P

close up wajah sahabat saya shahrizal dari melaka..



adik dina dengan tone cinematic ( baca tutorialnya di SINI)

dan badli bersama kamera LOMO DIANA -bagi kesan film sket =)


selain tips natural light saya selitkan sekali sedikit manipulation. kadangkala gambar yang kita rakam tidak nampak menarik dengan warna asal.. jadi dengan sedikit editing ia boleh menjadi menarik. jenis editing yang saya minat adalah black and white dan kadang kala cinematic tone.

diharapkan entry kali ini memberi anda sedikit idea dan ilmu tentang natural light photography.

sekian 


Selasa, 18 Januari 2011
Posted by fandi
Tag : ,

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography