Memaparkan catatan dengan label street photography. Papar semua catatan
Selasa, 9 April 2013
Posted by fandi
Foto Jalanan dengan kamera compact
Salam...
Hari ni saya nak share koleksi gambar foto jalanan yang saya rakam di Melaka baru-baru ni dengan menggunakan kamera compact. Saya suka guna kamera compact untuk shoot gambar foto jalanan sebab ia ringan dan orang awam tidak rasa terancam berbanding bila saya guna kamera yang lebih besar macam DSLR.
Biasanya foto jalanan ini mengisarkan tentang kehidupan yang berlaku dan kita rakamkan momen-momen yang ada secara spontan atau kandid.
selain itu juga kita boleh merakam seni bina atau geometri yg terdapat di sepanjang jalan yg kita lalui

Street Photography : Jonker walk Street photography and street portraits
Salam semua.
Fotografi jalanan merupakan salah sebuah cabang fotografi yang merakam momen kehidupan manusia di jalanan secara kandid atau secara langsung. Ia dapat menceritakan atau mendokumentasikan kehidupan manusia dan sifat manusia secara spontan.
Selain itu juga di dalam street photography terdapat juga cabang yang dinamakan street portraiture yang merakam potret orang awam di jalanan dengan kebenaran mereka. Cabang ini memerlukan keberanian dan juga etika yang bagus untuk mendekati orang awam dan meminta kebenaran untuk merakam gambar mereka.
Pada hujung minggu lepas saya melakukan outing secara bersendirian di Jonker Walk Melaka dan berjaya merakam beberapa gambar street dan juga gambar potret jalanan. teknik pendekatan yang saya gunakan:
1) berada bersama dengan mereka
2) rakam secara dekat
3) jika mereka perasan mereka dirakam, senyum dan melambai tangan.
4) Jika dimarahi hanya minta maaf dan berlalu
4 teknik ini membuahkan hasil dan saya berjaya merakam gambar street dan potret di sana dengan mudah. berikut merupakan beberapa keping gambar yang saya berjaya rakam:
Ia merupakan pengalaman yang menarik dan ape yang penting kita mesti berani untuk dekat dan memohon maaf jika mereka tidak menggemarinya. kita perlu "Blend" dengan situasi dan merasai pengalaman yang mereka rasa bersama mereka dan barulah mudah untuk kita merakam momen secara dekat.
kesemua gambar di atas saya rakam menggunakan kamera DSLR Pentax k10D bersama dengan lensa 17-50 f2.8 dan dimanipulasi dengan menggunakan perisian GIMP.
jika anda berminat dengan blog saya sila kongsikan dengan rakan-rakan anda dan follow saya di twitter @Afundee87 atau boleh like FB page saya di sebelah kiri.
Sekian

nostalgia
wa banyak wang
jual beli
penjual kamera klasik
tona
membaca dan berfikir
pasar jalanan
ekspressi
tutup
lihat sana sini
penjual onde-onde
vespa lama
macam boss!!
kira gaji
tertanya-tanya
peminat bola sepak
tergesa-gesa
cripple man
penjual bunga yang tak berapa nak ramah :)
Minum dlu =)
Pakcik ni tak mau senyum. tapi dia benarkan gambarnya dirakam :)
pakcik kuning ni nampak garang pada mulanya tapi apabila saya senyum dan mengangkat tangan dia pun senyum tapi sayangnya tak dapat nak rakam masa dia senyum =)
Ia merupakan pengalaman yang menarik dan ape yang penting kita mesti berani untuk dekat dan memohon maaf jika mereka tidak menggemarinya. kita perlu "Blend" dengan situasi dan merasai pengalaman yang mereka rasa bersama mereka dan barulah mudah untuk kita merakam momen secara dekat.
kesemua gambar di atas saya rakam menggunakan kamera DSLR Pentax k10D bersama dengan lensa 17-50 f2.8 dan dimanipulasi dengan menggunakan perisian GIMP.
jika anda berminat dengan blog saya sila kongsikan dengan rakan-rakan anda dan follow saya di twitter @Afundee87 atau boleh like FB page saya di sebelah kiri.
Sekian
Khamis, 13 September 2012
Posted by fandi
sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.