Posted by : fandi Selasa, 25 Oktober 2011

Salam semua. lama juga saya menyepi. maklum lah agak sibuk dengan tugas seharian sampaikan kamera pun tersadai je dalam drybox. harap anda semua pun sihat-sihat =)

ok pada kali ini saya nak kongsi gambar saya sendiri dan juga kaedah merakam gambar tersebut. gambar tersebut menggunakan 2 buah flash beserta softbox yang bersaiz sederhana..


 rajah di atas merupakan setup yang saya gunakan untuk merakam gambar saya sendiri dibantu dengan rakan2 saya. ia merupakan setup ringkas dan tempat merakam adalah di pejabat ( waktu bos takde..hahaha). sudut antara speedlight itu adalah lebih kurang 45 darjah.

gambar di atas merupakan gambar yang dirakam tanpa edit. hanya resize dan diletakkan watermark. cahaya flash yang dihasilkan dari kiri dan kanan menghasilkan cahaya yang lembut dan mengurangkan bayang-bayang di wajah.


dan gambar di bawah ini saya telah edit dan crop di bahagian yang tidak diperlukan. editing adalah menggunakan perisian Percuma GIMP. saya amat menggemari warna hitam putih. ia terpulang kepada anda untuk editing. akan tetapi rakaman yang bagus pada permulaan akan membantu editing bagi menghasilkan gambar yang lebih baik.

diharapkan entri kali ini memberi anda idea untuk merakam gambar menggunakan flash dan softbox. bagi saya contoh diatas tidaklah sempurna akan tetapi pada diri saya ia sudah cukup. :)

semoga bermanfaat ya.

sekian

5 Responses so far.

  1. yangyuyu says:

    terbaik:)nanti outing bwk skali ye hehe

  2. fandi says:

    Teratakindah: tq bro.. selamat mencuba... bila mau outing sama2?

  3. memang 'light'nya nampak sungguh soft :)

    nicely done

  4. emaepetra says:

    jemput jengok
    http://digitalilman.blogspot.com/



    outing ajak2x laaa sy jugak yer =)


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography