Archive for Ogos 2012

Info Kamera - Lensa termahal di Dunia!!

Assalamualaikum semua

hari ini saya akan melancarkan satu segmen baru iaitu mengenai "Info Kamera". Segmen ini akan mengupas sebarang produk atau berita menarik tentang produk fotografi dan juga ulasan atau "review" saya dalam bahasa Malaysia mengikut pandangan saya.

Tajuk pertama pada hari ini saya akan berkongsi tentang " Lensa termahal di Dunia".

Lensa yang dimaksudkan adalah:

Leica APO-Telyt-R 1:5.6/1600mm iaitu "prime lens" yang terpanjang, terbesar dan terberat pernah dihasilkan oleh syarikat gergasi fotografi di German iaitu Leica. Harga bagi lensa tersebut adalah $2,064,500 atau dalam ringgit Malaysia RM 6.4 Juta!!!


Lensa tersebut menggunakan "Mount" Jenis "R type" iaitu kamera filem R series yang dikeluarkan oleh Leica. Hanya terdapat 2 buah lensa sahaja di dunia bagi jenis ini dan yang satu lagi merupakan prototaip yang disimpan di Solm,German.

Lensa tersebut merupakan tempahan khas yang ditempah oleh Peminat fotografi antara yang terkaya di dunia iaitu Putera Qatar Saud Bin Muhammed Al Thani. Selain itu juga dilaporkan Putera tersebut juga membeli sebuah Mercedes Benz yang ditempah khas sebagai "tripod bergerak" untuk membawa lensa tersebut ke mana-mana sahaja lokasi yang diingini.

walaubagaimanapun masih belum terdapat lagi contoh gambar yang disiarkan secara rasmi dari penggunaan lensa tersebut.

Sememangnya jenama Leica merupakan jenama yang termahal dan paling eksklusif di dunia pada masa kini.

Sumber:

 http://www.petapixel.com/2012/08/27/the-worlds-most-expensive-camera-lens/
Khamis, 30 Ogos 2012
Posted by fandi

Perkhidmatan fotografi dibuka dan promosi!!!

Assalamualaikum semua

pertama sekali saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca sekalian..

semoga andda semua ceria di samping keluarga..

Insha Allah afundee.photography.com akan membuka semua khidmat fotografi kepada anda semua..

sebarang maklumat atau pakej fotografi boleh email kepada saya fi afundee.photography@gmail.com atau boleh hubungi langsung di 0134553504.

bersempena dengan hari raya ini saya memberi promosi sehingga 25% untuk 5 pelangan pertama sahaja untuk sebarang pakej yang disenaraikan di page pakej..

jadi sila hubungi saya segera untuk maklumat lanjut..

sekian terima kasih

Jumaat, 24 Ogos 2012
Posted by fandi

Selamat Hari Selasa : Mode Hijau Bumi Tuhan. JOm layan

Jom layan beberapa keping gambar hijau yang saya sempat rakam beberapa hari lepas. dapat merehatkan minda dan mata setelah penah bekerja. gambar dirakam menggunakan kamera kompak.








Selasa, 14 Ogos 2012
Posted by fandi

Hampir 3 bulan menyepi akhirnya kembali :)

Assalamualaikum semua.

Kiranya belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan Muslim sekalian. semoga di Bulan Ramadan yang mulia ini kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik dan lebih baik berbanding Ramadan yang lalu..

Alhamdulillah.. setelah hampir 3 Bulan saya menyepi dari menulis sebarang entry dan kini saya telah kembali semula.. ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca yang masih setia dengan blog saya walaupun sudah lama tak update.

Tujuan saya menyepi diri selama hampir 3 bulan adalah untuk berehat panjang dari dunia blog dan fotografi dan menumpukan kepada kehidupan peribadi saya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan kini saya kembali dengan lebih banyak informasi dalam fotografi.

Antara yang telah berlaku dalam hidup saya :)



Menamatkan zaman bujang :)

Alhamdulillah saya telah selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati saya sendiri. saya mengharapkan saudara saudari pembaca dapat mendoakan kami bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat insya Allah

dan saya juga telah membuat keputusan untuk menjalankan fotografi secara sepenuh masa Insya Allah. projek seterusnya saya dalam proses membuka Kedai Gambar di Melaka. Insya Allah saya akan update tentang kedai dan perkhidmatan yang bakal saya sediakan.

itulah antara sebab kenapa saya mendiamkan diri selama 3 bulan ini.. Insya Allah selepas ini akan lebih banyak update terkini dan info-info menarik akan saya kongsikan dalam blog ini. 

Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong saya.

Sekian coretan saya.



Ahad, 12 Ogos 2012
Posted by fandi
Tag :

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography