- Back to Home »
- Jelajah , photojournalism »
- Journalism - Indonesia part 3 - perjalanan
Posted by : fandi
Isnin, 16 Mei 2011
part 3 adalah sambungan di waktu tengahari pulak..
destinasi yang seterusnya adalah melawat saudara mara di Pekan Dumai.. di sana terletaknya ramai saudara mara saya yang berbelas tahun saya tak jumpa.. terlalu ramai sampaikan nama pun ada yang saya tak ingat sampai sekarang =)
perjalanan kami ke pekan dumai menaiki 4x4 yang disewa dengan harga 500 ribu rupiah (sila convert sendiri ye ) ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. jalan raya mulanya adalah jalan tar. akan tetapi selepas hampir sejam........
hampir 2 jam setengah kemudian baru lah kami sampai ke rumah saudara saya. sempat lah merakam beberapa keping gambar sambil merehat-rehatkan pinggang yang lenguh akibat perjalanan yang melompat lompat....=)
inilah nenek saya. Alhamdulillah masih sihat.. nenek ikut sekali dalam perjalanan kami..
kemudian kami pergi ke rumah nenek saudara kami di JALAN PAUS.. nama jalan kat sana pelik-pelik sikit =)
dah sudah melawat kami bergerak ke kedai makan berhampiran. nama kedai tu RUMAH MAKAN TARASO.. kedai ini menyediakan makanan PADANG yang memang sedap dan murah..
lauk di atas baru 30% dari lauk yang dihidangkan.. penuh lauk-lauk yang dihidangkan.. makan tak sampai rm60 duit Malaysia.. =)
selepas itu saya dijamukan dengan minuman pencuci mulut yang diperbuat daripada buah Avocado ( buah pencuci muka ) .. saya ingatkan buah ni untuk cuci muka sahaja tapi rupanya cuci perut pun boleh =)
sesudah makan kami pun bergerak lagi ke rumah saudara yang lain. saya tak dapat nak ingat semua nama-nama mereka. hanya gambar yang dapat saya siarkan sebagai rekod..
sempat kandid pemandu kami.. =)
dah yang ni merupakan bapa saudara saya yang paling rapat. dia merupakan adik kepada Ibu saya..
sesudah selesai melawat saudara mara kami pun berangkat pulang ke Tenggayun iaitu rumah Atok dan Nenek saya. sebenarnya terlalu banyak gambar yang ingin disiarkan dan cerita yang ingin disampaikan.. tapi sehari pun saya rasa tak cukup nak ceritakan semua..
penduduk disana kebanyakannya menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. disana tidak kiralah apa jenama motor sekalipun. contohnya yamaha, honda atau suzuki, panggilan bagi motorsikal adalah tetap HONDA.. =)
dalam perjalanan kami pulang ke Tenggayun tayar kereta pecah tiba-tiba. namun Alhamdulillah semuanya selamat dan pemandu dapat memberhentikan kenderaan dengan selamat... masa untuk tukar tayar =)
sambil saya menunggu pemandu menukarkan tayar sempat lah jugak rakam panning =)
sesudah selesai akhirnya kami pun bergerak dan selamat sampai di Tangayun jalan Parkut.. masa tu dah jam 5 petang.. memang meletihkan... tetapi Alhamdulillah saya dapat jumpa sebahagian besar saudara mara saya yang sudah 14 tahun tidak bersua muka.. pengalaman yang sangat best.. rasa nak pegi lagi =)
tunggu bahagian ke 4 dan pengabisan ye.... =)
p/s: masih belum sempat untuk melawat blog2 peserta BEST SUNSET IN YOUR LIFE contest.. insyaAllah dalam masa terdekat saya akan melawat dan menilai untuk pemenang-pemenang contest.. harap semua dapat bersabar ya =)
p/ss: Mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di mana-mana pun =)
Catat Ulasan