Memaparkan catatan dengan label wild life photography. Papar semua catatan
wild life photography
wah baca je tajuk mesti ingatkan saya macam pergi ke hutan rimba.. tapi sebenarnya hanyalah di zoo...hehe =)
ok tajuk entry kali ini adalah pasal wild life photography..
semalam saya ke Houston Zoo untk tujuan beriadah sambil merakam gambar. sudah lama tak keluar sebenarnya disebabkan kesibukan kerja di pejabat. namun semalam saya berpeluang ke Houston Zoo. perjalanan menaiki bas awam memang agak memenatkan. ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. tetapi akhirnya selamat sampai dan pulang, Alhamdulillah.
wild life photography merujuk kepada kita merakam gambar hidupan liar. jika diikutkan dengan tema wild atau liar bererti kita merakam di kawasan di mana hidupan liar itu hidup sebagaimana yang dilakukan oleh jurugambar National Geography. saya sangat mengagumi mereka. tetapi disebabkan kemudahan yang sudah sedia ada maka zoo merupakan pilihan terbaik =)
alatan yang perlu dalam merakam wild life semestinya DSLR dan telephoto lens ( 200mm ke atas ). ini bagi memudahkan kita untuk zoom subjek di jarak yang selamat. tidak dilupa juga tripod yang kukuh =)
tetapi jika di zoo, kamera kompak yang mempunya optical zoom yang jauh (10X ) juga boleh kerana biasanya haiwan-haiwan di zoo tidak bergerak pantas dan mudah untuk fokus.
seperti yang anda boleh lihat saya banyak merakam gambar burung berbanding haiwan lain kerana saya amat meminati burung. dan burung amat sukar untuk dirakam dan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia pantas bergerak dan cepat lari bila kita merapati.. jadi itu sebablah lensa yang boleh zoom jauh amat perlu.
saya harap anda dapat enjoy entry kali ni. =)
ON
sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.