Posted by : fandi Selasa, 1 Februari 2011

assalamualaikum semua

hari ini berakhir la acara LTDL yang sering diadakan setiap tahun. saya berkesempatan merakam beberapa aksi LTDL pada hari ini. namun tidak sempat nak ke dataran merdeka untuk acara penamat disebabkan oleh jalanraya yang ditutup bagi memberi laluan kepada peserta LTDL. tetapi saya berjaya merakam beberapa aksi semasa pulang dari sungai buloh. kebetulan pula jalanraya ditutup pada waktu itu dan kebetulan pula saya dan rakan baru pulang dari job fotografi di bukit subang dan membawa kamera =)



kami hanya terlewat beberapa saat sahaja sebelum jalan ditutup. dan dalam sekelip mata sahaja jalan dah sesak 

kami pun menunggu ketibaan para peserta LTDL untuk lalu dikawasan tersebut. sebelum tu main-main panning sikit =)

agak lama juga tunggu di sana sampaikan ada yang berteduh dengan payung =)

setelah sekian lama menanti akhirnya nampak kelibat peserta pendahulu. masa itu peserta Malaysia mendahului peserta lain. punya la semangat menyokong =)

Malaysia Boleh!

selang beberapa saat selepas peserta Malaysia tersebut ialah sekumpulan besar peserta lain.

sahabat saya abang mie ( semiclicks photography ) turut bersama merakam gambar =)



kelibat peserta Malaysia




peserta hanya mengambil masa kurang 1 minit untuk melalui kawasan tersebut namun pihak berkuasa telah siap sedia menjamin keselamatan peserta dengan menutup jalan seawal 40 minit sebelum peserta sampai.. walaupun kepanasan namun semua orang sabar menanti dan bersorak sama menyokong pasukan kegemaran masing-masing =)


ok dah habis cerita pasal tu kini saya cerita pula kaedah yang saya gunakan semasa merakam gambar- gambar tersebut.

mode: Shutter priority ( kita mengawal shutter speed dan aperture dikawal oleh kamera )
Shutter Speed: 1/1600
ISO: 400
White balance : daylight

kenapa saya tidak menggunakan mode manual pada waktu itu? hal ini kerana mode manual memerlukan kepantasan untuk menukar setting terutama aperture disebabkan oleh perubahan cahaya yang mendadak. dengan menggunakan shutter priority saya hanya perlu fokus pada 1 setting sahaja isitu mengawal shutter speed dan aperture dikawal oleh kamera untuk mendapatkan exposure yang betul dan gambar yang ingin saya rakam berjaya dirakam..

tidak semestinya seseorang itu perlu menggunakan mode manual 100%. kita perlu tahu kehendak kita dan gambar yang ingin dirakamkan. itu sebablah walaupun pada kamera semahal 100 ribu ringgit sekalipun tetap ada mode PSAM =)


sekian

p/s: berdoa agar rakyat Malaysia di Mesir selamat..amin
p/s: cadangan next outing ?
p/ss: contest ditangguhkan ke masa yang ditetapkan kelak =)

One Response so far.

  1. salam..
    semoga sahabat2 dan rakyat Malaysia di Mesir selamat. ameen.

    cadangan ke tanjung sepat, kuala langat ^_^.


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography