Posted by : fandi Selasa, 29 November 2016

Sudah beratus wedding saya shoot. Dan begitu juga banyaknya saya dengar khutbah nikah setiap kali shoot wedding.

Dan saya suka mendengar bahagian tanggungjawap suami. Tanggungjawap suami yang menyediakan nafkah zahir dan batin. Selain itu juga berkenaan mendidik isteri ke arah agama.

Sebagai suami, PERINTAHKAN isteri tutup aurat kalau isteri tak tutup aurat. Jangan tunggu orang lain yang suruh, dia isteri awak, jadi tanggungjawap awak didik dia dan bukan biar dia sendiri. Selagi kita tunggu selagi itulah dosa kita sebagai suami mengalir bak air.. Biarlah mula-mula dia tidak ikhlas, itu lebih baik dari membiakkan dosa buka aurat. Ikhlas itu akan datang dengan sendiri nanti bila dia faham hikmah tutup aurat. Hebat sangat rasanya.

Bila dah sah akad nikah, bukan part hubungan halal sahaja yang diambil kisah, dosa pahala isteri jadi bebanan suami. Ambil kisah hal isteri dalam keadaan kasih dan sayang yang melimpah ruah..

Perintahkan bukan arah-arah gaya diktator. Mesti berlemah lembut namun berterus terang nak isteri tutup aurat atau berubah.. Ceritakan tentang dosa pahala jika berilmu. Jika kita sendiri sebagai suami tiada ilmu, pergi cari ilmu atau hantar isteri ke tempat belajar ilmu agama. Sebaiknya belajar sama-sama.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat sahabat yang baru bernikah atau yang dah lama dan nak refresh balik.

-Dzul Affandi Roslan-


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography