Posted by : fandi Khamis, 18 Ogos 2011

Assalamualaikum...

entry kali ini cuma pendapat peribadi admin tentang rules of photography...perlu ikut atau tidak??

apakah Rules of Photography? ia merupakan satu 'guideline' yang dibuat oleh jurugambar-jurugambar terdahulu setelah mengkaji tentang fotografi dan ia menjadi standard bagi menghasilkan gambar yang baik dari segi komposisi, exposure, framing dan sebagainya.

terdapat banyak undang-undang fotografi antaranya ialah:
1) Rule of Third (RO3)
2) Leading lines
3) Horizons
4) divine of proportion
5) framing
6) geometrical element
7) avoiding distraction
**
dan sebagainya.
(** istilah tidak mengikut bahasa standard)

apakah tujuan undang-undang fotografi ini di hasilkan? tujuannya untuk memberi kita idea dan kaedah yang telah dibuktikan berhasil memberikan gambar yang baik apabila kita melakukannya.

adakah kita perlu ikut Rules?

pada pendapat saya jawapannya adalah 'Ya' jika anda tidak tahu atau kurang mahir atau masih baru dalam fotografi. ianya sama seperti kita membawa kereta, kita mesti perlu tahu bagaimana nak bawa kereta, nak masuk gear, nak tekan minyak dan sebagainya barulah kereta boleh berjalan. begitu juga di dalam fotografi. kerana rules yang dibuat amat membantu dalam menghasilkan gambar-gambar yang baik. ia telah digunakan sejak bermulanya era kamera dan malah mungkin lebih lama lagi ( dalam seni lukis dan lain-lain).

istilah Break the Rules..

break the rules pula merujuk kepada keadaan yang tidak mengikut undang-undang atau guideline yang ditetapkan. kadangkala dengan break the rules gambar tersebut memberikan impak yang lebih baik berbanding ikut rules. akan tetapi ia bukanlah semudah yang disangka. ramai yang cuba break the rules tetapi tidak mahir dalam ikut rules. sebelum kita break the rules kita semestinya kena:

Rules of photography atau peribadi?

kadangkala ada gambar yang dihasilkan boleh dikatakan tidak mengikut rules dan cara breaking the rules juga tidak menghasilkan gambar yang baik tetapi bagi orang yang merakam iku ia membawa kenangan atau makna peribadi yang mendalam kepadanya. oleh sebab itu kita yang dah tahu rules atau memang suka ikut rules perlulah menjaga sensitiviti orang lain juga.. jika perlu memberi kritikan, berilah kritikan dengan cara yang baik dan tidak menghina seperti yang banyak berlaku pada masa sekarang. kadangkala moment yang dirakam lebih mahal atau lebih memberi impak berbanding rules of photography.

Kritik dan Komen

meminta kritikan dan komen menjadi kelaziman bagi seseorang yang baru dalam dunia fotografi. dan sebaliknya bagi orang yang sudah lama dalam bidang ini. kaedah belajar dengan cara kritik dan komen ini memberi 2 kesan iaitu baik dan kesan buruk. kesan baiknya adalah kita mengetahui kesilapan kita seperti tidak mengaplikasikan rules of photography dengan betul dan sebagainya. dengan kritikan itu kita dapat belajar. namun kesan buruknya pula akan terjadi pergaduhan dan selisih pendapat apabila si tukang kritik memberi kritikan yang pedas atau tidak berlapis yang mengguris hari orang yang meminta kritikan, serta apabila yang meminta kritikan itu tidak tahu apa yang dia buat dan hanya mengharapkan dapat belajar sesuatu dari kritikan tersebut tetapi pada asasnya dia tidak tahu apa-apa asas fotografi. ini yang banyak berlaku pada masa sekarang. pada pendapat saya para pengkritik perlulah berhemah dalam menyampaikan kritik dan tidak bersifat menghina. perlu diingatkan bahawa setiap orang adalah berbeza dari segi penerimaan kritikan dan ilmu. manakala orang yang meminta kritikan sekurang-kurang tahu dulu rules, sekurang-kurangnya yang asas supaya anda faham apa yang disampaikan oleh pengkritik. Bukan seperti apabila pengkritik cerita pasal RO3 lepas tu anda yang dikritik tidak tahu pasal RO3. akhirnya masing-masing akan berbeza pendapat dan bertelagah.

jadi kesimpulannya..

jadi jawapannya ada pada anda sendiri.. :)

nasihat untuk diri saya dan rakan pembaca...

sekian dari saya..

p/s; raya dah nak dekat, rancang fotografi keluarga yang menarik... =)



11 Responses so far.

  1. Rules dalam fotografi ada banyak.. mungkin buat permulaan, baru berjinak2 lam dunia fotografi kena belajar dan ikut dulu. Sampai masanya kita break the rules. Rules hanya sebagai guide sahaja, selebihnya kreativiti kita betul tak tuan blog? :)

  2. fandi says:

    ya rules hanya guide.. tetapi saya boleh katakan wajib diketahui terlebih dahulu sebelum nak buat lebih advance. macam orang yang baru memandu kereta dengan orang yang dah lama memandu kereta. ramai orang yang dah lama memandu kerap break the rule =P

  3. ej says:

    tapi say atak pandu kereta tuan blog.. saya bawak moto.. cam ner lak tu? hahahha.. agree dude.. for sure kener tau rule2 tu. tp cam aku dulu maen langgo je.. tanpa tau amender rule2 tu semua.. last2 gambo semua cam hampeh.. sampai la skang nih.. biler la aku nak improve.. huhuhu

  4. fandi says:

    haha.. alah ejai dah otai da.. follow masta la katakan.. hihi.. papepun goodluck bro.. keep learning together gether..hehehe

  5. penuh info dan isu....nice..nak blaja

  6. emaepetra says:

    nice blog...so many info i got here....btw..im new in photography....bole sy tawu nk join group2x photography kt kl??

  7. fandi says:

    emae: tq ya singgah ... boleh cari info pasal group2 foto di kl di forum fotomedia, photomalaysia, atau boleh cari d fb.. :)

  8. ej says:

    hark.. follow masta? sapa masta tu der?? hahahhaha

  9. fandi says:

    ejai: masta ejai.. hihihi

  10. ej says:

    banyak la ko punyer masta.. kalo ikotkan ko jauh lagi masta dari aku der.. aku nih mastur pon belom tentu lg.

  11. fandi says:

    hahaa: xde sape masta.. setiap orang ada tau yg mana orang lain tak tau.. tu sbb berkongsi-kongsi =)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography