Posted by : fandi Khamis, 19 Ogos 2010

salam..

saya pernah memberitahu pada anda semua pada entry yang lepas yang saya akan menerangkan tentang flash. ok pada entry kali ini saya akan menerangkan kelemahan pop up flash ( flash asal kamera) dan kebaikan external flash serta penggunaannya..

pop up flash merupakan flash yang terdapat pada DSLR kita.. ia akan " meloncat" keluar apabila kita ingin menggunakannya dan pada setting auto ia akan keluar secara automatik jika kekurangan cahaya.. kelebihan yang  ada pada pop up flash hanyalah kerana ia telah tersedia di kamera dan boleh digunakan bila-bila masa. namun bagi yang mementingkan kualiti cahaya dan gambar yang dihasilkan, pop up flash merupakan pilihan terakhir. hal ini kerana pop up flash memancarkan cahaya secara terus dan menghasilkan gambar yang tidak sekatadan menghasilkan bayang-bayang yang tidak dikehendaki... selain itu juga kuasa flash tersebut adalah terhad kepada jarak 3 meter sahaja  bagi sesetengah kamera lebih dari 3 meter) dan kedudukan flash tersebut adalah tetap dan hanya boleh memancar secara terus..

External flash


external flash adalah flash tambahan seperti yang saya tunjukkan ada gambar di atas.. model yang saya gunakan sekarang adalah YN460 berharga Rm220 ( sekarang rm180). ia adalah flash murah yang berfungsi secara Manual. anda digalakkan untuk membeli flash mengikut brand kamera yang anda gunakan berbanding flash yang berlainan jenama kerana ia lebih tahan lama.

saya akan menunjukkan perbezaan DIRECT dan BOUNCE flash..

DIRECT



bayangkan flash tersebut menghala terus kepada anda atau subjek seperti gambar di atas. apa yang akan berlaku pada subjek adalah seperti berikut:


apa yang anda boleh perhatikan gambar tersebut adalah overexposed ( terlebih cahaya) pada bahagian muka patung tersebut. selain itu juga terdapat bayang-bayang yang jelas di belakang patung tersebut. bagi seseorang fotografer yang mementingkan kualiti, keadaan seperti ini amatlah dielakkan kerana ia mencacatkan gambar dan nampak tidak menarik serta tidak sekata..

BOUNCE FLASH

bounce flash pula bermaksud " MELANTUNKAN CAHAYA" ke arah lapisan berwarna putih ( biasanya SYILING RUMAH) bagi menghasilkan sumber cahaya kedua yang lebih lembut.



mungkin anda pernah melihat fotografer meletakkan kedudukan flash mereka seperti gambar di atas.. bagi anda yang tidak tahu mungkin akan menyatakan mereka tidak tahu menggunakan flash kerana cahaya keluar ke arah atas flash tersebut. tujuan bounce flash adalah menghasilkan cahaya kedua melalui lapisan putih seperti syiling rumah ataupun dinding rumah yang berwarna putih.. jadi cahaya tersebut akan melantun ke arah subjek dan ia menghasilkan cahaya lebih lembut dan bayang-bayang dapat dikurangkan..



bandingkan dengan gambar yang pertama tadi kita dapat saksikan perbezaan ketara apabila saya menghala kan flash ke arah syiling rumah.. bayang-bayang yang terhasil pada gambar pertama dapat dihilangkan, dan cahaya lebih sekata pada bahagian muka patung tersebut..

akan tetapi penggunaan bounce flash memerlukan kuasa flash yang lebih tinggi berbanding direct flash. hal ini kerana ketika cahaya dihalakan ke syiling, sebahagian cahaya diserap atau diserakkan dan hanya sebahagian sahaja yang sampai ke subjek..dalam bahasa mudah jika 100% cahaya dikeluarkan maka selepas bounce hanya 30-40% sahaja yang akan menerangi subjek. jadi anda perlu menambahkan kuasa flash anda untuk tujuan bounce flash..


sekian saja penerangan saya tentang asas penggunaan EXTERNAL FLASH..semoga ia bermanfaat kepada anda.. =)

salam

ON!


5 Responses so far.

  1. boleh tak saya letak tips2 cik dalam blog saya???

  2. fandi says:

    syed: silakan..ilmu untuk dikongsi .. btw panggil saya fendi =)

  3. shahrul says:

    boleh tak ceritakan tentang penutup putih pada depan flash tu...apa kegunaan dan bila ms yg sesuai digunakan....

  4. fandi says:

    shahrul: penutup putih tu dipanggil omni bounce diffuser.. contohnya kalau tak ada syiling putih di rumah tersebut kita gunakan OBD tu sebagai ganti syiling untuk bounce flash tersebut.. selain tu jugak kalau kita nak guna untuk direct flash kita boleh kurangkan kesan cahaya yang kuat kalau kita tak guna OBD tu..harap membantu =)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography