Archive for 2010

jalan-jalan di KLCC =)

salam semua

lama juga tidak ke klcc sejak ke luar negara. rindu suasana KL. nasib baik ofis dekat dengan klcc =)
layan....



























Rabu, 29 Disember 2010
Posted by fandi

sudah berada di malaysia. saya nak outing. ada cadangan?

salam semua

Alhamdulillah sudah selamat sampai di Malaysia tercinta. sudah beberapa hari juga terbengkalai blog ni. susah nak dapat talian internet semasa di kampung. sekarang saya sudah berada di KL.

lama juga tak outing di sekitar KL-selangor. ada cadangan tempat dan waktu yang menarik nak outing?

sape2 ada cadangan boleh letak diruangan komen. insyaAllah jika ramai yang "free" kita boleh adakan sesi "sharing" tips2 fotografi =)
Isnin, 27 Disember 2010
Posted by fandi

Selamat tinggal bumi Houston..

salam semua

hari ini saya akan berangkat pulang ke tanah air.. tak sabar rasanya nak berjumpa keluarga dan rakan-rakan.. lama juga merantau ke tempat orang. akhirnya semua dah berakhir..=)

saya mengharapkan doa rakan-rakan pembaca agar saya dan rakan-rakan selamat sampai ke Malaysia. insyaAllah aktiviti fotografi sesudah saya sampai di malaysia pasti akan menarik. jadi tunggu ya =)

dijangka sampai Malaysia pada jumaat jam 220ptg =)


ok barang-barang pun sudah "packed" =)


kita jumpa di Malaysia ok =)

salam

Khamis, 23 Disember 2010
Posted by fandi
Tag :

Video Tutorial Editing- membersihkan wajah potret menggunakan GIMP

salam semua.

pada kali ini saya akan mempersembahkan video tutorial pertama saya menggunakan perisian GIMP. anda boleh download perisian percuma tersebut di sini




saya harap dengan pendekatan menggunakan video kali ini menambahkan pemahaman anda. saya akan membuat pelbagai lagi video tutorial pada masa akan datang. sebarang komen dan cadangan amat dialu-alukan.

sekian terima kasih =)

salam


Selasa, 21 Disember 2010
Posted by fandi

belajar dapatkan gambar pada kali pertama merakam dan jangan buang masa untuk "edit" kemudian

salam

wah panjangnyer tajuk kali ni.. =)
entry kali ini adalah berunsur nasihat untuk diri saya dan untuk pembaca sekelian.

di zaman digital masa kini memang sudah menjadi "trend" untuk kita "edit" gambar sesudah kita merakam. "edit" yang saya maksudkan adalah seperti membetulkan kecerahan gambar, garizan horizontal, "cropping" dan sebagainya. ia berbeza dengan "edit" untuk grafik dan sebagainya.

namun jika kita kaji semula tempoh kita edit gambar-gambar tersebut kadangkala lebih lama dari kita merakam gambar tersebut. satu gambar mungkin mengambil masa sehingga 10 minit untuk diperbaiki. bayangkan jika beratus-ratus gambar? mungkin masa yang kita gunakan untuk "edit" lebih baik digunakan untuk kita memperbaiki kaedah dan teknik fotografi kita supaya pada masa akan datang kita akan dapat gambar yang terbaik pada kali pertama kita merakam gambar tersebut.

jika kita mengharapkan kita akan baiki gambar kita kemudian maka sebenarnya kita tidak akan "improve" dari segi teknik. kita mungkin akan "improve" dalam "editing" tetapi apakah fotografi kalau bukan untuk mendapatkan gambar yang baik semasa merakam? kerana "editing" bukan lagi dinamakan fotografi tetapi "editing".

tidak salah untuk "edit" jika kita sudah mahir dalam fotografi dan untuk menambah baik gambar seperti potret dan sebagainya tetapi bukan untuk membuang masa untuk membetulkan kesilapan seperti kecerahan, white balance, "cropping" dan sebagainya yang kita boleh lakukan semasa kita merakam. masa itu emas jadi gunakan dengan sebaik-baiknya.

ia hanya pendapat peribadi saya dan mungkin bersifat subjektif bagi sesetengah pihak.. jangan ambil hati ya =)

sama-sama merenungkan. ia bukan sahaja untuk fotografi semata-mata tetapi apa jua dalam hidup kita. berusaha untuk dapatkan yang terbaik pada kali pertama dan tidak membuang masa untuk memperbaiki kesilapan di masa akan datang.

sekian

salam

ON
Isnin, 20 Disember 2010
Posted by fandi
Tag :

entry khas - jamuan perpisahan rakan-rakan di houston

salam semua.. entry kali ni khas untuk rakan-rakan saya semasa berada di houston. akhirnya kursus selama 4 bulan tamat akhirnya. 4 bulan yang paling susah dalam hidup saya.hehe.. namun alhamdulillah semua lulus dalam kursus tersebut yang mana kalau tak lulus maka berakhir lah kerjaya dalam company. banyak kenangan yang telah saya alami bersama-sama mereka-mereka. terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana banyak membantu saya semasa kursus tersebut =)

instructor saya yang bernama mary k. pace. seorang yang sangat berpengalaman dan sangat mengambil berat. terima kasih atas tunjuk ajar =) 

instructor saya bernama Krishna Ramani yang berasal dari india. sangat hebat dan juga tegas dalam pembelajaran tetapi menjadi rakan yang baik selepas waktu kerja. terima kasih atas tunjuk ajar =)

pegawai admin iaitu elainne Gillam yang menguruskan keperluan dan tempat tinggal semasa kami semua berada di houston. seorang yang amat peramah dan kuat gelak =)

Bos saya federico sokolowski yang berasal dari Argentina. seorang bos yang sangat peramah. dan selaku bos beliau juga sangat mengambil berat hal keselamatan dan tegas dalam menjalankan tugas 


ok sekarang rakan sekerja iaitu Martin yang berasal dari Norway. 

Sheryl Liaw yang berasal dari Sarawak Malaysia yang akan ditugaskan ke Brazil. semoga berjaya

Yonna yang berasal dari Jakarta Indonesia dan sedang berbadan dua. semoga selamat pulang dan selamat melahirkan anak nanti 

John Sathoff yang duduk di sebelah saya dan merupakan pelajar yang paling pintar dalam kursus tersebut.


Haryo yang berasal dari Indonesia. seorang yang pintar juga dan antara yang paling hebat dalam kalangan kami yang datang dari asia tenggara.


ana cristina yang berasal dari Mexico. banyak membantu saya semasa di kelas. sangat ramah dan baik. ditugaskan di atas kapal. semoga selamat nanti bertugas di kapal.

Pedro yang berasal dari Brazil dan akan ditugaskan di Rio Brazil. sangat "out going" tetapi kawan yang baik. semoga jumpa lagi pada masa akan datang. maaf gambar kabur pulak =(

Arthur yang berasal dari Canada. juga akan ditugaskan di Kapal bersama Ana. semoga selamat dan menjalankan tugas dengan baik. kawan yang baik dan sedikit kebudak-budakan walaupun umur da 29.

 Barret yang berasal dari Danver Colorado seorang yang ramah dan kawan yang baik

veronica Hawley. ditugaskan di Houston. sudah berkahwin dan merupakan seorang yang bijak juga. banyak membantu saya semasa kursus pertama di Abu Dhabi. selamat bertugas.

Katy Jansen seorang yang agak pendiam. ditugaskan di Houston juga. tetapi suka tolong hantar saya balik apabila balik lewat dari tempat kerja. terima kasih Katy!! =)

nama dia Nada. berasal dari Libya dan akan ditugaskan di Libya jugak. selamat bertugas.

Rana yang juga berasal dari Libya. sangat petah berbahasa inggeris. dan pintar. 



Cara Montgomery yang berasal dari Dallas Texas. dan ditugaskan di Houston. antara yang paling hebat dalam kelas. seorang yang sistematik. maaf gambar agak kabur =(

Joshua yang berasal dari Houston dan ditugaskan di Houston. sangat pendiam tetapi cepat belajar dan juga banyak membantu saya memahami apa yang dipelajari. terima kasih

Sessil Wilson yang berasal dari Austin Texas dan ditugaskan di Houston. bijak dan peramah. selamat bertugas

Nathaniel yang berasal dari Danver Colorado dan akan ditugaskan di Houston. Pelajar paling pintar dalan fasa 1. tahniah =)

Thomas Mason. antara yang saya paling rapat dalam kalangan orang-orang US. sangat peramah dan mempunyai minat yang sama dalam muzik. jadi bila dengar muzik sama-sama masing-masing akan naik gila. hehehe. akan ditugaskan di Houston dan berasal dari California.

Annas yang berasal dari Indonesia. peramah dan kawan yang baik. moga berjumpa lagi.

Mahathir yang berasal dari Sarawak dan akan ditugaskan bersama saya di Kuala Lumpur. selalu berbincang bersama-sama menyelesaikan masalah pelajaran yang dihadapi. kawan yang baik dan peramah. selamat berjaya.


Iqlima Ahmad Rostam. merupakan rakan sekelas di USM dan kali ini rakan sepejabat di Kuala Lumpur. selamat bertugas. terima kasih atas kerjasama yang diberikan =)

Wani Abdullah. Mek kelate yang juga merupakan rakan sekelas di USM dan akan ditugaskan di Algeria. semoga selamat berada di tempat orang di sana. terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

dan akhirnya saya sendiri. akan ditugaskan di Kuala Lumpur. rambut dan janggut pun sudah panjang =)

bergambar kenangan untuk Wani dan Sheryl dari Malaysia yang akan bertugas di Algeria dan Brazil. jumpa lagi kawan. moga selamat di sana dan kerja sungguh-sungguh =)

terima kasih kawan-kawan. moga jumpa lagi pada masa akan datang.

untuk pembaca. rakaman semua dirakam menggunakan cahaya semulajadi dari tingkap dan menggunakan aperture 2.4 . 


salam



Sabtu, 18 Disember 2010
Posted by fandi
Tag :

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography