- Back to Home »
- informasi , tips »
- Informasi - kenali beberapa format ratio gambar
Posted by : fandi
Selasa, 13 September 2011
Assalamualaikum semua
hari ini saya nak berkongsi tentang beberapa format ratio ( nisbah ) gambar yang biasa kita gunakan atau yang terdapat pada kamera.
1:1
format 1:1 adalah format segi empat sama. iaitu nisbah panjang dan lebar adalah sama. format ini merupakan salah satu format kegemaran saya. komposisi yang biasa menggunakan format ini adalah meletakkan subjek di tengah-tengah, of center, dan juga boleh mengaplikasi rule of third. terpulang kepada kreativiti anda sendiri.
16:9
16: 9 merupakan format yang dipakai oleh Video HD atau Full HD dengan lebar 9 nisbah panjang 16. bagi pengguna kamera pula format ini amat berguna untuk landskap dengan memberi kesan Panoramik yang tidak keterlaluan. malah ia juga membantu bagi sesiapa yang nak buat gambar panorama dengan mencantumkan gambar kerana panjangnya melebihi lebarnya. saya selalunya menggunakan format ini apabila merakam landskap jika keadaan landskapnya sesuai seperti gambar di atas.
3:2
format 3:2 merupakan format yang paling biasa digunakan oleh kamera DSLR masa kini. dengan format ini kita tidak perlu crop jika ingin mencetak gambar 4R ( 4x6 inci ) kerana nisbahnya adalah sama.
4:3
format 4:3 pula format gambar yang digunakan oleh kamera micro four third seperti Olympus EP-1 atau Panasonic GF series ( GF1, GF2, GF3 ) dan lain-lain. format ini hampir petak. saya jarang menggunakan format ini. tetapi jika anda ingin membuat Custom album, format ini nampak lebih elegan kerana nampak hampir segi empat tepat. tetapi ia bergantung kepada citarasa anda sendiri.
terdapat banyak lagi format-format yang ada tetapi ke empat-empat format di atas merupakan format yang biasa digunakan dan biasa di lihat.
sesetengah kamera ada aplikasi untuk mengubah format kepada pelbagai format tetapi ada kamera pula yang hanya menggunakan 1 format seperti DSLR yang menggunakan format 2:3, jadi untuk mendapatkan format yang lain anda hanya perlu CROP menggunakan perisian seperti photoshop atau lebih mudah photoscape dan picasa.
sekian
Catat Ulasan