Posted by : fandi Selasa, 5 April 2011

Assalamualaikum semua..

lama juga terabai blog ni. maklum lah saya agak sibuk dengan tugasan harian. namun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat dan pembaca blog walaupun agak kurang update terbaru. Alhamdulillah blog afundee-photography.com semakin mendapat tempat dalam kalangan fotografer dan peminat fotografi dengan rating pelawat yang semakin meningkat. terima kasih =)


dalam hidup ini setiap orang mesti ada impian ( target )

begitu juga dalam fotografi. kita semestinya ada target iaitu gambar yang kita hendak dan berusaha untuk mendapatkannya. hal ini kerana kita mungkin akan terlepas momen tersebut selama-lamanya.

saya ternampak seekor labah-labah. dan kebetulan saya memegang kamera kompak saya. saya target nak rakam gambar penuh labah-labah tersebut. agak sukar juga kerana labah-labah tersebut pemalu orangnya =)

mula-mula nak pujuk tu susah jugak. tengok tu dia hanya tunjuk belakangnya saja =)

lepas tu dia lari ke bawah daun. 

masih lagi malu nak dirakam gambarnya =)


lepas tu dia pun naik ke atas dan apabila saya mengubah sudut ke atas dia pun turun ke bawah. letih nak kejar tapi sebab saya nak pastikan saya nak dapat gambar labah-labah ni saya cuba lagi =)

selepas agak lama saya pujuk dia mula ok sikit. maklum lah tak biasa =)

dan akhirnya dia bersetuju untuk gambarnya dirakam.

akhirnya. impian saya tercapai setelah agak lama memujuk labah-labah tu untuk dirakam gambarnya =)

jadi moral kepada cerita ni adalah, berusaha untuk mendapatkan apa yang kita nak. bukan sahaja dalam fotografi tetapi juga dalam kehidupan. diharapkan entry kali ini memberi informasi dan nasihat yang berguna. sekian =)

4 Responses so far.

  1. Nida says:

    Salam..

    memang sangat meletihkan andai bermain dengan objek bergerak...

  2. ejai_ej says:

    hahaha.. kalo aku la kan bro.. aku dah spray mender tu ngan baygon. lepas tu snap gamba die puas2.. hahahahah.. kejam sungguh aku.. aper next plan? lamer tak ge memetik shutter ngan kengkawan nih..

  3. dzafira says:

    Cantiknya... Bestnye kalau ada kamera canggih. snap gambar sume jelas..


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography