Posted by : fandi Khamis, 30 Ogos 2012

Assalamualaikum semua

hari ini saya akan melancarkan satu segmen baru iaitu mengenai "Info Kamera". Segmen ini akan mengupas sebarang produk atau berita menarik tentang produk fotografi dan juga ulasan atau "review" saya dalam bahasa Malaysia mengikut pandangan saya.

Tajuk pertama pada hari ini saya akan berkongsi tentang " Lensa termahal di Dunia".

Lensa yang dimaksudkan adalah:


Leica APO-Telyt-R 1:5.6/1600mm iaitu "prime lens" yang terpanjang, terbesar dan terberat pernah dihasilkan oleh syarikat gergasi fotografi di German iaitu Leica. Harga bagi lensa tersebut adalah $2,064,500 atau dalam ringgit Malaysia RM 6.4 Juta!!!


Lensa tersebut menggunakan "Mount" Jenis "R type" iaitu kamera filem R series yang dikeluarkan oleh Leica. Hanya terdapat 2 buah lensa sahaja di dunia bagi jenis ini dan yang satu lagi merupakan prototaip yang disimpan di Solm,German.

Lensa tersebut merupakan tempahan khas yang ditempah oleh Peminat fotografi antara yang terkaya di dunia iaitu Putera Qatar Saud Bin Muhammed Al Thani. Selain itu juga dilaporkan Putera tersebut juga membeli sebuah Mercedes Benz yang ditempah khas sebagai "tripod bergerak" untuk membawa lensa tersebut ke mana-mana sahaja lokasi yang diingini.

walaubagaimanapun masih belum terdapat lagi contoh gambar yang disiarkan secara rasmi dari penggunaan lensa tersebut.

Sememangnya jenama Leica merupakan jenama yang termahal dan paling eksklusif di dunia pada masa kini.

Sumber:

 http://www.petapixel.com/2012/08/27/the-worlds-most-expensive-camera-lens/


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography