Posted by : fandi Rabu, 25 Ogos 2010

salam semua..

pernah tak anda mendengar tentang kamera yang mahal menghasilkan gambar yang bagus??
dan adakah anda mempercayainya??

saya pernah mendengar tetapi tidak mempercayai kamera yang mahal boleh menghasilkan gambar yang bagus. hal ini kerana jika ilmu kita masih sama, walau semahal mana sekalipun kamera tersebut hasilnya tetap tidak bagus..

masa kini ramai orang melabur beribu-ribu malah puluhan ribu untuk membeli kamera yang mahal dan canggih.. sanggup bergadai barang kemas dan berlapar untuk mendapatkan kamera yang diidamkan.. namun adakah pelaburan itu berbaloi dan kita berpuas hati dengan hasil gambar kita?

bagi saya apa yang lebih penting adalah ilmu.. tidak kira lah walaupun bukan dalam bidang fotografi sekalipun ilmu adalah tunjang kepada kemajuan dan kejayaan seseorang individu..

sebagai contoh anda memakai kamera kompak atau dslr yang murah dan kemudian anda tidak berpuas hati dengan hasil gambar tersebut. dan kemudian anda membeli kamera yang lebih mahal harganya dengan harapan gambar anda akan lebih baik. akan tetapi adakah gambar akan jadi lebih baik?? semestinya tidak kerana ilmu anda masih tidak meningkat dari segi fotografi..

maka seeloknya melaburlah ke arah mecari ilmu berbanding melabur ke arah kamera yang lebih canggih atau mahal kerana dengan ilmu yang tinggi, kamera yang biasa juga boleh menghasilkan seni yang WOW.. dengan kata lain alat yang anda ada sekarang ini adalah yang terbaik buat anda jika ilmu anda tinggi..

it`s not about the camera but the PERSON behind the camera..

selamat berfotografi =)

ON

One Response so far.

  1. Mr. Moque says:

    betul tu..
    ada kamera tp x tau guna cmne lak kan..ilmu tu yg penting.kene belajar. :)

    thanks atas nasihat tersbut.


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography