Posted by : fandi Ahad, 7 April 2013

Assalamualaikum

Agak terlambat sebenarnya entry ni namun masih belum terlambat bagi saya nak memperkenalkan ahli baru dalam keluarga saya dan penyeri serta cahaya hati saya iaitu anak pertama saya Abdul Wafi. Alhamdullillah dia selamat dilahirkan pada 4 March 2013 di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah pada jam 3.32 ptg. 

Sedar tidak sedar saya sudah mempunyai keluarga yang lengkap. seorang isteri dan seorang anak. Pengalaman yang dirasai memang tidak dapat digambarkan. Saya sangat gembira dan kehidupan saya menjadi lengkap. InsyaAllah saya berazam akan mendidik anak saya menjadi orang yang baik dan soleh.

Gambar-gambar di rakam menggunakan prob yang amat ringkas dan hanya menggunakan cahaya sedia ada dan menggunakan kamera digital compact yang dirakam dalam format RAW. Kesemua gambar telah di olah menggunakan perisian Adobe Lightroom 3.6 dan juga Photoshop CS2 dan croping serta resize dan watermark saya gunakan perisian photoscape.

Percubaan merakam gambar newborn ini merupakan percubaan kedua saya selepas saya merakam gambar anak kakak sulung saya. Tidak dinafikan merakam gambar newborn merupakan cabang fotografi yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Ini kerana bayi tidak mampu mendengar arahan jurugambar sebagaimana orang dewasa. Dan kadang kala bayi akan kerap menangis atau membuang air pada prob. Tambahan pula bayi yang baru lahir sangat lembut dan jika kita tiada kemahiran untuk memegang  atau mendukung bayi yang berumur beberapa hari adalah sukar untuk menceburi bidang ini kerana ia akan membahayakan keselamatan bayi..

Saya menggunakan kamera kompak berbanding DSLR kerana ia lebih ringan dan senyap. kadangkala sesetengah bayi amat sensitif dengan bunyi dan kerap terkejut. Jadi penggunaan kamera kompak lebih mudah dan lebih pantas serta senyap.

Saya kongsikan beberapa keping gambar yang saya perolehi dan akan saya kongsikan lagi pada part 2 nanti.

Sebarang pertanyaan untuk merakam newborn baby anda boleh email pada saya afundee.photography@gmail.com atau hubungi saya di 0134553504.














Fandi
Principal Photographer
A Fun Dee Digital Enterprise
0134553504
afundee.photography@gmail.com


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography