Posted by : fandi Khamis, 28 April 2011

Assalamualaikum..

pertama sekali nak ucap pada semuae yang dah join kontes.. teruskan join sebab lepas tarikh tutup kita kan buat segmen undi gambar pulak ye.. sila tunggu =)

ok pada hari ini saya nak kongsi tentang musuh utama DSLR. selain kelembapan yang menyebabkan FUNGUS pada lensa. musuh yang paling utama yang mana risikonya lebih tinggi berbanding mendapat fungus adalah HABUK!!

habuk merupakan musuh utama yang selalu mencacatkan gambar yang dirakam. gambar di bawah menunjukkan bagaimana bentuk habuk yang terakam pada gambar kita:



gambar pertama adalah gambar asal dan gambar kedua saya tandakan lokasi-lokasi habuk yang melekat pada sensor atau lens kita. klik gambar untuk lihat yang lebih besar.

kaedah mengatasi habuk ada beberapa cara:

1) cuci lensa dan sensor menggunakan Blower sebelum merakam
2) menggunakan kain microfiber atau lenspen untuk mencuci lens dan filter.
3) hantar ke service center kamera anda untuk service buang habuk pada sensor jika anda ragu-ragu untuk buat sendiri di rumah.
4) menggunakan perisian photoshop, GIMP dan perisian-perisian manipulasi gambar yang lain untuk membuang kesan-kesan habuk pada gambar.
5) menggunakan fungsi "dust removal" yang terdapat pada sistem kamera anda sendiri ( selalunya kurang berkesan)
6) tidak menukar lensa di kawasan terbuka atau berangin.
dan macam- macam lagi cara..

habuk yang degil akan melekat pada sensor dan jika kaedah yang salah digunakan untuk membuang habuk ia akan menyebabkan sensor kamera rosak = kamera rosak. jadi sentiasa lah memastikan kamera anda bersih dari habuk..

diharapkan entry kali ini memberi informasi yang berguna kepada anda =)

sekian...



2 Responses so far.

  1. SHM says:

    thanx for the info...
    panas jugak kalau lps2 snap nampak ad bnde2 asing kat lcd...
    terpakse la cuci ape yg patut...

  2. yangyuyu says:

    nak anta kedai la..mmh ada habuk ni..tq for the tips


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography