Posted by : fandi Selasa, 4 Oktober 2011

Assalamualaikum

entry kali ini adalah tentang keluarga baru dalam koleksi saya iaitu Variable Neutral Density Filter.


ND filter merupakan sebuah penapis cahaya yang menapis sebahagian cahaya bagi membolehkan kita mendapatkan shutter speed yang perlahan terutama pada hari siang. terdapat pelbagai cara untuk mengguna ND filter ini namun yang paling banyak digunakan adalah dalam merakam landskap. kita boleh merakam "motion blur" pada air yang mengalir dan menampakkan seolah-olah seperti kapas.

ND filter memerangkap sebahagian cahaya tetapi tidak mengubah hue atau warna asal sesuatu objek itu. jika langit berwarna biru maka selepas menggunakan ND filter langit masih berwarna biru.

gambar di atas merupakan contoh yang saya boleh menerangkan fungsi ND filter ini. kita lihat lampu pada sebelah kanan adalah "overexposed'. namun setelah menggunakan ND filter cahaya dapat dikurangkan. konsep ND filter ini sama dengan "tinted" kereta kita yang menapis cahaya berlebihan.

terdapat banyak gred ND filter dan ia dilabel menggunakan nombor iaitu ND2,ND4, ND8, ND16 dan seterusnya secara logaritma. anda boleh baca mengenai formula dan informasi ND filter di link INI.


saya masih belum sempat untuk merakam gambar menggunakan filter ini. InsyaAllah saya akan menunjukkan gambar-gambar apabila saya berkesempatan outing kelak.

sekian =)

One Response so far.


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography