Memaparkan catatan dengan label Bersama Profesional. Papar semua catatan

bersama profesional - tagging dengan Ikram Ismail yang tidak dirancang =)

Assalamualaikum semua...

Pengalaman bersama fotografer profesional Ikram Ismail merupakan pengalaman yang sangat berharga buat diri saya. saya dapat menyertai beliau secara tidak sengaja dalam majlis perkahwinan rakan saya pada minggu lepas. kebetulan kami pernah bertemu sebelum ini jadi tidak menjadi masalah bagi saya untuk bersama beliau untuk merakam gambar perkahwinan...

pengalaman menyaksikan secara langsung bagaimana seorang jurugambar profesional beraksi memang amat berguna buat diri saya sendiri.. Ikram Ismail sangat tidak kedekut ilmu malah membenarkan saya untuk sama-sama merakam gambar pengantin..

berikut merupakan beberapa sampel pengantin perempuan yang sempat saya rakam.. pengantin lelaki pula tidak membenarkan gambarnya dirakam atas tujuan tertentu =)













saya pun nak juga bergambar dengan Ikram =)


pengalaman yang best dan saya dapat belajar perkara baru dalam wedding photography... insyaAllah saya akn kongsikan pada masa akan datang.. sekian..

p/s: jom sertai outing santai APO.. detail pada sticky entry di atas =)
Isnin, 23 Mei 2011
Posted by fandi

bersama profesional - polini fotografik ( Hisham Ang )

Assalamualaikum semua.. pada hujung minggu lepas saya berkesempatan untuk bertemu dengan seorang fotografer profesional di Melaka yang terkenal dengan nama Polini Fotografik. nama beliau ialah Hisham Ang. boleh cari di FB " polini fotografik". mungkin ada diantara anda yang tidak pernah mendengar nama beliau. akan tetapi beliau merupakan seorang fotografer berperingkat antarabangsa yang amat Low Profile.. beliau juga merupakan seorang Photografer sepenuh masa yang menjalankan fotografi perkahwinan, sukan, jurnalis dan komersil.


beliau sudi meluang masa sehingga jam 2 pagi =)
banyak ilmu dan pengajaran yang diberikan semasa sesi perjumpaan. pengalaman dan tips2 juga diberikan semasa perjumpaan tersebut. rasa tak puas juga berborak dengan beliau. namun ia satu pengalaman yang bagus.

buat anda yang masih baru, ada nasihat untuk anda:
jika ingin belajar dengan yang profesional jangan berasa malu untuk bertanya atau meminta kebenaran untuk berjumpa. mereka-mereka ni sangat ramah dan tidak kedekut ilmu.

sesi perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan pertama kami. tapi saya telah kenal beliau melalui facebook. boleh layari blog beliau di 

selepas jam 2 pagi saya dan rakan-rakan pun pulang ke rumah. dalam perjalanan terjumpa dengan kemalangan jalan raya. kereta sampai terbakar. kepada anda semua berhati-hati semasa memandu =)

sekian 
Isnin, 21 Februari 2011
Posted by fandi

street photography outing by fototeacher

assalamualaikum semua

pada ahad yang lepas saya sempat menyertai outing street photography anjuran www.fototeacher.com . outing tersebut doketuai oleh saudara che mat yang sangat berpengalaman dalam street photography. selain menimba ilmu dapat juga berkenalan dengan beberapa rakan fotografi =)

namun x sempat nak join sampai habis disebabkan terpaksa ke ofis selepas itu. berikut adalah beberapa rakaman gambar semasa perkongsian dilakukan .. enjoy 


saudara affandi ( nama sama ) dengan rambut ufro beliau. merupakan pakar dalam lighting. boleh baca blog beliau di SINI dan juga facebook beliau di SINI2

saudara hasnuddin merupakan pengasas dan pemilik fototeacher.com. sangat berpengalaman dalam fotografi..selalu menganjurkan pelbagai kursus yang amat bermanfaat dalam fotografi..

inilah dia saudara che mat yang amat berpengalaman dalam street photography. banyak ilmu yang diperolehi dalam masa yang singkat ini..

berbaris2! kata saudara affandi =)

seni sungguh rambut dia :)


sekian :)
Selasa, 15 Februari 2011
Posted by fandi

sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography