Archive for April 2011

Musuh Utama kamera DSLR

Assalamualaikum..

pertama sekali nak ucap pada semuae yang dah join kontes.. teruskan join sebab lepas tarikh tutup kita kan buat segmen undi gambar pulak ye.. sila tunggu =)

ok pada hari ini saya nak kongsi tentang musuh utama DSLR. selain kelembapan yang menyebabkan FUNGUS pada lensa. musuh yang paling utama yang mana risikonya lebih tinggi berbanding mendapat fungus adalah HABUK!!

habuk merupakan musuh utama yang selalu mencacatkan gambar yang dirakam. gambar di bawah menunjukkan bagaimana bentuk habuk yang terakam pada gambar kita:



gambar pertama adalah gambar asal dan gambar kedua saya tandakan lokasi-lokasi habuk yang melekat pada sensor atau lens kita. klik gambar untuk lihat yang lebih besar.

kaedah mengatasi habuk ada beberapa cara:

1) cuci lensa dan sensor menggunakan Blower sebelum merakam
2) menggunakan kain microfiber atau lenspen untuk mencuci lens dan filter.
3) hantar ke service center kamera anda untuk service buang habuk pada sensor jika anda ragu-ragu untuk buat sendiri di rumah.
4) menggunakan perisian photoshop, GIMP dan perisian-perisian manipulasi gambar yang lain untuk membuang kesan-kesan habuk pada gambar.
5) menggunakan fungsi "dust removal" yang terdapat pada sistem kamera anda sendiri ( selalunya kurang berkesan)
6) tidak menukar lensa di kawasan terbuka atau berangin.
dan macam- macam lagi cara..

habuk yang degil akan melekat pada sensor dan jika kaedah yang salah digunakan untuk membuang habuk ia akan menyebabkan sensor kamera rosak = kamera rosak. jadi sentiasa lah memastikan kamera anda bersih dari habuk..

diharapkan entry kali ini memberi informasi yang berguna kepada anda =)

sekian...



Khamis, 28 April 2011
Posted by fandi

landskap- daytime slow shutter

daytime slow shutter merupakan salah satu kaedah slow shutter bagi merakam pergerakan kabur " motion blur" pada hari siang. ia juga digunakan untuk merakam lanskap .

kaedah yang digunakan dalah dengan menggunakan filter yang dinamakan Neutral Density Filter ( ND filter) yang menapis sebahagian besar cahaya bagi membolehkan shutter speed diperlahankan pada hari siang.. ini akan menghasilkan gambar yang seolah-olah seperti kapas contohnya pada air laut yang bergerak.









gambar-gambar diatas menggunakan beberapa filter termasuk filter berwarna ungu dan juga plastik cermin mata sebagai experimen untuk menghasilkan kesan warna-warna yang pelbagai. shutter speed yang digunakan adalah dalam lingkungan 6 -20 saat dan aperture dalam lingkungan 10 - 29.

diharapkan anda terhibur dan mendapat informasi pada entry kali ini.. 

jom join kontes.. penyertaan masih dibuka.. hadiah wang tunai menanti rakan-rakan blogger =)


sekian



Isnin, 25 April 2011
Posted by fandi

berhujung minggu di kg

assalamualaikum semua.. selamat berhujung minggu buat rakan2 blogger.. weekend ni saya berada di melaka.. esok saya merancang untuk merakam sunset di tanjung bidara.sape2 yang ada di melaka esok dan merancang nak turut serta boleh hubungi saya ok..

masih menunggu penyertaan rakan2 blogger menyertai contest gambar sunset..jom2 :)

selamat berhujung minggu

sekian
Ahad, 24 April 2011
Posted by fandi

ekspressi








ekspressi kanak-kanak merupakan ekspressi yang jujur. mereka tidak pandai nak ber "posing" sebagaimana orang dewasa. segala perbuatan mereka adalah lahir dari diri mereka dan ini yang membuatkan ia sesuatu yang menarik untuk dirakam =)

saya tambah sedikit tone purple supaya ia menghasilkan warna dan mood yang berbeza pada gambar. toe masih dibuat menggunakan photoscape. nak tau macam mana nak hasilkan tone macam ni ? =)
Khamis, 21 April 2011
Posted by fandi
Tag :

shallow depth of field


bahan-bahan:
1) kamera ( kompak atau dslr )
2) kit lens dan zoom pada 55mm atau mode macro pada kompak
3) set pada exposure yang sesuai. mode manual atau aperture priority
4) fokus pada kawasan yang ingin difokus
5) klik 


Selasa, 19 April 2011
Posted by fandi
Tag :

so fresh / menyegarkan =)


jom minum.. tengahari macam sekarang ni memang sedap minum ais =)
Posted by fandi

jauh mata memandang

lokasi: puncak titiwangsa.
Posted by fandi
Tag :

stand still

Isnin, 18 April 2011
Posted by fandi

contest contest contest!

salam semua pembaca

contest bermula lagi. jom cepat2 sape2 pun leh join. ikut syarat2 seperti sticky entry di atas ye.. =) =)

sekian
Jumaat, 15 April 2011
Posted by fandi

Landskap- hijau dan biru sukar dipisahkan....=)










Isnin, 11 April 2011
Posted by fandi

Usaha untuk dapatkan gambar yang kita kehendaki =)

Assalamualaikum semua..

lama juga terabai blog ni. maklum lah saya agak sibuk dengan tugasan harian. namun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat dan pembaca blog walaupun agak kurang update terbaru. Alhamdulillah blog afundee-photography.com semakin mendapat tempat dalam kalangan fotografer dan peminat fotografi dengan rating pelawat yang semakin meningkat. terima kasih =)


dalam hidup ini setiap orang mesti ada impian ( target )

begitu juga dalam fotografi. kita semestinya ada target iaitu gambar yang kita hendak dan berusaha untuk mendapatkannya. hal ini kerana kita mungkin akan terlepas momen tersebut selama-lamanya.

saya ternampak seekor labah-labah. dan kebetulan saya memegang kamera kompak saya. saya target nak rakam gambar penuh labah-labah tersebut. agak sukar juga kerana labah-labah tersebut pemalu orangnya =)

mula-mula nak pujuk tu susah jugak. tengok tu dia hanya tunjuk belakangnya saja =)

lepas tu dia lari ke bawah daun. 

masih lagi malu nak dirakam gambarnya =)


lepas tu dia pun naik ke atas dan apabila saya mengubah sudut ke atas dia pun turun ke bawah. letih nak kejar tapi sebab saya nak pastikan saya nak dapat gambar labah-labah ni saya cuba lagi =)

selepas agak lama saya pujuk dia mula ok sikit. maklum lah tak biasa =)

dan akhirnya dia bersetuju untuk gambarnya dirakam.

akhirnya. impian saya tercapai setelah agak lama memujuk labah-labah tu untuk dirakam gambarnya =)

jadi moral kepada cerita ni adalah, berusaha untuk mendapatkan apa yang kita nak. bukan sahaja dalam fotografi tetapi juga dalam kehidupan. diharapkan entry kali ini memberi informasi dan nasihat yang berguna. sekian =)

Selasa, 5 April 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography