Memaparkan catatan dengan label photojournalism. Papar semua catatan
Selasa, 9 April 2013
Posted by fandi
Journalism - Indonesia part 4 - hari terakhir dan perjalanan pulang
waktu petangnya saya dan abang saudara saya berjalan- jalan di pantai. kawasan pantai tersebut memang indah dan menyegarkan.. beting-beting pasir yang luas dan keemasan..
dah puas berjalan saya pun pulang semula ke rumah dan merakam beberapa keping gambar pada petang terakhir di sana. sebab pada keesokkan harinya saya akan berangkat pulang ke Malaysia.
selepas menaiki roro saya dan yang lain menaiki motorsikal ke pelabuhan feri di Pulau Bengkalis. perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari pelaburan roro tadi.
perjalanan ke pelabuhan Pulau Bengkalis memang memenatkan. namun ia merupakan pengalaman yang menarik dan merupakan perjubaan photojournalism pertama saya.. ia memang pengalaman yang menyeronokkan.. diharapkan pembaca terhibur dalam siri entry Journalisme indonesia ni. serba sedikit tahu di mana asal usul saya sendiri.. mungkin anda juga boleh membuat sebagaimana saya lakukan seperti merekodkan tentang keluarga masing-masing sebagai kenangan walaupun di mana sahaja mereka berada..
sekian tamat siri Indonesia.. sambungan selepas ini lebih banyak tips2 fotografi.. terima kasih kerana sudi singgah di blog afundee-photography.com.
sekian
Journalism - Indonesia part 3 - perjalanan
part 3 adalah sambungan di waktu tengahari pulak..
destinasi yang seterusnya adalah melawat saudara mara di Pekan Dumai.. di sana terletaknya ramai saudara mara saya yang berbelas tahun saya tak jumpa.. terlalu ramai sampaikan nama pun ada yang saya tak ingat sampai sekarang =)
perjalanan kami ke pekan dumai menaiki 4x4 yang disewa dengan harga 500 ribu rupiah (sila convert sendiri ye ) ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. jalan raya mulanya adalah jalan tar. akan tetapi selepas hampir sejam........
keadaan jalan berubah kepada jalan tanah merah yang berliku-liku. hampir sejam setengah kami mengharungi jalan tanah merah yang berliku-liku. patut lah ibu saya sewa kereta 4x4 =p
hampir 2 jam setengah kemudian baru lah kami sampai ke rumah saudara saya. sempat lah merakam beberapa keping gambar sambil merehat-rehatkan pinggang yang lenguh akibat perjalanan yang melompat lompat....=)
destinasi yang seterusnya adalah melawat saudara mara di Pekan Dumai.. di sana terletaknya ramai saudara mara saya yang berbelas tahun saya tak jumpa.. terlalu ramai sampaikan nama pun ada yang saya tak ingat sampai sekarang =)
perjalanan kami ke pekan dumai menaiki 4x4 yang disewa dengan harga 500 ribu rupiah (sila convert sendiri ye ) ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. jalan raya mulanya adalah jalan tar. akan tetapi selepas hampir sejam........
keadaan jalan berubah kepada jalan tanah merah yang berliku-liku. hampir sejam setengah kami mengharungi jalan tanah merah yang berliku-liku. patut lah ibu saya sewa kereta 4x4 =p
hampir 2 jam setengah kemudian baru lah kami sampai ke rumah saudara saya. sempat lah merakam beberapa keping gambar sambil merehat-rehatkan pinggang yang lenguh akibat perjalanan yang melompat lompat....=)
inilah nenek saya. Alhamdulillah masih sihat.. nenek ikut sekali dalam perjalanan kami..
kemudian kami pergi ke rumah nenek saudara kami di JALAN PAUS.. nama jalan kat sana pelik-pelik sikit =)
dah sudah melawat kami bergerak ke kedai makan berhampiran. nama kedai tu RUMAH MAKAN TARASO.. kedai ini menyediakan makanan PADANG yang memang sedap dan murah..
lauk di atas baru 30% dari lauk yang dihidangkan.. penuh lauk-lauk yang dihidangkan.. makan tak sampai rm60 duit Malaysia.. =)
selepas itu saya dijamukan dengan minuman pencuci mulut yang diperbuat daripada buah Avocado ( buah pencuci muka ) .. saya ingatkan buah ni untuk cuci muka sahaja tapi rupanya cuci perut pun boleh =)
sesudah makan kami pun bergerak lagi ke rumah saudara yang lain. saya tak dapat nak ingat semua nama-nama mereka. hanya gambar yang dapat saya siarkan sebagai rekod..
sempat kandid pemandu kami.. =)
dah yang ni merupakan bapa saudara saya yang paling rapat. dia merupakan adik kepada Ibu saya..
sesudah selesai melawat saudara mara kami pun berangkat pulang ke Tenggayun iaitu rumah Atok dan Nenek saya. sebenarnya terlalu banyak gambar yang ingin disiarkan dan cerita yang ingin disampaikan.. tapi sehari pun saya rasa tak cukup nak ceritakan semua..
penduduk disana kebanyakannya menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. disana tidak kiralah apa jenama motor sekalipun. contohnya yamaha, honda atau suzuki, panggilan bagi motorsikal adalah tetap HONDA.. =)
dalam perjalanan kami pulang ke Tenggayun tayar kereta pecah tiba-tiba. namun Alhamdulillah semuanya selamat dan pemandu dapat memberhentikan kenderaan dengan selamat... masa untuk tukar tayar =)
sambil saya menunggu pemandu menukarkan tayar sempat lah jugak rakam panning =)
sesudah selesai akhirnya kami pun bergerak dan selamat sampai di Tangayun jalan Parkut.. masa tu dah jam 5 petang.. memang meletihkan... tetapi Alhamdulillah saya dapat jumpa sebahagian besar saudara mara saya yang sudah 14 tahun tidak bersua muka.. pengalaman yang sangat best.. rasa nak pegi lagi =)
tunggu bahagian ke 4 dan pengabisan ye.... =)
p/s: masih belum sempat untuk melawat blog2 peserta BEST SUNSET IN YOUR LIFE contest.. insyaAllah dalam masa terdekat saya akan melawat dan menilai untuk pemenang-pemenang contest.. harap semua dapat bersabar ya =)
p/ss: Mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di mana-mana pun =)
sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.















