Memaparkan catatan dengan label Silhouette. Papar semua catatan
sunset lagi!!
salam semua.. anda suka sunset? saya sangat menggemari sunset... ia sangat menenangkan bila kita melihat matahari terbenam.. sungguh indah ciptaanNya kan.. dan semestinya sewaktu sunset sangat cantik jika kita dapat merakam gambar sunset tersebut.. dengan ditambah sedikit resepi maka gambar kita boleh jadi sangat menarik.. antara gambar yang kita boleh hasilkan semasa sunset adalah silhouette, landskap dan sebagainya..
apa yang saya rakam di atas merupakan moment yang sangat menarik.. 2 gambar terakhir adalah saya kandid. ia sangat menarik bagi saya kerana sangat romantik.. =)
anda boleh melihat entry2 yang lepas untuk mengetahui kaedah merakam gambar seperti di atas..selamat mencuba..
ON
apakah Silhouette
Assalamualaikum
apa khabar semua? harap sihat.. di masa cuti sekolah ni boleh la mengajak anak-anak anda berfotografi. disamping dapat mengeratkan sillaturahim. ia juga dapat mengelakkan diri anak-anak anda dari terjebak ke perkara yang tidak baik =) ok mari kita teruskan topik pada entry kali ni..
Silhouette merupakan sejenis teknik fotografi yang merujuk kepada subjek dalam keadaan gelap atau hitam dan hanya menampakkan "outline" atau bentuk subjek tersebut tetapi tiada rupa sebenar yang jelas. contoh gambar Silhouette adalah seperti berikut:

cara untuk menghasilkan gambar Silhouette adalah dengan meletakkan subjek di hadapan SUMBER CAHAYA. seperti gambar di atas "background" gambar adalah waktu matahari terbenam. dengan meletakkan subjek dihadapan matahari ia secara langsung akan menghasilkan bayang-bayang pada tubuh subjek atau model. sebagai fotografer pula kita tidak perlu guna lampu denyar (flash) untuk menghasilkan Silhouette supaya bayang-bayang yang terhasil pada tubuh subjek atau model akan dirakam.
gunakan shutter speed yang pantas ( gmbr diatas saya guna 1/250) dan aperture yang kecil ( gambar di atas saya guna f9) dan iso yang rendah ( iso 100 bg kamera saya). namun anda boleh mencuba sehingga dapat. tidak semestinya setting yang saya guna untuk gambar diatas akan sama dengan anda.. jadi selamat mencuba ok. =)
Silhouette bukan sahaja untuk model manusia. boleh juga diaplikasikan untuk tumbuhan, haiwan dan apa-apa juga benda yg boleh menghalang cahaya:
selamat mencuba ok.. banyakkan berlatih. dengan hanya memahami asas fotografi seperti aperture, shutter speed dan iso kita boleh hasilkan gambar yang menarik..
ON!!
p/s: jika anda rasa blog ini berguna sila kongsikan pada rakan-rakan. ilmu untuk dikongsi. dan boleh follow atau mengisi email pada ruangan subscribe untuk mendapatkan update terbaru terus melalui email =)
sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.