Archive for September 2012

Pemberitahuan: Blog tidak aktif sementara waktu

Assalamualaikum

Blog ini tidak akan aktif untuk beberapa ketika disebabkan oleh saya sedang melakukan perpindahan lokasi dan pengubahsuaian premis perniagaan saya di Melaka pada masa ini. Namun sebarang pertanyaan atau informasi mengenai apa-apa tentang fotografi masih saya boleh response melalui email afundee.photography@gmail.com atau call 0134553504. Terima kasih kepada anda yang masih setia membaca blog saya ini.

Sekian terima kasih

Fendi
Jumaat, 28 September 2012
Posted by fandi

Kedai gambar dan fotostat saya sudah dibuka

Alhamdulillah

bermula pada 9/16/20012 Kedai Gambar dan Fotostat syarikat saya A Fun Dee Digital Enterprise telah selamat dilancarkan dan dibuka di Masjid Tanah Melaka.

Antara perkhidmatan yang saya sediakan adalah:
1. Studio famili potret
2. Fotostat
3. Gambar passport
4. Laminate
5. Binding
6. Khidmat Fotografi
7. Pusat Tusyen dan lain-lain.


Kedai saya terletak berhampiran Matrikulasi Londang Melaka dan bersebelahan Klinik 1Malaysia Londang.

Sebarang pertanyaan mengenai khidmat yang saya tawarkan boleh hubungi saya di talian 0134553504 atau email afundee.photography@gmail.com atau boleh datang terus ke kedai.

Sekian

Sabtu, 22 September 2012
Posted by fandi

Wedding - Afiqah & Safiudin (Pahang)

Assalamualaikum

Musim perkahwinan kembali!!
kali ini saya nak kongsikan beberapa gambar yang saya rakam pada minggu lepas di Janda Baik Pahang.

Pasangan merupakan rakan baik saya semasa di sekolah dahulu, mereka merupakan pasangan yang sangat sporting dan mudah untuk memberi kerjasama.

secara keseluruhan semasa outdoor saya menggunakan kamera Pentax K-X dan 90% lensa Rokinon 85mm f1.4 manual untuk gambar-gambar berikut.

jom layan :)

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.














































gambar terakhir adalah posing planking :)

Hubungi saya di 0134553504 atau email di afundee.photography@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau tempahan untuk majlis anda.

Sila share di fb atau twitter anda.

sekian
Jumaat, 21 September 2012
Posted by fandi

Info Kamera: "Entry level" Full Frame Nikon D600 dilancarkan

Beberapa hari lepas Syarikat gergasi kamera Nikon telah melancarkan sebuah kamera DSLR terbaru yang mempunyai format "Full Frame".

Kebanyakan pemilik laman web fotografi di seluruh dunia mengatakan model ini merupakan "entry level full frame" kerana dilancarkan dengan harga yang paling murah dalam kategori full frame jenama Nikon iaitu USD2000 untuk body sahaja. atau dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM 6500.


antara spesifikasi yang ditawarkan adalah:


  • 24.3MP Full-frame CMOS sensor (10.5MP DX-format crop mode)
  • ISO 100-6400 (expandable to ISO 50-25,600 equivalent)
  • Maximum 5.5fps continuous shooting
  • 39-point AF system with 9 cross-type AF points
  • 3.2in 921k-dot LCD screen
  • 1080p30 full HD video mode with stereo sound recording
  • Headphone jack for audio monitoring in movie mode
  • Uncompressed video recording via HDMI
  • Single-axis electronic level in viewfinder, duel-axis (pitch and roll) in live view
  • Dimensions: 141mm x 113mm x 82mm (5.5 × 4.4 × 3.2 in).
  • Weight: 760 g (1.6 lbs) (camera body only, no battery)
Dengan harga yang ditawarkan sememangnya ia lebih "murah" berbanding kamera DSLR full frame yang lain namun tidaklah murah untuk pengguna atau penggemar fotografi biasa. sememangnya kamera full frame mempunyai kelebihan berbanding APS-C iaitu mempunya dynamic range yang lebih bagus, kualiti gambar yang lebih baik dan sebagainya.

Untuk membaca entry penuh mengenai kamera ini anda boleh membacanya di LINK INI.
Isnin, 17 September 2012
Posted by fandi

Iphone 5 sudah dilancarkan!!

Baru-baru ini syarikat elektronik gergasi Apple telah melancarkan model iphone terbaru yang sudah dinanti-nantikan oleh peminat Apple iaitu Iphone 5.

Iphone 5 mengekalkan reka bentuk yang sama tetapi lebih besar dan lebih nipis serta lebih pantas berbanding Iphone 4s.





Spesifikasi Iphone 5:

Baca di SINI

Dari spesifikasi yang dikeluarkan selain ia lebih besar dan pantas terdapat peningkatan dari segi kamera yang dihasilkan. memang tidak dinafikan Iphone merupakan "telefon kamera" yang paling popular digunakan di dunia. pada kali ini iphone 5 mampu menghasilkan Panoramic Photo sehingga 28Megapixel. semestinya sudah cukup untuk print sebesar BillBoard!


Secara ringkasnya tidak ada banyak perubahan kecuali Lebih besar, nipis dan lebih pantas berbanding iphone sebelumnya. dan juga mengekalkan kamera 8 Megapixel yang terdapat pada Iphone 4s dan ini mungkin memberi sedikit kekecewaan kepada peminat produk Apple yang mungkin menjangkakan sesuatu yang luar biasa yang akan dikeluarkan oleh Apple.

Credit : Cnet.com dan apple.com


Jumaat, 14 September 2012
Posted by fandi

Street Photography : Jonker walk Street photography and street portraits

Salam semua.

Fotografi jalanan merupakan salah sebuah cabang fotografi yang merakam momen kehidupan manusia di jalanan secara kandid atau secara langsung. Ia dapat menceritakan atau mendokumentasikan kehidupan manusia dan sifat manusia secara spontan.

Selain itu juga di dalam street photography terdapat juga cabang yang dinamakan street portraiture yang merakam potret orang awam di jalanan dengan kebenaran mereka. Cabang ini memerlukan keberanian dan juga etika yang bagus untuk mendekati orang awam dan meminta kebenaran untuk merakam gambar mereka.

Pada hujung minggu lepas saya melakukan outing secara bersendirian di Jonker Walk Melaka dan berjaya merakam beberapa gambar street dan juga gambar potret jalanan. teknik pendekatan yang saya gunakan:

1) berada bersama dengan mereka
2) rakam secara dekat
3) jika mereka perasan mereka dirakam, senyum dan melambai tangan.
4) Jika dimarahi hanya minta maaf dan berlalu

4 teknik ini membuahkan hasil dan saya berjaya merakam gambar street dan potret di sana dengan mudah. berikut merupakan beberapa keping gambar yang saya berjaya rakam:

nostalgia

wa banyak wang 

jual beli

penjual kamera klasik

tona

membaca dan berfikir

pasar jalanan

ekspressi

tutup

lihat sana sini

penjual onde-onde

vespa lama

macam boss!!

kira gaji

tertanya-tanya

peminat bola sepak

tergesa-gesa

cripple man

penjual bunga yang tak berapa nak ramah :)

Minum dlu =)

Pakcik ni tak mau senyum. tapi dia benarkan gambarnya dirakam :)


pakcik kuning ni nampak garang pada mulanya tapi apabila saya senyum dan mengangkat tangan dia pun senyum tapi sayangnya tak dapat nak rakam masa dia senyum =)


Ia merupakan pengalaman yang menarik dan ape yang penting kita mesti berani untuk dekat dan memohon maaf jika mereka tidak menggemarinya. kita perlu "Blend" dengan situasi dan merasai pengalaman yang mereka rasa bersama mereka dan barulah mudah untuk kita merakam momen secara dekat.

kesemua gambar di atas saya rakam menggunakan kamera DSLR Pentax k10D bersama dengan lensa 17-50 f2.8 dan dimanipulasi dengan menggunakan perisian GIMP.

jika anda berminat dengan blog saya sila kongsikan dengan rakan-rakan anda dan follow saya di twitter @Afundee87 atau boleh like FB page saya di sebelah kiri.

Sekian

Khamis, 13 September 2012
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography