- Back to Home »
- wedding »
- Wedding - Khidir & Mira Outdoor dengan 85mm
Salam semua
Pada kali ini saya nak kongsikan gambar-gambar outdoor bagi majlis perkahwinan antara Khidir dengan Mira. untuk outdoor saya menggunakan 100% Lensa 85mm f1.4 Manual dan kebanyakan gambar saya gunakan aperture antara 2.0 - 2.8 bagi mendapatkan " Depth of field" yang bagus dan pada masa yang sama subjek dalam keadaan " Sharp".
Sesi outdoor dijalankan di hutan rekreasi Sungai Udang Melaka. bagi saya ia merupakan lokasi yang sangat bagus untuk outdoor kerana mempunya banyak elemen-elemen seni yang menarik yang boleh menambah baik gambar.
Cabaran yang saya hadapi pada hari tersebut adalah hujan renyai. namun Alhamdulillah tugas dapat dijalankan dengan sempurna dan pasangan memang sangat sporting. walaupun sudah keletihan selepas melayan tetamu mereka tetap memberikan kerjasama yang cukup baik semasa rakaman. berikut merupakan beberapa gambar terpilih yang bagi saya menarik untuk dikongsi. sebarang komen dan pandangan amat-amat dialu-alukan.
semoga berkekalan sampai akhir hayat :)
Sekian
fundee.... bole tahan pic..actually sy x pernah amik wedding pic. Tapi, terkejut arrr tengok pic yang ada sign Tandas tu..hehe... pengantin pompuan siap tunjuk ke arah sana...apa ke motif wat camtuh? hehe
memang cun..lense Samyang ke? memang ada sesetengah pic agak OOF..bese la kan..DOF lense ni susah nak kontrol..:D
pose pun boleh le..:D
tq sbb komen..ye ni lens samyang..manual focus.. masa shoot ni first time saya pakai lens tu.. kebanyakan yg OOF sbb saya cuba guna f2.0 tapi lens ni sharp pada f2.2 ke atas.. posing biasa2 je sbb masa shoot tu hujan ngah renyai :)